6 Tanda Badan Anda Tidak Cukup Air Atau Terhidrat

10:48 pm Emalin Mohd 2 Comments

Adakah anda minum air secukupnya? Air yang dimasukkan ialah air kosong dan bukannya air berperisa seperti air teh, kopi mahupun jus.




Atau adakah anda tergolong dalam golongan yang akan minur air masak apabila sudah berasa dahaga?

Dahaga bukanlah petanda waktu anda patut minum tetapi ialah petanda bahawa badan sudah mengalami kekurangan air.

Jika 6 tanda ini sudah dialami atau sering dialami, ia bermaksud badan tidak mendapat air secukupnya.


Ada berlaku? Rasanya yang sering berlaku ialah mengalami sakit kepala dan bagi yang badan berisi sedikit selalu mengidam terutama makanan manis.

Berapa banyak air yang diperlukan dalam seharian? Secara umumnya, kita perlu minum 8 gelas air sehari ataupun lebih kurang setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air. Dan jumlah air ini mungkin bertambah sekiranya bekerja di bawah panas matahari atau bersukan.

Minum air kosong pada waktu yang betul juga boleh memaksimumkan keupayaan badan.

MINUM

2 GELAS SELEPAS BANGUN TIDUR
Mengaktifkan organ dalaman badan

1 GELAS, 30 MINIT SEBELUM MAKAN
Membantu dalam sistem penghadaman. 

1 GELAS SEBELUM MANDI
Mengurangkan tekanan darah

1 GELAS SEBELUM TIDUR
Mengelak daripada serangan penyakit jantung dan strok


Kalau amalkan tips di atas ini, kita sudah dapat minum 5 gelas air sehari. Hanya tambah 3 gelas lagi pada waktu yang bersesuaian. Tetapi elakkan pula minum semasa makan kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman.

Jom minum air kosong!

Kita tonton Demo menentukan pH air kosong yang ditapis menggunakan Water Pitcher Shaklee.



  UNTUK PERTANYAAN / KONSULTANSI PERCUMA, HUBUNGI:
PN EMALIN MOHD (SMS / WHATSAPP) +60192500978

Adakah anda minum air secukupnya? Air yang dimasukkan ialah air kosong dan bukannya air berperisa seperti air teh, kopi mahupun jus. ...

2 comments: