Berapa Berat Badan Bayi Saya Sepatutnya?

6:30 am Emalin Mohd 0 Comments

Soalan popular untuk ibu yang habis berpantang atau dalam pantang.
“Berapa berat bayi?”




Kalau sekadar soalan sahaja tidak mengapa namun apabila dibanding-bandingkan agak pedih juga rasa hati mendengarnya.

Tetapi berat badan bayi juga sebenarnya adalah indicator penting dalam tumbesaran bayi. Ia juga petanda samaada susu cukup atau tidak untuk bayi tersebut.

Sekiranya ibu merasakan bayi tidak cukup berat, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, bagi BF baby antara petua untuk menambah berat badan bayi ialah dengan memastikan pengambilan hindmilk melebihi foremilk. Ini disebabkan hindmilk mempunyai lebih lemak berbanding foremilk.

Bagi ibu yang menyusu terus, pastikan payudara dikosongkan antara 15-20 minit supaya bayi dapat menghisap hindmilk. Hindmilk akan keluar selepas foremilk.

Bagi ibu yang mengepam, foremilk kelihatan lebih jernih daripada hindmilk. Berikan bayi botol yang berisi hindmilk atau campurkan kedua-dua botol tersebut agar hindmilk juga terdapat dalam kedua-dua botol.




Bayi yang menyusu susu ibu dan menyusu susu formula mempunyai graf kenaikan berbeza. Jadi, BF baby (breastfeeding baby) tidak diboleh dibandingkan secara ‘apple to apple’ dengan FM baby (formula milk baby).

Namun secara umunya BF baby akan mempunyai badan yang lebih tegap dan mantap berbanding FM baby.

Bagi bayi yang menyusu badan atau BF baby, secara umumnya kadar pertumbuhan berat badan bayi adalah seperti berikut:
  •  Bertambah sekita 110-200 gram seminggu untuk bulan pertama kelahiran
  •  Bertambah 0.5 hingga 1.0kg sebulan untuk 6 bulan pertama
  • Bertambah 0.5kg sebulan untuk bulan ke 6-12 bulan

Jika diperhatikan, graf pertumbuhan bayi kita sendiri memang akan nampak pola yang mana 6 bulan pertama kenaikan begitu tinggi sekali berbanding semasa bayi berumur 6 bulan ke atas.

Bagi ibu yang ingin melihat perbezaan antara BF baby dan FM baby, lazimnya;
  •  BF baby dan FM baby mempunyai kadar pertumbuhan lebih kurang sama semasa awal kelahiran
  • Ketika bayi berumur 4 – 6 bulan, berat FM baby akan naik lebih banyak daripada BF baby
  • Setelah umur bayi melebihi 6 bulan, ketika ini kita akan dapat lihat BF baby kelihatan lebih tegap daripada FM baby.

Kenapa berat akan berbeza? Pasti akan berbeza kerana kandungan susu formula berbeza dengan kandungan susu ibu walaupun susu formula tersebut dikatakan menyamai susu ibu.


Susu mana yang lebih baik? Semestinya susu ibu.




Soalan popular untuk ibu yang habis berpantang atau dalam pantang. “Berapa berat bayi?” Kalau sekadar soalan sahaja tidak mengap...

0 comments: