Bengkak Susu

4:00 pm Emalin Mohd 0 Comments



Pernah alami tak bengkak susu? Memang sangat sakit sampai terDEMAM. Ketika bengkak susu, 'breast' terkena baju pun rasa sakit. Ketika bengkak susu, pam menggunakan pam paling mahal dan canggih pun tak dapat nak mengeluarkan susu. Jika dapat keluarkan pun, sedikit saja dan tak reda pun bengkak susu.




Ketika bengkak susu, 'breast' kelihatan sangat penuh, hangat, bengkak dan merah. Anda sendiri pun akan terkejut melihat 'breast' sendiri.

Antara tips untuk Ibu ketika menghadapi bengkak susu:


1. Rehat secukupnya. Abaikan dahulu tugasan di rumah dan minta ahli keluarga untuk melayan anak-anak yang lebih besar.


2. Letak tuala basah (panas) pada payudara. Wap panas lazim lebih efektif daripada wap sejuk.


3. Urut sekitar payudara. Boleh juga menggunakan sikat.


4. Pastikan saiz coli yang betul dan elakkan menggunakan coli berdawai. Pakaian juga hendaklah longgar dan ketika ini memakai coli tidak melegakan rasa sakit malah lebih menyakitkan.


5. Susukan bayi sekerap yang boleh dengan menyua 'breast' yang kurang bengkak terlebih dahulu. Jika abang atau kakak masih menyusu, minta bantuan abang dan kakak untuk menyusu terlebih dahulu. Ini disebabkan hisapan abang dan kakak kepada bayi adalah lebih kuat daripada bayi dan boleh menyelesaikan masalah saluran tersumbat tadi. Jika bayi adalah anak sulung, apa kata minta bantuan SUAMI untuk 'clear'kan saluran tersumbat. Minta bantuan pada SUAMI untuk 'suck breast' sehingga saluran tersumbat tadi terbuka. (Amaran: Sangat sakit ya jika dilakukan namun setelah saluran tersumbat terbuka memang LEGA.)


Penyusuan kerap selang 2-3 jam sekali amat penting agar Bengkak Susu tidak berulang lagi. Selain itu, pastikan juga bayi mengosongkan breast sebelum berpindah ke breast sebelah. Selain daripada mengelakkan bengkak susu, ia juga dapat memastikan bayi mendapat khasiat kedua-dua foremilk dan hindmilk.


Jika segala ikhtiar telah dilakukan namun bengkak susu masih tidak hilang berjumpalah dengan Doktor dan pastikan Ibu memaklumkan bahawa Ibu ingin menyusukan Bayi secara eksklusif dan ubat yang diberikan tidak memberikan kesan kepada penghasilan susu ibu. Boleh juga menghubungi Pakar Laktasi untuk mendapatkan nasihat dan bantuan.


Jangan jadikan bengkak susu sebagai penghalang untuk berjaya menyusukan bayi secara eksklusif!



Pernah alami tak bengkak susu? Memang sangat sakit sampai terDEMAM. Ketika bengkak susu, 'breast' terkena baju pun rasa sakit...

0 comments: