Hilangkan Bisul Di Punggung Dengan Cepat

4:29 pm Emalin Mohd 4 Comments

Bisul oh bisul. Lagi teruk apabila terkena bisul di punggung. Nak duduk kena menyenget sebab sakit apabila bisul terkena kerusi. Siapa pernah kena? Kadangkala rasa malu untuk berjumpa doktor apabila kedudukan bisul tersbeut di tempat yang agak memalukan juga. Ada yang sanggup menahan kesakitan daripada berjumpa dengan doktor. 

hilangkan bisul dengan cepat

Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. 
 
"Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh," kata Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

Menurutnya, bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha dan kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel.

Walaupun sesiapa sahaja boleh menghidap jangkitan yang menyakitkan ini, mereka yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne/jerawat atau lain-lain masalah kulit lebih berisiko tinggi.

"Selalunya, pesakit boleh menjaga seketul bisul di rumah sahaja tetapi anda dinasihatkan tidak memicitnya kerana ia akan merebakkan jangkitan. Antibiotik atau penyaliran surgikal diperlukan untuk membuang jangkitan itu," jelas beliau.

Simptom-simptom bisul
Dr. Abd. Hamid berkata, bisul selalunya timbul seperti ketulan menyakitkan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan bengkak. 


  • Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah. 
  • Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit.

Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal. 

Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.

Punca-punca bisul
Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut, injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh, dijangkiti bakteria stafilokokus aureus. 

Bakteria-bakteria ini, kata Dr. Abd. Hamid, selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung. 

Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda. 

Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan meluru ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati.

Faktor-faktor risiko
Walaupun sesiapa sahaja termasuk mereka yang kelihatan sihat boleh dijangkiti bisul atau karbunkel, faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko anda:
  • Jika anda mempunyai kesihatan yang lemah, ia bertambah sukar untuk sistem imun anda melawan jangkitan.
  •  Diabetes menyukarkan tubuh melawan jangkitan. Malah, bisul yang sering timbul semula kadangkala menunjukkan tanda-tanda diabetes, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.
  •  Pakaian yang ketat atau melecetkan. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.
  •  Keadaan kulit yang lain. Disebabkan ia merosakkan lapisan kulit anda, masalah kulit seperti akne dan dermatitis menjadikan anda lebih senang dijangkiti bisul dan karbunkel.
  •  Ubat-ubatan sistem imun yang tertekan. Penggunaan jangka panjang kortikosteroid seperti prednisone atau ubat-ubat lain yang akan menekan sistem imun anda yang boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan bisul atau karbunkel ini.
Bila perlu mendapatkan rawatan perubatan?
Selalunya, anda boleh menjaga seketul bisul dengan sendiri. Tetapi anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di muka, tulang belakang atau jika anda mempunyai:

  • Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan
  •  Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas
  •  Bisul yang kerap timbul
  •  Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda
  •  Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.

Rawatan bisul
Doktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau karbunkel dengan membuat insisi/torehan kecil di hujungnya. Ini akan mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengurangkan parut. 

Jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan secara keseluruhannya. Ia akan ditutup dengan kain kasa yang telah disteril agar nanah boleh terus dikeluarkan. 

Kadangkala, doktor akan menetapkan antibiotik untuk membantu menyembuhkan jangkitan yang teruk atau berulangkali.

Pencegahan daripada bisul berulang
  • Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.
  •  Pakaian ketat mungkin nampak anggun tetapi pastikan ia tidak melecetkan kulit anda.
  •  Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.
Tip penjagaan bisul sendiri
  • Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat. 
  • Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut. 
  • Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan. 
  • Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.

Sumber: Utusan Malaysia


Rawatan alternatif Shaklee bagi bisul

  • Menyapu Herbal Blend pada bisul kerana ia mengandungi sage, horse chesnut dan yarrow yang membantu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka
  • Nutriferon yang mengandungi biji labu, biji plantago asiatica, honeysuckle Jepun & bunga safflower. Kandungan dalam Nutrifeon ini membantu meningkatkan imuniti badan kita dengan menyediakan askar tambahan untuk berperang dengan musuh dalam badan iaitu bakteria dan virus jahat. Ia mengandungi interferon yang mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag.
  • Garlic Complex yang mengandungi Allicin iaitu bahan yang terdapat dalam bawang putih yang berbau kuat. Allicin inilah memberikan banyak manfaat kesihatan terutama dalam meningkatkan tahap kesihatan. Ia digabungkan dengan Rosemary agar bau bawang putih tidak ketara.

Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Bisul oh bisul. Lagi teruk apabila terkena bisul di punggung. Nak duduk kena menyenget sebab sakit apabila bisul terkena kerusi. Siapa pern...

4 comments:

  1. hanya pengidap bisul sahaja tahu bagaimana rasa dan deritanya hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lagi-lagi kalau kena tempat nak duduk tu. Seksa rasanya

      Delete
  2. Sakit nyeee😦😦

    ReplyDelete
  3. Is there any home remedies treatment for boils in backside.. Couldn't stand the pain

    ReplyDelete