Menyaksikan Jerung Diberi Makan di Aquaria KLCC
Aquaria KLCC, an ocean of discovery.....
Dah lama berjanji dengan anak-anak untuk melihat hidupan laut di Aquaria KLCC tapi baru minggu lepas baru dapat ditunaikan sebab ayahnya cuti panjang. Ops.. ibu pun ikut cuti juga.
Sebab memang dah rancang lama memang takda terdetik di hati pun nak survey harga tiket ke, promosi ke atau apa-apa yang sepatutnya di website Aquaria KLCC atau berdasarkan pengalaman orang.
Kami terjah je pergi hari Rabu. Makan tengahhari dulu dan kemudian solat Zohor di KLCC sebelum pergi ke Aquaria KLCC.
Jom kita layan gambarlah...
3 beradik bergambar.
Haa...nasib baik kami datang hari Rabu. Rupa-rupanya hari Rabu pukul 3.00 petang adalah masa jerung diberi makan. Dapatlah tonton show! Berbaloi tengok. Yelah, benda jarang dilihat. Sebelum ni tengok jerung kat dalam tv. Kalau dalam movie, asyik kata jerung ganas je kan. Tapi, tak pun cuma gigi jerung tu kan memang banyak dan akan berganti bila patah. Kiranya stok gigi tidak terhad dan sentiasa ada.
Selain hari Rabu, hari Isnin dan Sabtu juga ada sesi ini. Hari dan masa lain tak ada. Jadi, kalau nak tengok jerung makan kena datang waktu ini.
Yang dalam kolam tu pun spesis jerung juga. Memang kita boleh usap badan jerung yang dalam kolam ni. Waktu siang kata pekerja di situ kata waktu jerung ini tidur dan aktif waktu malam. Tu yang jerung menyorok bawah daun.
Nampak tak benda yang ceracak tu? Itu pun hidupan laut juga. Nama apa dah lupa.
Tak berapa jelas pulak gambar ni tapi nak tunjuk kuda laut. Kecil je kuda lautnya. Yang macam warna putih dan hitam tu. Itulah kuda laut.
Cantikkan terumbu karang ni.
Akuarium kat sini memang besar-besar. Ikan pun pelbagai jenis spesis dan saiz sangat besar. Lebih besar dari kita pun ada macam arapaima dan ikan pari. Kerapu pun sangat besar.
Yang ini masa jalan dalam terowong. Jadinya ikan-ikan ini berenang di sebelah dan di atas kita. Sebab refleksi cermin melengkung, sebenarnya saiz hidupan dalam akuarium lebih besar 30% daripada yang dilihat.
Ikan pari yang sangat besar.
Jerung lagi.
Dan lagi..
Yang ini Cage Rage. Pengunjung boleh duduk dalam sangkar untuk merasai lebih dekat lagi dengan hidupan laut. Ada berani?
Yang ini penyelam tengah buat kerja penyelenggaraan kot.
Nampak tak jerung tu?
Sotong kurita pun ada. Suka sangat tentikelnya melekat di cermin akuarium. Kalau melekat pada manusia? Hurm....
Obor-obor atau jellyfish. Nampak cantik!
Nice to see but to hold? Hurmmm
At last, we found the Nemo!
Seronok bawa anak-anak ke sini tapikan kenapalah gambar yang diambil dan untuk dijual mahal sangat? 3 keping RM90 untuk gambar di dalam atau RM100 untuk 2 keping masa di kaunter luaran..
Sudahnya kami tak beli pun gambar tersebut. Cukuplah gambar ambil sendiri.
Untuk yang nak tahu harga tiket, waktu operasi atau promosi sedia ada, boleh layari AQUARIAKLCC.
Tak faham maksud gambar 3 keping RM90. Gambar tu macam mana ?
ReplyDeleteGambar yang diorang amik, letak latar belakang aquaria dan cetak. Yang tu le saiz besar tu 3 keping RM90..
Deletemasa saya pergi ke aquaria dulu pun dapat tengok jerung di beri makan..memang menarik pengalaman tu..
ReplyDeleteKena datang ikut time kan mamabard. Nasib kami baik walau tak tengok langsung feeding time..
DeleteZumal pernah pergi 2 kali di Aquaria tapi tak pernah pun kena masa dorang bagi makan...
ReplyDeleteKena tengok jadual dia tu...best gak tengok jerung diberi makan
DeleteTw x hari ahad jerung diberi makan pada pukul brapa..?
ReplyDeleteThere are also duties involved like feeding your pets on time, regular cleaning of tanks, and like any other pets that could get sick, ill fishes could require greater care. To help kids make success in keeping aquariums, careful selection of fishes should be done. Fishes ideal as pets for kids, and the very ones advised for beginning aquarists, are the ones known to be hardy. When getting a fish, kids would most likely think about a goldfish in a bowl. https://aquariaguide.com/best-plants-for-betta-fish/
ReplyDelete