Adakah Anak Saya Perlukan Vitamin dan Supplement?

4:00 pm Emalin Mohd 10 Comments

Setiap ibubapa akan memberikan yang terbaik untuk anak mereka sama ada dari segi makanan, pakaian, permainan dan sebagainya.

Makanan terbaik untuk tumbesaran anak pula pastinya cukup nutrisi dan dimasak sendiri dengan penuh kasih sayang. Ayam, daging, sayur dan buah yang dimasak pula segar dari ladang.




Walau bagaimanapun, kadang-kala mustahil untuk memberikan makanan penuh khasiat dari sumber semulajadi terbaik yang tidak diproses kepada anak-anak 5 kali sehari dan 7 hari seminggu. Ada kalanya, anak perlu membeli makanan di kantin sekolah. Tanpa pemantauan ibu bapa, makanan yang dipilih pula mungkin mengenyangkan namun mungkin juga kurang berkhasiat seperti burger.

Jika anak kerap sakit pula dan berjumpa doktor seakan lawatan wajib bulanan lazimnya sirap multivitamin adalah ubat yang dibekalkan kepada anak-anak. Tambah-tambah lagi jika graf berat anak tidak cantik.

Atas sebab itulah, vitamin dan supplement ini amat perlu bagi anak-anak. Selain itu, anak-anak juga memerlukan vitamin dan supplement jika:

1) Anak-anak tidak dapat makanan seimbang yang diperbuat daripada sumber semulajadi. Ini bukan maksud ibubapa tidak mampu menyediakan makanan namun mungkin untuk memastikan semua nutrisi yang diperlukan dalam makanan tidak dapat dipenuhi.

Antara keperluan vitamin dan mineral anak-anak. Boleh ke anak makan kesemua ini bagi membekalkan nutrisi dipenuhi? Vita-lea for children boleh!

2) Anak-anak yang sangat memilih makanan atau hanya memilih sejenis makanan sahaja sama ada makan tengah hari atau malam seperti nasi berlaukkan kicap dan ayam goreng sahaja. Saya rasa ramai ibubapa berdepan dengan dilema ini termasuk saya. Jika minggu tersebut anak dalam mood makan roti telur maka setiap hari anak akan request makanan sama. Ibubapa pula dalam keadaan serba salah. Jika tidak disediakan, anak tak nak makan. Disediakan pula, menu yang sama setiap hari.

3) Anak-anak yang mempunyai masalah kesihatan seperti asthma, allergic atau sembelit. Walau bagaimanapun, berbincang dulu dengan doktor sekiranya anak mengambil ubat-ubatan tertentu. Lebih baik jika membawa sekali vitamin dan supplement tersebut agar doktor boleh membaca kandungan vitamin tersebut. Vitamin dan supplement yang mengandungi omega 3 dan vitamin C boleh membantu menguatkan paru-paru anak dan mengurangkan risiko serangan asthma dan allergi. Sembelit anak pula boleh dikurangkan dengan pengambilan magnesium dan kalsium.

5) Anak yang sangat aktif dalam sukan atau aktiviti lasak tertentu yang banyak membakar kalori. 

6) Anak yang banyak makan makanan segera atau makanan yang diproses. Makanan seperti ini memang mengenyangkan namun dikhuatiri zat dalam makanan tersebut telah terhapus semasa proses pembuatan.

7) Anak yang suka minum minuman berkarbonat atau bergas perlu mengambil vitamin dan supplement tambahan. Minuman berkarbonat boleh memusnahkan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam badan anak.

Sumber: Dr Safiya & www.webmd.com



Jika anda ingin memberikan vitamin dan supplement untuk anak anda, hubungi:

Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978



Setiap ibubapa akan memberikan yang terbaik untuk anak mereka sama ada dari segi makanan, pakaian, permainan dan sebagainya. Makanan te...

10 comments:

  1. Perkongsian info yang bermanfaat :-)

    ReplyDelete
  2. Nice info.. hehe..

    Malah, saya seorang anak pada masa dahulu minta ayam kicap saja.. haha

    My blog :

    http://segalaceritera.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama macam ibu ayah juga..ada musimnya :)

      Delete
  3. sekarang ni banyak makanan yg kurang berkhasiat
    harapkan sedap je lebih
    ibu bapa perlu sangat beri perhatian kepada anak2 dalam bab ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Makanan bukan hanya untuk kenyang tapi nutrisi juga perlu diambil berat

      Delete
  4. sungguh bermanfaat =)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kongsikan..kalau tak, saya mungkin tak tahu..hehe..lagipun malas sangat nak cari maklumat pasal ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tau ni bolehlah ambil langkah seterusnya :)

      Delete