Tips Mengurangkan Leteran Ibu Kepada Anak
Siapa suka dengar leteran? Hatta kita sendiri yang menajwat jawatan sebagai ibu pun pernah rasanya tidak suka apabila dileter. Tetapi kenapa sejak menjadi ibu kita suka berleter?
Antara sebab ibu berleter apabila anak-anak melengahkan atau tidak membuat langsung tugas atau kerja yang ibu katakan.
Suruh mandi dari balik sekolah sehingga waktu Maghrib belum nampak bayang anak ke bilik mandi.
Ibu ingatkan untuk buat kerja sekolah lengahkan. Sudahnya, sebelum tidur juga baru nak mula buat kerja sekolah. Sudahnya, tidur lewat. Apabila tidur lewat, bangun pagi pula susah nak dikejut.
Apa lagi sebab ibu berleter? Banyak sebab kan? Kadangkala sebab marahkan suami pun ibu berleter pada anak. Kadangkala sebab ibu rasa penat dan letih pun menjadi punca ibu berleter.
Siapa yang tidak suka sekiranya rumah sentiasa kemas dan anak mendengar kata. Betul tak?
Balik sekolah terus mandi. Seusai makan dan solat Maghrib terus ambil buku untuk belajar. Suka tak ibu? Pasti tenang rasanya.
Antara tips untuk menjadi ibubapa terbaik yang pernah dikongsi sebelum ini ialah membuat jadual untuk anak-anak.
Jadual sememangnya memberi kesan yang baik kepada anak-anak. Seawal umur 7 tahun malah ketika anak di tadika pun boleh mulakan jadual untuk anak-anak. Beri peluang untuk anak sama-sama mengolah jadual agar anak-anak tidak rasa terpaksa.
Kemudian, ibu boleh mengolah semula jadual tersebut agar lebih teratur tetapi pastikan anak-anak tahu. Kita sendiri pun inginkan hasil kerja kita diiktiraf dan tidak dipinda sewenang-wenangnya. Jangan ingat anak masih kecil tiada perasaan begini.
Ini antara jadual yang boleh dikongsi bersama:
Anak diberi peluang untuk memilih sendiri subjek yang ingin dipelajari.
Perlongsian dari seorang rakan dengan menggunakan papan putih untuk memantau pelajaran anak termasuk surat dan notis yang diberikan guru.
Namun harus diingatkan ibu juga perlu bersama-sama anak dalam sesi pembelajaran. Sekiranya ibu leka melayan telefon bimbit, anak akan menjadi tidak fokus dan akhirnya tidak dapat mengikut jadual pembelajaran yang telah dirancang bersama.
Sekiranya sedikit sebanyak jadual ini dapat dipenuhi, ibu bapa pun pasti kekal bertenaga dengan keadaan rumah harmoni sebegini.
Hehe.. tips menarik.. tapi.. terkadang itu yang dirindui.. leteran ibu..
ReplyDeleteKekadang bukan selalu kan..hihi
DeleteHuhu..boleh cuba diamalkan ni..emm tu la..anak-anak ni memang tak kena berleter sehari tak senang duduk jadinya..haha
ReplyDeleteJadi macam muzik la kan..
Delete