Kenapa Susah Kurus Jika Tidak Menjaga Pemakanan?

11:55 am Emalin Mohd 8 Comments

Antara tips utama untuk mengurangkan berat badan atau kurus ialah menjaga pemakanan.

Secara kasar seorang dewasa hanya memerlukan lebih kurang 2000 kalori setiap hari. Tetapi adakah kita makan berdasarkan kalori yang diperlukan? 

Kalori terlebih menyebabkan badan menyimpannya sebagai lemak di dalam badan dan menambah berat badan.

Nak tahu kenapa kita perlu menjaga pemakanan? Sebabnya, jika dilihat terdapat perbezaan ketara perbandingan 200 kalori dalam jenis makanan yang berbeza.

Sosej vs carrot. Jika makan  setakat 1 ketul sosej pasti tak kenyang bukan? Tapi jika makan 1 pinggan carrot? Kenyang, berkhasiat dan kalori rendah.


Yang ini pula ke kentang goreng vs cili benggala. Siapa pula nak makan cili benggala sepinggan bukan? Pasti ramai memilih kentang goreng tapi kenyang ke makan sebanyak itu sahaja? 


Coklat vs buah tembikai susu. Pasti buah pilihan terbaik tapi coklat amat memikat selera.


Gula-gula jelly vs apricot. Takkan kenyang makan gula-gula namun kalori nya cukup banyak.


Sepinggan anggur dengan separuh karipap. Untuk yang ingin mengurangkan berat badan pastikan memilih anggur.


Muffin dan sadery. Pilihan anda?


Mentega dan telur. Telur lebih kenyang yang pastinya.


Keropok dan epal. Yang mana satu sepatutnya menjadi kudapan?

Sumber: Fb Amazing Facts and Nature's

Yang nampak menyelerakan kebanyakannya gambar di sebelah kiri namun untuk yang ingin mengurangkan berat badan atau kurus makanan di sebelah Kanan iaitu buah, sayur dan telur lebih baik. Kebanyakan makanan dalam gambar di atas seperti coklat, gula-gula dan keropok ini mempunyai Indeks Glisemik tinggi iaitu kita cepat lapar walaupun baru lepas makan. Jadi kita akan makan lagi dan lagi sebab rasa lapar. Akhirnya, kalori yang diambil berlebihan dari keperluan dan berat badan pun mencanak naik.

Selain itu, antara masalah yang selalu dihadapi ialah mengawal nafsu makan. Bak kata orang tolak Kayu dan batu sahaja. Yang lain cukup menyelerakan.

Jika menghadapi masalah ini, Omega-3 boleh membantu mengurangkan nafsu makan. Omega-3 akan berinteraksi dengan hormon Leptin di dalam badan. Hormon Leptin ini pula akan memberikan isyarat kepada otak untuk mengawal selera makan. Tambahan pula, Omega-3 membantu untuk membakar lemak dengan menjadikannya tenaga. Jadi, kurang makan dan berat badan jadi kurang.

Jadi, pastikan mengambil Omega-3 dalam diet seharian untuk mengawal nafsu makan atau memilih supplement terbaik yang mengandungi Omega-3. Nak pilih Omega-3 terbaik? Klik sini ye untuk melihat perbandingan Omega-3 yang ada di pasaran: http://emalinmohd.blogspot.com/2013/11/omega-guard-minyak-ikan.html?m=1

Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978





Antara tips utama untuk mengurangkan berat badan atau kurus ialah menjaga pemakanan. Secara kasar seorang dewasa hanya memerlukan lebih kura...

8 comments:

  1. Ye la..ye la.. Saya pilih alik kanan semuanya..haha

    ReplyDelete
  2. huhuu,,, nampak sgt sy ni akan pilih makanan kalori tinggi...

    kena ubah ni demi kesihatan.. insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kadangkala keluar ayat "makan sikit tapi berat naik"...

      Memang kena jaga pemakanan

      Delete
  3. Salam...
    perkongsian kesihatan yang sangat bermanfaat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga memberikan kebaikan hendaknya.

      Delete
  4. bab kontrol bab makan ni mmg payah...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer try omega untuk kontrol nafsu makan :)

      Delete