Best Tak Menonton Movie Ant-Man Bersama Keluarga?

9:32 am Emalin Mohd 6 Comments

Movie Ant-Man.

Best ke tak best?

Best! 


Apa yang best?

Kalau peminat movie Marvel, mesti suka. Ops, saya bukan pengkritik movie. Tapi bagi saya ceritanya menghiburkan anak-anak. Lawaknya pun kita gelak-gelak.

Ada juga diselitkan watak Avenger dalam cerita ini.

Ending pun okay. Ohh..saya paling tak suka kalau tengok movie, sad ending sebab untuk saya movie adalah menghiburkan. hihi

Ant-Man tentang apa? Macam biasa untuk menyelamatkan dunialah kan.

Ant-Man ni adalah satu teknologi sains yang boleh mengubah manusia daripada besar kepada saiz kecil sebesar semut. Dan ada juga watak-watak pembantu semut yang lain. Untuk menjayakan misi ini, Ant-Man perlu bekerjasama dengan pelbagai spesis semut.

Teknologi Ant-Man ni ada pada pihak yang baik (pengasas asal) dan juga pihak tak baik (prodigy pengasas asal sebenarnya) yang menamakan teknologinya, Yellowjacket.

Bagi mengelakkan teknologi ini diserahkan kepada pihak yang tak sepatutnya, Ant-Man perlu memusnahkan Yellowjacket dan data yang ada.

Yang pack suit Ant-Man ni pula ialah bekas banduan (perompak). Tapi banduan ala-ala Robin Hood gitu. 

Itu intipati tapi perjalanan ceritanya memang lawak. Bagi saya..hihi. Nak cerita lebih-lebih pun tak berapa pandai. Korang pergi tengok movie je lah ye.

Sebenarnya ini, kali terakhir tengok wayang adalah cerita Geisha. Bayangkan berapa tahun dah. Pastu memang tak pernah pergi dah.

Masa nak beli tu takut lewat cubalah nak tempah secara telefon dulu. Tapi, call banyak kali asyik tak dapat saja. Sudahnya, beli secara online. Kali pertama katakan. Pastu ingat kena ambil tiket juga. Pergilah beratur kat kaunter tiket. Nasib baik tak panjang sangat waktu tu barisan. Sampai-sampai je kat depan kaunter, rupa-rupanya tak perlu dah ke kaunter. Cuma tunjuk saja email pengesahan masa nak masuk. Adussss.. 

Tapi kira okay lah kan. Beli online tak payah beratur.

Enjoy this movie trailer..


Movie Ant-Man. Best ke tak best? Best!  Apa yang best? Kalau peminat movie Marvel, mesti suka. Ops, saya bukan pengkrit...

6 comments:

  1. Bilalah negeri Zumal nak ada panggung nie, asyik kena pergi luar je kalau nak tengok wayang ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli Cd je kalau tak boleh tengok wayang :)

      Delete
  2. salam..
    menarik ke..yaya xtgok lg..huhu
    tgu fatastic 4...lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. G tengok ni dulu..hihi
      Pastu tengok fantastic 4

      Delete
  3. 5 tahun dah tak tengok wayang sejak ada anak

    ReplyDelete
  4. br je lps tgk dgn anak3 4 hari lepas...husband ajak gi tgk..layankan je la. Skali tgk boleh tahan best jgk citer ni. Si kecik 2 tahun tu pun asyik cakap emut..emut hihi

    ReplyDelete