Tips Mengekalkan Kalsium Dalam Badan Dan Meningkatkan Kesihatan Tulang

Tahukah anda bahawa satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. 


Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050.

Apa itu osteoporosis?
Selalu tak kita mendengar khabar bahawa ada ahli keluarga seperti makcik pakcik ataupun mungkin sudara mara lain yang tersadung kaki atau terseliuh kaki dan kemudian semasa pergi mendapat rawatan doktor memaklumkan bahawa kaki retak?

Mungkinkah mereka ini menghidap osteoporosis?

Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.


Tulang yang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.
Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah. Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang. Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.

Bagaimana untuk kita memastikan kesihatan tulang dan juga mengekalkan kalsium dalam badan kita terutama untuk ibubapa kita yang telah berumur 50 tahun ke atas?

Pengambilan vitamin D, vitamin C, vitamin K dan magnesium adalah antara vitamin dan mineral yang diperlukan untuk memastikan kadar serapan kalsium secara maksimum.



Selain itu, kesan kalsium akan lebih efektf sekiranya diambil dengan dos yang kecil tetapi secara berkala sepanjang hari mengikut keperluan harian orang dewasa.

Melakukan senaman juga dapat mengekalkan kalsium di dalam tulang. 

Sekiranya terdapat cara mengekalkan kalsium di dalam tulang, terdapat juga cara yang boleh menghilangkan kalsium di dalam tulang. Antaranya ialah:
- Kafein menyebabkan kehilangan kalsium dan mengurangkan paras kalsium dalam tubuh
- Rokok menyerap kalsium dan mengakibatkan tubuh kekurangan kalsium.
- Garam menambahkan jumlah kalsium yang akan keluar bersama air kencing.
- Oxalic Acid membantutkan penyerapan kalsium
- Makanan ringan seperti soda, alkohol dan makanan ringan menyebabkan pengurangan kalsium dan mengganggu proses penyerapan.

Berapakah pula keperluan kalsium yang mencukupi?
Secara umumnya, seorang dewasa memerlukan 1,000mg kalsium setiap hari tetapi kadar ini akan berubah sekiranya seseorang itu adalah:

  • Remaja: 1,200mg
  • Wanita hamil: 1,200mg
  • Mengalami tanda-tanada awal menopause: 1,200-1,500mg
  • Warga emas: 1,200mg
Bagi kanak-kanak pula keperluan kalsium sehari ialah 800mg.

Pastikan keperluan kalsium ahli keluarga anda mencukupi untuk mengelak osteoporosis. 

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

2 comments: