6 Tips Melegakan Sakit Kontraksi Tetapi Kontraksi Betul Ke Palsu Ini?

7:50 am Emalin Mohd 2 Comments

Apabila menjelang hujung trimester ketiga terutama anak pertama, pasti ibu akan risau mengenangkan kontraksi yang bakal dialami.


Yang pastinya setiap orang mengalami sakit bersalin setiap anak berbeza. Kontraksi yang dialami juga berbeza. Ada yang diberikan nikmat mengalami kontraksi sekejap sahaja sebelum bersalin namun ada yang mengalami masa yang terlalu lama.

Tidak semua sakit kontraksi seperti mengalami senggugut. Ada juga mengalami sakit kontraksi dengan sakit pinggang atau sakit belakang.

Sakit seakan senggugut yang dialami bukan seperti senggugut akibat haid. Sakit yang dialami adakalanya melebihi sakit senggugut biasa. 

Sakit pinggang atau sakit belakang akibat kontraksi yang dialami juga berbeza dengan sakit pinggang atau belakang yang dialami sepanjang kehamilan. Sakit yang dialami memang rasa sangat lenguh sehingga sekiranya sedang tidur memang akan terjaga dan tidak boleh tidur.

Jika ibu mengalami keadaan ini, mula catat pola kontraksi yang berlaku. 



Catat sela masa kontraksi yang berlaku.
Catat juga tahap kesakitan yang berlaku.

Sekiranya sela masa kesakitan 5 minit dan semakin kuat tahap kontraksi tersebut antara 30 hingga 90 saat, mungkin sudah tiba masa untuk Ibu bersalin. Segeralah ke hospital berhampiran.

Kenapa perlu mencatat pola dan tahap kesakitan ini?
Ini adalah soalan yang akan ditanya setibanya di hospital untuk mengetahui keadaan Ibu. Ia juga petanda masa Ibu akan bersalin dan juga untuk mengetahui samaada kontraksi tersebut yang sebenar atau yang palsu.

Untuk melegakan sakit kontraksi secara semulajadi, Ibu boleh mengamalkan tips ini dan kongsikan tips ini dengan suami yang tersayang agar suami boleh membantu Ibu saat Ibu mengalami kontraksi.


Tetapi adakah kontraksi yang Ibu alami adalah kontraksi sebenar atau kontraksi palsu yang lebih dikenali sebagai Braxton Hicks?

KONTRAKSI SEBENAR
  • Pola sakit yang teratur
  • Sela masa kontraksi yang semakin dekat
  • Kekuatan kontraksi semakin bertambah seiring dengan masa bersalin
  • Kontraksi tetap dialami walaupun Ibu mengubah aktiviti atau posisi kedudukan
  • Kontraksi menyebabkan bukaan serviks semakin lebar
  • Rasa sakit yang dialami dari punggung bergerak ke hadapan

KONTRAKSI PALSU ATAU BRAXTON HICKS
  • Pola sakit yang tidak teratur
  • Sela masa tidak semakin dekat antara kesakitan yang dialami 
  • Kontraksi akan berhenti apabila Ibu melakukan aktiviti atau mengubah posisi kedudukan
  • Tempoh masa kontraksi pelbagai
  • Tidak mengubah bukaan serviks
  • Sakit yang dialami di bahagian hadapan sahaja
  • Kontraksi yang dialami pada mulanya kuat dan akhirnya semakin lemah

Walau bagaimanapun, sekiranya kontraksi (sebenar atau palsu) dialami oleh Ibu sebelum kehamilan berusia 37 minggu sebanyak 6 kali kontraksi dalam masa sejam atau 4 kontraksi dalam masa 2 jam, segeralah ke hospital berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Pastikan ketika ini semua kelengkapan untuk bersalin seperti beg ke hospital dan set berpantang sudah mencukupi untuk mengelakkan Ibu berasa rungsing semasa proses kelahiran bayi.

Apabila menjelang hujung trimester ketiga terutama anak pertama, pasti ibu akan risau mengenangkan kontraksi yang bakal dialami. Ya...

2 comments:

  1. masa my wife bersalin anak ke-2, Alhamdulillah kontraksi sekejap je..tapi katanya boleh tahan sakitnya tu.,.

    ReplyDelete