12 Kesalahan Dalam Misi Kurus Sehingga Gemuk Semula
"Kenapa seluar ni semakin ketat?"
Musykil betul kawan apabila seluar semakin ketat dan berat badan semakin bertambah sedangkan katanya sedang berdiet.
Adakah diet beliau tidak berkesan? Apa kemungkinan kesalahan yang beliau lakukan dalam mengurangkan berat badan sehingga menjadikan beliau bertambah gemuk dan bukannya semakin kurus?
KESALAHAN DALAM MENGURANGKAN BERAT BADAN
1) Makan tidak menentu
Makan apabila perut sudah terlalu lapar dan tidak mengikut jadual makan menyebabkan kita makan lebih daripada biasa. Adalah lebih baik makan sebelum rasa lapar dan sedikit tetapi kerap.
Pasti rasa menyesal apabila lapar sangat lepas tu makan nasi berpinggan-pinggan, kemudian tengok perut sendiri semakin buncit.
2) Makan ketika emosi tidak stabil
Apabila tengah marah dan sedih , ada yang cuba mneyalurkan kemarahan dan kesedihan dengan makan lebih banyak dengan pilihan makanan yang tidak sihat seperti aiskrim, coklat dan makanan segera yang lain.Bak kata omputih, nak 'treat myself' katanya...
3) Tidak cukup tidur
Apabila tidak cukup tidur dan tenga berdiet, boleh menyebabkan program kurus tersebut tidak efektif. Kurang tidur boleh menyebabkan stress dan meningkatkan hormon kortisol. Ia membuatkan berat badan sukar turun.
4) Program diet yang drastik dan ketat
Malam tadi dah nekad untuk mulakan diet esok hari. Kemudian diet tersebut terus ketat. Langsung tak boleh makan nasi lemak, teh tarik, nasi dan makanan kegemaran lain. Baru seminggu dua dah terasa mengidam kemudian tak tahan makan tahap melantak. Kan ke rugi diet tu?
Yang lebih baik ialah cuba kurangkan sedikit demi sedikit portion makanan tersebut hingga satu tahap boleh tak makan nasi langusng. Kalau sebelum ni makan nasi 2 pinggan penuh mana tak menggeletar badan bila terus tak ambil nasi.
5) Mudah menyerah kalah
Semangat memang kena kuat untuk kurus ni. Lebih baik berkawan dan bergaul dulu dengan teman-teman yang memang nak diet dan rajin ke gym.Jangan pulak asyik mengekori kawan yang kurus dan rajin makan yang tak gemuk-gemuk tu. Sekali dua boleh tahan kalau hari-hari mengadap kawan menikmati makanan mana tak hilang semangat?
6) Langsung tidak bersenam
Untuk cepat kurus selain menjaga pemakanan, bersenamlah. Senaman cara paling efektif untuk membakar kalori dan lemak dalam badan. Mulakan dengan senaman ringkas seperi jogging atau berlari atas treadmill 3 kali seminggu,
Lebih baik lagi kalau lantik terus personal trainer bagi yang ada bajet yang boleh menyusun atur jadual senaman dan makanan.
Senaman pun banyak jenis tau. Sesuaikan dengan diri sendiri.
Lebih baik lagi kalau lantik terus personal trainer bagi yang ada bajet yang boleh menyusun atur jadual senaman dan makanan.
Senaman pun banyak jenis tau. Sesuaikan dengan diri sendiri.
7) Cuba untuk membuang lemak terlalu banyak
Yang ini terus rasa tak nak makan semua makanan berlemak. Sebabnya banyak sangat lemak katanya.Hati-hati ya sebab lemak diperlukan untuk bekalan tenaga.
8) Mengurangkan kalori terlalu banyak
Kalori memang diperlukan setiap hari namun ada jumlah kalori yang diperlukan. Keperluan kalori ibu menyusu tidak sama dengan dengan wanita bujang. Jadi, nak potong jumlah kalori yang diambil boleh tetapi berpada-pada.
9) Tidak mengambil karbohidrat
Berpantang karbohidrat? Awas! Ia boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan sekaligus mengurangkan tenaga dan menimbulkan pula masalah tiroid.
10) Kurang minum air putih
Jika ingin menurunkan berat badan pastikan pengambilan air yang secukupnya sekurang-kurnagnya 8 gelas sehari.
11) Pengambilan makanan yang diproses
Jangan makan makanan yang telah diproses selalu. Makanan yang diproses walapun sedikit tetapi mengandungi bahan pengawet dan penambah perisa yang boleh mengganggu anda untuk mengurangkan berat badan.
12) Melambatkan atau tidak mengambil sarapan pagi
Pernah dengar pepatah 'eat breakfast like a king'? Sarapan pagi amat penting untuk diambil terutama yang ingin mengurangkan berat badan. Ini disebabkan kita telah tidur 6-8jam dan badna akan kekurangan nutrisi. sekiranya tidak diambil atau terlalu lewat diambil menyebabkan proses metabolisme tidak lancar dan nanti semasa makan tengah hari akan makan lebih banyak kerana terlalu lapar.
Program kurus atau diet atau mengurangkan berat badan yang salah boleh menyebabkan badan tidak mendapat nutrisi yang mencukupi sehingga mengganggu tahap kesihatan.
Antara kesan negatif program diet yang salah ialah:
1) Keletihan
Lesu, letih dan penat terjadi apabila pemakanan yang diambil tidak seimbang. Diet yang seimbang hendaklah mengandungi protein, karbohidrat dan zat serta minreal yang lain.
2) Sembelit
Kurang air atau serat dalam badan juga boleh menyebabkan sembelit. Jangan sampai kena buasir pula dalam misi untuk kurus ni.
Kurang air atau serat dalam badan juga boleh menyebabkan sembelit. Jangan sampai kena buasir pula dalam misi untuk kurus ni.
Untuk yang ingin memiliki Set Kurus yang sihat, hubungi;
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) +60192500978
bukan senang nak kurus, kan? tapi bila dah kurus tu, memang nikmat!
ReplyDeleteprojek nak kurus masih gagal sbb tak tahan tgk makanan...pantang nmpak mesti nak makan...
ReplyDelete