Khasiat Vitamin C

4:00 pm Emalin Mohd 0 Comments

KENAPA PERLU AMBIL SUPPLEMENT VITAMIN C?




Tahukah anda bahawa semakin lama sayur dan buah dituai semakin sikit kandungan vitaminnya? Agak-agak kita yang duduk jauh dari ladang sayur dan buah ini berapa lama sayur dan buah tersebut dituai baru sampai di tangan kita? Sehari? 2 hari? Atau seminggu? Sebulan? Bagaimana pula dengan cara masakan kita? Vitamin C adalah vitamin yang larut air jadinya sangat mudah musnah jika dimasak dengan cara yang tidak betul seperti dalam keadaan suhu yang tinggi. Cara masak yang terbaik ialah dengan stim atau dimakan mentah sebagai ulam. Tapi, dengan makan supplement sahaja tanpa makan buah atau sayur sebenar pun kurang juga faedahnya. Yang terbaik ialah dengan makan sayur dan buah sebenar serta supplement Vitamin C agar dapat khasiat optimum.


Vitamin C tidak disimpan di dalam badan dan jumlah vitamin C yang berlebihan akan dikumuhkan. Dengan itu, kita hendaklah memastikan badan memperolehi Vitamin C yang mencukupi melalui diet dan juga supplement.



APA ITU VITAMIN C?


Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik diperlukan bagi pertumbuhan, pembangunan dan pembaikan semua tisu badan. 

Vitamin C juga antioksidan yang boleh melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul berbahaya yang dipanggil radikal bebas dan juga bahan kimia toksik dan bahan cemar seperti asap rokok. Lihat sekeliling kita. Walaupun kita tidak merokok secara langsung namun kita lazim menjadi perokok pasif iaitu menghidu asap rokok yang dihisap oleh orang sekeliling kita. Radikal bebas menyumbang kepada punca masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung dan artritis.


KESAN KEKURANGAN VITAMIN C

  • Pucat
  • Mudah lebam
  • Pendarahan seperti semasa menggosok gigi
  • Gigi longgar
  • Skurvi


MANFAAT VITAMIN C

  • Pembentukan kolagen agar kulit lebih anjal
  • Penyerapan zat besi
  • Meningkatkan sistem imun terutama yang mengalami stress
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Memastikan tulang rawan, tulang dan gigi dalam keadaan baik
  • Bayi dalam kandungan berada dalam keadaan yang sihat
  • Mengurangkan kedutan kulit dan kulit kering
  • Kesihatan mata
  • Orang yang berada dalam tekanan amat bagus sekali mengambil Vitamin C kerana tekanan akan menyebabkan sistem imun badan menjadi lemah
  • Mengelakkan komplikasi akibat selsema seperti radang paru-paru
  • Untuk mengelakkan strok. Kajian daripada American Journal of Clinical Nutrition mendapati kandungan vitamin C yang tinggi dalam darah mengurangkan risiko sebanyak 42% berbanding dengan orang yang mempunyai kandugan Vitamin C yang rendah
  • Membantu dalam menyembuhkan batuk



JUMLAH DOS VITAMIN C

500mg supplement Vitamin C bersama-sama 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dengan maksimum 2000mg sehari.



SENARAI MAKANAN DAN JUMLAH KANDUNGAN VITAMIN C SETIAP HIDANGAN

Tembikai , 1 cawan (8 auns) : 59mg

Jus oren, 1 cawan: 97mg

Brokoli , dimasak , 1 cawan: 74mg

Kubis merah , 1/2 cawan: 40mg

Lada hijau , 1/2 cawan, 60mg

Lada merah , 1/2 cawan, 95mg

Kiwi, 1 sederhana : 70mg

Jus tomato, 1 cawan: 45mg .

Jika dilihat dari senarai makanan tersebut, kita perlu makan sekurang-kurangya 5 cawan jus oren (pastinya buah oren yang segar) untuk mendapatkan lebih kurang 500mg Vitamin C sehari. Larat tak nak minum 5 cawan jus oren sehari?

Sumber: Sini

Ingin mendapatkan Supplement Vitamin C?

Hubungi Pn Emalin di 0192500978 atau
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

KENAPA PERLU AMBIL SUPPLEMENT VITAMIN C? Tahukah anda bahawa semakin lama sayur dan buah dituai semakin sikit kandungan vitamin...

0 comments: