5 Simptom Keputihan Bahaya Untuk Ibu Hamil

7:54 am Emalin Mohd 2 Comments

Mengalami keputihan semasa hamil? Sekiranya ia lelehen lendir berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj, jangan risau. Ia normal kerana ketika ini paras estrogen tinggi di dalam badan dan peredaran darah pun meningkat di kawasan vagina.




Tetapi jika kali pertama hamil mungkin ibu tidak boleh bezakan antara keputihan atau air ketuban yang keluar. Air ketuban biasanya tidak berwarna dan tidak ada bau dan lelehan seperti air kencing. Kalau keliru juga sebaiknya berjumpa dengan doktor.

Ibu hamil juga perlu berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami simptom seperti berikut:

  • Usia kehamilan belum mencecah 37 minggu dan ibu mengalami keputihan atau lelehan seperti berair, berlendir dan ada darah (hanya sedikit darah berwarna merah jambu atau kecoklatan). Ini mungkin petanda awal kelahiran pra matang.
  • Sakit semasa membuang air kencing, semasa bersama suami, terasa gatal, pedih dan kawasan bibir vagina kelihatan kemerahan namun keputihan yang dialami tidka berbau. Jumpa doktor kerana mungkin ibu mengalami jangkitan pada kawasan vagina.
  • Ibu mengalami keputihan yang berwarna putih atau sedikit kelabu dan mempunyai bau setelah bersama dengan suami.
  • Sekiranya keputihan berwarna kuning, hijau dengan bau yang tidak menyenangkan serta rasa gatal di kawasan vagina, ia juga mungkin simptom ibu mengalami jangkitan.
  • Sekiranya ibu mengalami keputihan yang berbau dan berwarna samaada kekuningan, hijau atau kelabu namun tidak berasa sakit, gatal atau pedih. 



Jika ada simptom di atas atau mana-mana simptom yang ibu rasakan tidak selesa, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. 

Masalah penyakit keputihan yang kronik boleh berlaku akibat jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.

Sekiranya ia adalah keputihan yang normal, gunalah panti liner untuk mengatasi rasa tidak selesa akibat kebasahan. Namun, jangan terlalu lama memakai panti liner yang sama. Tukar panti liner agar tahap kebersihan terjaga.

Pastikan juga setelah ke tandas, lap sehingga kering kawasan vagina daripada depan hingga ke belakang. Elakkan juga menggunakan seluar ketat, nylon, tuala wanita scented serta pembersih intim wanita. Alat pembersih intim wanita dikhuatiri boleh mengubah pH di kawasan vagina yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan bakteria.

Dan jangan melakukan douche. Douche adalah proses membersihankan vagina dengan memasukkan air atau larutan tertentu ke dalam rongga vagina. 

Mengalami keputihan semasa hamil? Sekiranya ia l elehen lendir berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada ba...

2 comments:

  1. saya pernah kena keputihan yg agak teruk juga masa pregnant Hani. Kena pakai ubat selama seminggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keputihan ni banyak jenis. Memang kena ambil tau..

      Delete