Masa Betul Makan Ubat Dan Vitamin Untuk Mendapatkan Kesan Efektif
Kadangkala terfikir kenapa kita makan ubat atau makan vitamin tidak dapat kesan seperti yang dikatakan?
Badan kita banyak sangat toksik ke sampai ubat dan vitamin tersebut tidak dapat menyeap dengan betul?
Mungkin juga betul badan banyak sangat toksik tetapi mungkinkah kita tersilap dalam menjadualkan waktu makan ubat dan vitamin.
Yelah kadangkala apabila berjumpa dengan doktor dan pil yang diberikan tu pulak sampai 4 jenis pil. Dengan antibiotiknya, dengan pil penahan sakitnya dan macam-macam jenis lagilah. Setiap ubat itu pula mempunyai dos makan yang berbeza.
Ada yang 1 kali sehari.
Ada yang 2 kali sehari.
Ada yang 3 kali sehari.
Ada yang 4 kali sehari.
Jika disamakan pula waktu makannya contoh mula makan jam 8.00 pagi takkan untuk pil yang dos 4 kali sehari kena bangun pukul 4.00 pagi untuk makan ubat?
Lagi-lagi kalau yang makan ubat tersebut anak-anak kecil. Pasti ada yang terlepas waktu.
Jika terlepas, mana boleh ditambah dos untuk sesi seterusnya. Haaa..jangan buat ya. Ubat jika sudah terlepas waktu makan tidak boleh ditambah dos untuk waktu makan seterusnya. Lain jadinya nanti.
Jadinya untuk memudahkan kita semua, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan 1 panduan mudah iaitu waktu pengambilan ubat yang betul.
Bolehlah ikut jadual ini. Nampak lebih sesuai dengan waktu tidur dan jaga kita semua untuk pelbagai jenis dos yang berbeza.
Itu untuk ubat. Bagaimana pula dengan waktu pengambilan vitamin dan supplement? Waktu manakah yang paling sesuai untuk pengambilannya bagi mendapatkan kesan yang efektif?
Sebagai contoh kesan perbezaan ialah bagi yang memang mengamalkan Ostematrix, makan 4 biji sebelum tidur
mempunyai kesan yang berbeza berbanding jika makan 4 biji di waktu
siang.
Ostematrix mengandungi kalsium dan magnesium yang mana sekiranya makan sebelum tidur menyebabkan kita mudah lawas di waktu pagi keesokan hari sebaik sahaja bangun daripada tidur.
Jadual ini juga memudahkan kita sekiranya kita mengambil pelbagai jenis vitamin dan mineral yang berbeza setiap hari. Jika makan semua sekali pada satu-satu masa, mahu termuntah kita dibuatnya nanti.
Jika mengambil set kecantikan dan kesuburan ini pula, berdasarkan jadual di atas ia amat sesuai diambil pada waktu pagi.
Dengan adanya rujukan jadual pengambilan ubat dan vitamin ini selepas ini kita pun tidak risau dan bimbang. Ikut sahaja jadual yang disarankan ataupun jika doktor telah memberikan waktu yang tetap untuk pengambilan ubat, ikuti saranan doktor tersebut.
Bagi pengambilan vitamin pula, ia boleh dijadikan asas untuk menjadualkan pengambilan vitamin dan mineral.
Namun, untuk lebih mudah dapatkan jadual pengambilan vitamin dan mineral daripada SID Pro anda seperti saya,
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978.
Konsultansi PERCUMA dan ISTIMEWA untuk pembeli vitamin dan mineral dengan saya.
terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteMaisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)
Sama-sama
Deleteterbaik, very heplful
ReplyDelete