Kenapa Demam Kuning atau Jaundis Anak Saya Lama?
Ada bayi yang baru mendapat demam kuning atau jaundis selepas bayi berumur 7 hari dan berlarutan sehingga sebulan lebih iaitu mencecah umur bayi 6 minggu.
Kala ini, ibu lazimnya akan berasa stress kerana jaundis yang terlalu lama dan bayi pula kerap dicucuk bagi mengambil sampel darah untuk pemeriksaan tahap bilirubin. Stress amat bahaya bagi ibu di dalam pantang kerana boleh jadi meroyan akibatnya. Kalau sudah ada tanda-tanda stress, cepat-cepatlah mendapatkan bantuan dan pastikan nutrisi badan mencukupi. Salah satu caranya ialah dengan pengambilan vitamin dan supplement yang boleh membantu melengkapkan nutrisi bada.
Demam kuning selepas bayi berumur 7 hari dikenali sebagai breastmilk jaundice. Walau bagaimanapun, hanya doktor perubatan yang mampu mengesahkan demam kuning ini adalah breastmilk jaundice setelah melakukan pemerhatian dan pemeriksaan kepada bayi. Salah satu sebab demam kuning atau jaundis dalam tempoh yang lama pada bayi juga disebabkan oleh breastmilk jaundice.
Lazimnya, jaundis yang berlaku kurang dari tempoh 24 jam selepas kelahiran yang memerlukan pemantauan lebih. Ini dikhuatiri berkaitan sama ada masalah hati, jangkitan atau terdapat kecacatan pada bayi.
Sekiranya bayi mengalami breastmilk jaundice yang tidak bahaya seperti yang dimaklumkan oleh doktor perubatan, antara beberapa petua yang boleh dilakukan ialah:
1) Menambahkan sesi penyusuan sehingga 2 jam sekali atau 12 kali sehari agar bayi lebih banyak membuang air besar. Bilirubin ini akan keluar bersama najis tersebut.
2) Memastikan pelekapan atau cara menyusukan bayi dengan betul. Ini bagi mengurangkan risiko bayi tidak mendapat susu yang secukupnya yang dikenali sebagai breastfeeding jaundice. Kaunselor laktasi adalah orang yang paling sesuai dirujuk bagi memastikan ibu menyusukan anak dengan betul sekaligus bayi mendapat susu ibu yang secukupnya.
3) Elakkan memberi makan / minum seperti air buah kundur pada bayi dan pelbagai petua lain. Ini dikhuatiri akan membebankan lagi badan bayi untuk memproses makanan / minuman tersebut.
Ada juga doktor yang akan menasihatkan untuk menghentikan seketika penyusuan seperti dalam tempoh 24 jam. Berbincanglah dengan sebaiknya bersama doktor tersebut agar semua permasalahan dan persoalan dapat dirungkaikan. Atau boleh juga memohon pendapat doktor perubatan lain (second opinion) sekiranya perlu terutama dalam memutuskan perlu atau tidak menghentikan sementara susu ibu dan memilih susu formula.
Jika ibubapa bersetuju untuk menghentikan sementara penyusuan susu ibu, ibu masih perlu mengepam susu seperti jumlah sesi penyusuan susu ibu bersama bayi. Ia bagi mengelakkan ibu mengalami bengkak susu dan memastikan bahawa 'supply vs demand' masih dipenuhi.
Hanya 0.5%-2.4% bayi yang mengalami breastmilk jaundice. Breastmilk jaundice lazimnya tidak bahaya namun tahap bilirubin masih perlu dipantau. Dan susu ibu masih sumber makanan terbaik untuk bayi.
Kenapa berlakunya breastmilk jaundice masih dalam kajian dan perdebatan. Terdapat pelbagai pendapat mengatakan punca breastmilk jaundice seperti ada komponen di dalam susu ibu yang menyebabkan kesukaran penguraian bilirubin tersebut.
Namun, walaupun apa pun pendapat SUSU IBU masih lagi sumber makanan dan minuman terbaik bagi bayi.
Kenapa berlakunya breastmilk jaundice masih dalam kajian dan perdebatan. Terdapat pelbagai pendapat mengatakan punca breastmilk jaundice seperti ada komponen di dalam susu ibu yang menyebabkan kesukaran penguraian bilirubin tersebut.
Namun, walaupun apa pun pendapat SUSU IBU masih lagi sumber makanan dan minuman terbaik bagi bayi.
A good one lin :)
ReplyDeleteThank you safiya..ni saya faham dari cara orang kebanyakan..kalau safiya boleh kupas dari segi medical dengan term yang mudah lagi bagus :)
Deletetq for the info..
ReplyDeleteWelcome. Semoga bermanfaat :)
Deletewelcome
ReplyDeleteNice info..:)
ReplyDeletebagus entry ni...
ReplyDeletesangat bermanfaat utk saya sebab esok baby kena rujuk dgn hospital sbb da 35 hari masih jaundis..
saya mohon share boleh untuk rujukan saya
Boleh dipersilakan
DeleteBby sy kuning smpai 44hari.. Bru hilng.. Dktr ckp slgi hati xmatang kuning xkn hilng..
ReplyDelete