Resepi Nasi Ayam Mudah

5:55 pm Emalin Mohd 2 Comments

Hujung minggu boleh bereksperimen dengan resepi-resepi. Nasi ayam sebenarnya mudah juga untuk dimasak dan rahsianya pasti ayam yang sedap!

Bahan-bahan yang perlu disediakan:

Ayam
Sos Tiram
Kicap Masin
Kicap Manis
Madu
Halia
Bawang Putih
Bawang Merah
Daun Sup
Daun salad
Tomato

Cara Memasak:
Ayam direbus terlebih dahulu dalam 10 minit dengan halia dan bawang putih (yang ditumbuk).

Kemudian, ayam yang sudah direbus ditoskan airnya dan diperap dengan:
 
Sos Tiram
Kicap Masin
Kicap Manis
Madu
Bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk

Dah kira puas hati dengan masa perapan (lagi lama lagi sedap), ayam tadi boleh digoreng atau dipanggang.

Tak perlu lama sangat kerana ayam sudah masak. Jadi ayam takdalah hangus. Selepas digoreng bolehlah dihias atas pinggan dengan daun salad dan tomato.


Itu untuk ayam. Nak buat nasi, sup dan kicap pulak?

Untuk nasi, sebelum ditanak dalam periuk nasi tumiskan bawang putih dan kemudian masukkan beras ke dalam kuali  (kira macam goreng sekejap tapi minyak jangan banyak). Kalau tak guna minyak boleh guna mentega untuk rasa lebih sedap. Goreng sekejap sahaja kemudian masukkan dalam periuk nasi dan campur dengan air rebusan ayam tadi. Tambah air biasa jika air rebusan tidak mencukupi dan tanak seperti biasa.

Untuk supnya pulak, tumis bawang merah dan putih sehingga kekuning-kuningan dan masukkan ke dalam sup. Tambah garam secukup rasa dan kemudian masukkan daun sup.

Untuk kicap pula, ambil 4-5 sudu makan air sup dan campur kicap masin dan kicap manis secukup rasa.

Tadaa..dah siap. Sos? Guna sos cili biasa pun boleh. 

Mudahkan? Dalam resepi ini memang banyak guna bawang putih. Lagipun khasiat bawang putih kan banyak? Boleh buang angin dalam badam.


Hujung minggu boleh bereksperimen dengan resepi-resepi. Nasi ayam sebenarnya mudah juga untuk dimasak dan rahsianya pasti ayam yang sedap! ...

2 comments:

  1. fav nasi ayam adalah yang abah saya buat :D

    ReplyDelete
  2. Mudah rupanya... Selalu tahu makan jew. Hehe ^-^

    ReplyDelete