Pencuci Tandas Berkesan Dan Memelihara Tangan

10:55 pm Emalin Mohd 2 Comments

Ada yang tak tahan dengan pencuci tandas yang biasa dijual di kedai. Siap ada yang kulit mengelupas dan pedih sebab menggunakan pencuci tandas sedia ada. 

Ada yang mencuci tandas berpakaian sebegini?

Nak guna sarung tangan? Sangat leceh kan? 

Kalau ada pembantu rumah, bolehlah pembantu rumah yang cucikan. Kalau weekly maid? Takkan nak cuci seminggu sekali je. Paling-paling 2 kali seminggu nak pastikan lantai, mangkuk tandas dan cermin dalam tandas tu bersih. 

Tahu tak cuka putih boleh dijadikan alternatif untuk mencuci tandas termasuk mangkuk tandas? 

Cuka putih biasa tu. Yang selalu orang buat jeruk. Kalau sebotol besar baru dalam RM3.00 lebih sikit.

cuka
Macam cuka putih jenama Jalen ini.

Jangan pula terbeli Apple Cider. Yang itu untuk detoks badan bolehlah macam Herblax, Alfalfa & DTX Complex.

Beli cuka putih tu kemudian tuang kat lantai tandas, mangkuk tandas hatta dinding tandas pun. Di mana ada kekotoran dalam tandas tu boleh tuangkan cuka tersebut.

Kemudian, kalau saya , suka biarkan seketika. Bagi meresap dulu :)

Rasa dah lama, boleh gosok-gosok sikit dengan berus. Tak perlu beria sangat menyental sampai lenguh tangan.

Kesannya?

Lagi bersih dari menggunakan pencuci tandas biasa. Macam guna peluntur. Cuma kalau guna peluntur, tangan yang sensitif akan mengelupas dan baunya pulak boleh membuatkan sakit kepala.

Cuka putih ini pula cuma ada bau cuka sahaja yang tinggal. Tapi tak ada la bau cuka tersebut akan tahan lama. Sembur air. Kalau nak bilas dengan air sabun pun ok juga. 

Berkesan tau!

Lagi satu Basic H pun boleh buat macam ni juga. Yang bagusnya Basic H ini ada 1001 kegunaan. Kalau siapa tak tahan bau cuka atau bau peluntur, Basic H ini memang amat sesuai. Pakai pun tak banyak. Satu sudu je untuk satu baldi atau kalau rasa kekotoran degil, tambah sikit lagi sesudu. Jadi, sebotol tu tahan lama.

Yang penting Cuka atau Basic H tidak merengsakan kulit. Selamat mencuba!


Ada yang tak tahan dengan pencuci tandas yang biasa dijual di kedai. Siap ada yang kulit mengelupas dan pedih sebab menggunakan pencuci tan...

2 comments:

  1. yess cuka memang baaanyak kegunaanya dlm pembersihan rumah... hebatt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni buat stok cuka kat rumah ..hihi

      Delete