Bahaya Menjadi Ahli Shaklee!

1:03 pm Emalin Mohd 10 Comments

Shaklee adalah syarikat MLM atau multi level marketing atau network marketing. Ini buktinya!



Gambar ini membuktikan bahawa Shaklee adalah syarikat MLM yang telah memenangi Brand Lauerate Awards 2014-2015 untuk Corporate Branding.

Itu baru permulaan. Kenapa bahaya kalau terjebak dalam Shaklee ini dengan menjadi ahli Shaklee?

Ini ceritanya....

Ada seorang wanita bernama Lin yang mempunyai kerjaya tetap dan juga menjadi seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak. Tinggal pula di Kuala Lumpur yang sinonim dengan keluar rumah masa matahari belum nampak dan balik rumah juga ketika matahari mulai tenggelam. Dan Lin juga tiada pembantu rumah. Boleh bayangkan kehidupan beliau? Rasanya hampir sama skrip dengan mana-mana ibu berkerjaya yang tiada pembantu rumah. Pasti jadual sentiasa penuh.

Suatu hari, ada kawan Lin mempromosikan supplement yang sinonim dengan wanita ala-ala Primrose Evening Oil tetapi memandangkan Lin pernah mengamalkan EPO dan tidak serasi, Lin menolak. Tetapi kawan Lin ini bersungguh-sungguh mempromosikan dengan menyatakan beza antara EPO dan produk ini yang dinamakan GLA.

Memandangkan Lin pun sedang mencari alternatif menyelesaikan masalah, Lin pun setuju membelinya. Oh, rujuk entry ini untuk mengetahui tentang masalah yang Lin hadapi.

Tetapi Lin pun mengalami masalah sama dengan orang yang baru mengamalkan supplement. Tidak konsisten! Atau culas makan. Sekejap makan sekejap tidak! Jadinya GLA tersebut tidak berkesan! Rasa rugi membeli jika tidak berkesankan?

Bulan berikutnya kawan Lin mempromosikan lagi GLA sebab katanya tengah ada promo GLA dengan harga lagi murah. Dah nama wanita kan.. Tak sah kalau tak membeli. Walaupun rasa tak ada kesan, tapi beli juga.

Apabila dah masuk botol kedua, timbul kesedaran pada Lin. Baru sedar tu. Tapi biar lambat asalkan sedar daripada tak sedar langsung.

Lin konsisten amalkan GLA dan kesannya superb. Apa yang superb? Nak tau kesannya? Boleh baca entry ini ye...

Kemudian, Lin tambah pula vitamin dan supplement untuk anak-anak. Mealshakes, Chewable vitamin C dan Omega Guard. Hasilnya tidak mengecewakan Lin. 

Sembelit anak hilang, selera makan anak bertambah, anak-anak kurang mendapat selsema dan kalau selsema pun cepat baik.

Pada masa tersebut, Lin terfikir produk Shaklee ini amat bagus. Kesannya amat ketara tak seperti semasa mengamalkan EPO dan multivitamin anak-anak yang dibeli di farmasi atau pasar raya.

Kemudian, Lin terfikir untuk menjadi ahli sebab dengar cerita kalau jadi ahli harga lebih murah sehingga 25%. 

Tapi boleh ke menjadi ahli untuk makan diri sendiri tanpa menjual pada orang lain? Lin mana ada masa nak menjual. Ibu bekerjayalah katakan.

Terus Lin hubungi kawan baik Lin masa sekolah dulu. Ani namanya.

Ani kata boleh. Jadi ahli tak semestinya nak menjual. Jadi ahli untuk dapatkan keistimewaan menjadi ahli Shaklee. Apa istimewanya menjadi ahli Shaklee?


Paling Lin suka ialah tentang info nutrisi. Terus Lin jadi setuju mendaftar sebagai ahli tapi.. Ada tapinya lagi. Lin maklumkan akan jadi ahli hujung bulan semasa terima gaji. 

Cukup bulan, Ani hubungi Lin tetapi Lin bagi alasan lagi. 

Banyak betul alasan Lin kan?

Bulan berikutnya, tanpa Ani susul lagi Lin terus masukkan duit dalam akaun Ani. Ani uruskan semuanya. Lin seronoklah sebab mana ada masa nak pergi isi boranglah nak pergi pejabat Shakleelah. Ani uruskan semuanya. 

Hanya perlu bayar RM75.00 sahaja untuk menjadi ahli seumur hidup. Yang ini pun menarik minat Lin untuk menjadi ahli. Tak perlu bayar yuran tahunan dan beli bila perlu sahaja. 

Sebaik sahaja Lin dapat starter kit Shaklee, masalah baru timbul! Rupanya Shaklee adalah syarikat jualan langsung. 

MLM? Sudah tertipu ke Lin selama ini? Semua orang kata MLM tidak bagus. Kenapa produk yang dikeluarkan Shaklee ini amat bagus dan bertahan bertahun lamanya? Umur syarikat Shaklee sekarang 59 tahun. Sudah lama rupanya Shaklee ini. 



Jaminan yang Shaklee berikan juga membuatkan Lin teruja sebab produk Shaklee dijamin Selamat, Sentiasa Berkesan dan Semulajadi. 3S yang Lin cari selama ini.

Memandangkan kesan yang sangat positif tentang produk Shaklee ini, Lin terus berkongsi di laman FB tentang kebaikan Shaklee. 

Menakjubkan kala itu, Lin terus dapat tempahan mencecah RM600.00++. 

Memang bahaya berkongsi kebaikan Shaklee ini! 

Daripada tak konsisten makan menjadi konsisten. Daripada menjadi ahli sahaja terus bergiat aktif berniaga.

Jadi, fikir betul-betul! Adakah betul anda tidak mahu menjadi sebahagian dari keluarga besar Shaklee?

Sambil menyelam minum air. Di samping berkongsi kebaikan produk Shaklee berniaga Shaklee dapat juga tambahkan pendapatan sedia ada. 

Mungkin anda akan menjadi seperti Lin iaitu daripada tidak berniaga terus ingin berniaga kerana kebaikan yang ada dalam produk Shaklee.

Lagi satu Lin ceritakan bahawa beliau hanya membeli yang perlu sahaja. Maksudnya tak perlu kumpul stok. Kalau cukup point dapat pula bonus tambahan. Tapi, kalau tak cukup point jangan risau. Sudah untung dari segi harga ahli.

Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada keluarga Shaklee, boleh hubungi Lin (seperti di dalam cerita di atas) di:

PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Shaklee adalah syarikat MLM atau multi level marketing atau network marketing. Ini buktinya! Gambar ini membuktikan bahawa Sha...

10 comments:

  1. all the best dan selamat maju jaya dalam bidang yang diceburi.

    ReplyDelete
  2. Semoga perniagaan dirahmati dan dimurahkan rezeki... sesungguhnya rezeki Allah tak terbatas di bumiNya yang luas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak-banyak atas nasihat Tuan

      Delete
  3. semoga emalin terus maju jaya :)

    ReplyDelete
  4. pergh... bahaya betulla... hehehehe... kisah benar yang hebat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya bahaya daripada tak nak bisnes terus bisnes tu ;)

      Delete
  5. Kalau ini macam..memang bahaya betul lahhhh..hehe

    ReplyDelete