Cara Berkesan Menghilangkan Bintik Putih Pada Kulit Muka

8:03 am Emalin Mohd 8 Comments

Ada tak bintik-bintik putih bawah mata? Seperti dalam gambar ini? 


Ini adalah white head yang terjadi akibat pori-pori yang tersumbat. Dan ia tidak dapat dihilangkan seperti white head di hidung iaitu dengan penggunaan pore pack atau menggunakan masker telur.

Apa cara untuk hilangkannya? 

Mula-mula kena tahu punca terjadinya white head supaya kita dapat menyelesaikan masalah dari akar umbi bukan di permukaan sahaja.

Salah satu sebab ia terjadi ialah penyumbatan liang pori yang terbuka. Bakteria, sel mati mahupun minyak terperangkap di dalam liang pori menyebabkan ia tersumbat.

Liang pori pula terbuka akibat kekurangan kolagen di dalam badan. 

Jadinya dengan pengambilan kolagen seperti Collagen Powder Shaklee akan membantu menutup pori terbuka dan mengelak pembentukan white heads.



Selain itu, pengambilan vitamin B, C dan E juga membantu mengurangkan masalah white heads ini.

Vitamin B Complex yang mengandungi Vitamin B2 boleh mengurangkan stress. Ya, stress boleh memburukkan lagi keadaan kulit muka. Vitamin B3 pula membantu meningkatkan peredaran darah. Pengambilan vitamin B Complex bermutu tinggi membantu menaikkan seri wajah.

Pengambilan vitamin E pula membantu meningkatkan kulit melawan radikal bebas. Ia juga meningkatkan keupayaan ️tisu kulit untuk sembuh dan diperbaiki. Pengambilan 400IU vitamin E sehari membantu merawat acne. Sebiji vitamin E Complex Shaklee mengandungi 400IU vitamin E.

Vitamin C pula tidak asing lagi untuk mencantikkan kulit. Ia bertindak melawan jangkitan dan meningkatkan imun badan. Vitamin C juga terlibat dalam penghasilan kolagen

Jangan lupa untuk detoks terlebih dahulu agar penyerapan nutrisi dapat dilakukan secara maksimum.




Dan ini testimoni seorang pelanggan yang berpuas hati dengan produk Shaklee setelah 7 tahun terseksa dengan jerawat...

7 tahun??


Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

Bagi rawatan luaran pula, selain mengamalkan 3 konsep asas penjagaan kulit muka iaitu Mencuci, Toner dan menyapu Pelembap, scrubbing juga amat penting.




Scrubbing hendaklah dilakukan 2-3 kali sahaja seminggu bertujuan untuk membuang kulit mati namun itu bukan tujuan utamanya. Tujuan utama melakukan scrubbing dengan cara yang betul ialah untuk meningkatkan penghasilan kolagen di bawah kulit. Semasa scrubbing, kulit muka akan diurut sekaligus melancarkan peredaran darah di kawasan kulit muka. Peredaran darah yang lancar akan menyihatkan lagi kulit.





Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978




Ada tak bintik-bintik putih bawah mata? Seperti dalam gambar ini?  Ini adalah white head yang terjadi akibat pori-pori yang ters...

8 comments:

  1. Vit B,C, E memang penting sangat kan untuk kesihatan kulit.
    Collagen macam menarik tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Collagen tu memang menarik sebab Ada kajian saintifik lagi :)

      Delete
  2. untuk black head n jeragat tak ada ke emalin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Noe. Vitamin b, c & e pun boleh untuk blackhead. Untuk jeragat tu di samping wajib buat Step 1-2-2 langkah penjagaan kulit tu boleh juga dengan collagen Powder dan vivix.

      Delete
  3. Saya suka pakai set asas nutriwhite.
    Memang kulit jadi lembut je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau serasi memang syok kan.. Yang penting setiap produk kita pakai tidak mengandungi bahan berbahaya.

      Delete
  4. ini cerita untuk wanita sahaja ke ?

    p/s:Happy blogwalking dari admin blog Hero Borneo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki pun Ada masalah kulit kan ? :)

      Delete