Suara Hati Kunci Kejayaan

12:29 pm Emalin Mohd 12 Comments

Hati yang tidak sihat perlu didetoks kerana salah satu fungsi hati ialah sebagai kilang penapis bagi memastikan badan yang sihat. Bagaimana suara hati pula?

Pasti tahu lagu apa ni kan?

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


Fikirkan boleh! 

Lagu ini menggambarkan kejayaan milik kita sekiranya kita PERCAYA, TABAH dan BERTINDAK ke arah kejayaan! Bagi mencapai kejayaan, pastinya ada pasang surut dan cerita suka duka. Namun, pastinya kita akan lebih menghargai kejayaan tersebut. 

Kadangkala kita sibuk menyalahkan persekitaran kita dan orang di sekeliling kita di atas kegagalan kita. Namun, kadangkala musuh yang menyebabkan kita tidak berjaya ialah bukan orang lain tetapi diri sendiri atau lebih tepat lagi SUARA HATI kita.


Kualiti suara hati kita menentukan kualiti kehidupan kita. Namun sekadar berkata-kata tanpa tindakan juga tidak ke mana.

Impian yang direncanakan dengan baik hendaklah dikotakan dengan kata-kata. Suara hati kena kuat dan konsisten untuk mengatakan "AKU BOLEH BUAT" seperti lagu Fikirkan Boleh.


Kalau sekadar berangan-angan namun tiada tindakan, jadi Mat Jenin sahajalah.

Jadi, suara hati juga perlu detoks juga. Cara bagaimana nak detoks? Adakah dengan infused water atau dengan HerbLax?

Pastilah lain kan. Suara hati perlu detoks dengan amalan rohani serta berdamping dengan orang yang sentiasa positif dalam kehidupan dan berjaya.

Amalan rohani akan menguatkan lagi diri kita agar kita berjaya dunia dan akhirat serta kaya dunia dan akhirat. Definisi kaya juga mengikut tafsiran masing-masing. 

Berdamping dengan orang yang positif juga membuatkan kehidupan kita lebih tenang dan orang yang berada di sekeliling kita juga akan lebih suka berdamping dengan kita.

Bak kata pepatah, "Berkawan dengan penjual minyak wangi, terpalit juga bau wangi'. 

Siapa yang suka berkawan dengan orang yang asyik marah sahaja kan? Mungkin yang sama sikap akan suka berkawan dengan sesama mereka namun jika kita ingin keluar atau membuang sikap marah tersebut, berkawan dengan orang penyabar akan membuatkan kita lebih cepat untuk membuang sikap marah tersebut.

Pastinya orang yang berjaya mempunyai Suara Hati yang mengiringi kejayaan mereka.  Dan saya juga ingin berjaya...

Sebelum berjaya, pastinya perlu berjuang dahulu. Lebih baik untuk memilih berjuang dan mengalami kegagalan daripada tidak berjuang yang pastinya gagal. Jika dalam perjuangan itu tersungkur, kita berjuang lagi.

Man jadda wa jada

Jom DETOKS SUARA HATI!







Hati yang tidak sihat perlu didetoks  kerana salah satu fungsi hati ialah sebagai kilang penapis bagi memastikan badan yang sihat. Bagaiman...

12 comments:

  1. Semoga kejayaan milik mu sahabat ku

    ReplyDelete
  2. Fikirkan boleh! Yeah!

    InsyaAllah kita semua beroleh kejayaan..


    My blog :

    http://segalaceritera.com/

    ReplyDelete
  3. Azam dan iltizam dalam jiwa yang kuat mampu membawa kita melangkah lebih jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Asalkan suara hati kita pun ke arah yang sama

      Delete
  4. Okeh...I think I can do it...yeahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course you can do it!!
      No doubt ..

      Delete
  5. Suka lagu tu. Dulu time Piala Thomas ke berkibar-kibar semangatnya. Iya yang penting diri kita sendiri kan. Nak buat ke tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu tu memang naikkan semangat.
      Yup. Patah balik kat diri kita. Nak ke tak nak

      Delete
  6. Rasa bersemanagt bila baca entry nih..saya ni jenis orang cepat putus asa...satu lagi cepat marah..bila marah terus semua benda tak mau buat..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena banyak baca buku motivasi ni :)
      Baru sentiasa semangat

      Delete