Penawar Gout

9:33 am Emalin Mohd 0 Comments



Apakah penyakit Gout? 

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Gout akan menyebabkan sakit sendi dan lazim bermula di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain dan menyebabkan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tetapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.


Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-



Serangan Akut (Tiba-tiba)

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Serangan Kronik Berpanjangan



Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.



Bagaimana Gout berlaku?
Gout berlaku apabila longgokan asid urik secara berlebihan membentuk kristal pada sendi. Kristal-kristal asid urik yang terkumpul di celah sendi ini menyebabkan radang.




Bagaimana Asid Urik terjadi?
 

Asid urik dihasilkan di dalam badan dan juga terbentuk daripada penguraian sekumpulan bahan kimia dikenali sebagai purine. Purine terhasil daripada protein haiwan seperti daging merah, ayam, makanan laut dan telur selain tumbuh-tumbuhan tertentu seperti asparagus dan cendawan. Asid urik lazimnya larut dalam darah dan kemudian dikumuhkan melalui buah pinggang yang akan keluar sebagai air kencing.  Kadangkala badan menghasilkan terlalu banyak asid urik atau buah pinggang  mengeluarkan asid urik terlalu sedikit. Apabila ini berlaku, asid urik boleh membina, membentuk tajam, kristal urate seperti jarum dalam tisu sendi atau sekitar yang menyebabkan kesakitan, keradangan dan bengkak.

Punca Gout



1. Diet yang mengandungi protein tinggi.

2. Pengambilan alkohol.

3. Kegemukan. 

4. Pengambilan ubat seperti aspirin dan diuretics yang boleh meningkatkan asid urik.


5. Pesakit ginjal atau yang mempunyai tekanan darah rendah. 



DIET UNTUK PESAKIT GOUT



MAKANAN YANG BOLEH MENGELAKKAN DARI GOUT





PENAWAR LAIN GOUT




Nak dapatkan supplement seperti di atas?

Hubungi saya untuk keterangan lanjut
Pn Emalin 019-2500978 (SMS / Call / Whatsapp)

www.facebook.com/messages/emalinmohdmall



Apakah penyakit Gout?  Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Gout ak...

0 comments: