6 Tips Untuk Kejut Anak Bangun Awal

4:31 pm Emalin Mohd 8 Comments

Dalam entry sebelum ini, antara tips yang saya amalkan ialah dengan kaitkan jammed waktu pagi dengan bangun tidur. Ini pula antara tips lain untuk kejutkan anak bangun awal untuk ke sekolah. 



TIPS KEJUT ANAK BANGUN AWAL:

1) Maklum pada anak keesokan pagi perlu bangun pukul berapa. walaupun umur anak baru 5 atau 6 tahun mereka sudah tahu berfikir dan jangan terkejut kalau kita maklum nak kejutkan pukul 6.30 pagi tetapi baru pukul 6.00 pagi, anak akan mengomel juga.

2) Kalau anak masih tadika dalam umur 4 tahun ke 6 tahun, dukung anak ke bilik mandi. Sambil jalan ke bilik mandi, tepuk-tepuk belakang anak dan bagitau anak untuk bangun. Kemudian, mulakan dengan basuh muka anak dulu dan kaki anak agar anak tidak terkejut. 

3) Picit ibu jari kaki anak kedua-dua belah kaki untuk cubaan mengejut anak dan panggil nama anak perlahan-lahan. 

4) Tutup kipas dan buka lampu agar anak rasa hangat dan terjaga. 

5) Kejutkan lebih awal dari masa sebenar tetapi hanya maklumkan anak lagi 15 minit untuk pergi mandi.

6) Biasakan anak dengan jadual bangun tidur awal.

7) Jika anak enggan bangun kerana ingin lagi tidur, bagitahu bangun dan siap cepat-cepat kemudian boleh tidur sekejap tetapi pastikan anak mengambil juga sarapan sebelum pergi ke sekolah.


Dah cuba semua tips tapi tak menjadi? Bersabarlah wahai ibu sekalian. Sebabnya jangankan anak, nak kejutkan orang dewasa pun payah juga kan? Lagilah anak. Jadi, sabar dan konsisten kena ada.

Jika ibu marah anak di waktu pagi (kadangkala saya pun terbabas juga marahkan anak ni), kena fikir balik. 

Bagaimana jika kita dimarah dari mula dikejutkan? Dijerit dan sebagainya. Pasti moody sepanjang hari bukan? 

Pasti kita tak nak anak kita tidak fokus di dalam kelas hanya kerana isu bangun pagi.

Jadinya, bersabar ya wahai ibu..Jangan lupa sediakan sarapan anak di waktu pagi. Sarapan ini amat penting untuk anak menjadi anak bijak.



Dalam entry sebelum ini, antara tips yang saya amalkan ialah dengan kaitkan jammed waktu pagi dengan bangun tidur. Ini pula antara tips l...

8 comments:

  1. good tips untuk ibu bapa kat luar sana...tak adalah parents stress pagi-pagi sebab anak susah bangun tidur kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..kalau pagi-pagi bad mood boleh sampai ke petang..

      Delete
  2. dulu masa kimi umur 4-5 tahun, saya tak tahan sabar. kalau kimi liat bangun pagi mula la suara meninggi...sebak pulak bila dikenang. rupanya apa yg perlu kita buat hanya "main psikologi" anak je..tak payah marah2,,lebih2 awal pagi macam tu. anak hilang mood, kita pun hilang mood.... alhamdulillah sekarang saya dah sedar.. (macam sesi pengakuan pulak ye...he he..) bukan apa, sekadar berkongsi pengalaman.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAdang-kadang kita rasa kita the worst mother dan terfikir kenapa kita tak boleh buat macam si A ke si B..hakikatnya masalah yang lebih kurang sama dihadapi oleh semua ibu...

      Tak per berkongsi pengalaman..sekurang-kurangnya kita tahu kita tak keseorangan menghadapi cabaran membentuk insan...

      Delete
  3. anak saya pun hari2 kena didukung sampai bilik air baru dia sedar..kalau tak memang susah bangun pagi..sejuk katanya nak mandi...macam2...

    ReplyDelete
  4. anak saya pun hari2 kena didukung sampai bilik air baru dia sedar..kalau tak memang susah bangun pagi..sejuk katanya nak mandi...macam2...

    ReplyDelete