Apa itu ASTHMA atau LELAH?

4:00 pm Emalin Mohd 2 Comments


APA ITU ASTHMA?

Penyakit Asthma atau Lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asthma atau lelah, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.


BAGAIMANA ASTHMA TERJADI?

Asthma terjadi apabila laluan pernafasan pada peparu (bronchial tubes) membengkak dan terjerut. Otot-otot pada laluan pernafasan menegang dan menghasilkan lebihan lendir atau lebih di kenali sebagai hingus(mucous) yang boleh menghalang laluan pernafasan anda. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.







TANDA-TANDA SERANGAN ASTHMA

1. Seringkali pesakit akan mengalami sesak nafas dan selalunya ia berlaku disebabkan rangsangan luar. Sekiranya ia berlaku kepada bayi, anda akan lihat pernafasannya menjadi pantas.

2. Sesak nafas juga sering disusuli dengan sejenis bunyi yang digelar ‘wheezing’. Ia merupakan bunyi seperti wisel yang berada di anak tekak dan selalunya berlaku apabila mereka menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.

3. Pada waktu malam, mereka akan sering batuk-batuk. Cuaca yang sejuk merangsang batuk tersebut. Batuk tersebut digambarkan batuk yang berkahak.

4. Kadang-kadang mereka juga akan mengadu sakit dada akibat kesukaran untuk bernafas.




APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?

Sekiranya ada tanda-tanda seperti di atas berlaku pada anda atau anak anda, anda PERLU mengambil tindakan berikut:

1. Segera berjumpa doktor untuk mendiagnosis penyakit dengan terperinci.

2. Jika disahkan menghidap asthma, pastikan tidak terdedah kepada unsur-unsur yang boleh mendatangkan serangan asthma kepada mereka seperti makanan, habuk dan bulu haiwan.

3. Bawalah inhaler ke mana sahaja dan pastikan orang yang berhampiran dengan kita  tahu di mana inhaler tersebut dan sekiranya anak-anak mempunyai asthma pastikan penjaga mahupun guru sekolah / taska tahu cara mengendalikan inhaler tersebut sekiranya serangan terjadi.

4.  Jangan hadkan penglibatan dalam sukan kerana asthma. Gaya hidup yang sihat dan aktif membantu meningkatkan daya tahan melawan penyakit.

5. Makanlah suppliment yang boleh menguatkan paru-paru serta yang meningkatkan antibodi seperti Omega 3 dan Vitamin C.


Perlukan Omega 3 dan Vitamin C untuk anda atau anak anda?
Hubungi Pn Emalin di 019-2500978 
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

APA ITU ASTHMA? Penyakit  Asthma  atau  Lelah  merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ...

2 comments:

  1. bagus sangat info ni..tqvm sebab sharing



    REDCOMELMALL.COM

    ReplyDelete
  2. terima kasih cik pn kharani kerana sudi membaca.. ;)

    ReplyDelete