Cara Mudah Kurus dan Elak Diabetis Dengan Makan

4:00 pm Emalin Mohd 6 Comments

Makan boleh mengurangkan risiko menjadi gemuk dan juga daripada mendapat diabetis. 



Wah, bunyi macam mudah bukan? Berdasarkan kajian 90% individu obes atau mengalami berat badan berlebihan sebenarmya tidak makan.

Tidak makan? Makan apa yang dimaksudkan? Pastinya makanan yang paling penting iaitu sarapan pagi!

Umum mengetahui sarapan pagi amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Dan dengan mengambil sarapan pagi juga boleh mengurangkan risiko Obesiti dan diabetis.

Obesiti boleh terjadi kerana mengambil makanan berlebihan akibat tidak bersarapan. Badan akan menjadi terlalu lapar kerana perut telah kosong terlalu lama melebihi 10 jam. Apabila berlapar pastinya 2 pinggan nasi tidak cukup. Belum lagi lauk pauk sedia ada. Makan dalam keadaan lapar pula pastinya dalam keadaan gelojoh dan mengunyah tidak sempurna. Orang kata, main telan sahaja.

Disebabkan itu, apabila selalu tidak mengambil sarapan boleh menjadi penyebab kepada obesiti.

Apabila bersarapan, badan akan memberikan signal untuk makan dalam kadar yang sepatutnya dan mengurangkan risiko Obesiti.

Bagaimana pula sarapan mengurangkan risiko diabetis?

Apabila badan menjadi terlalu lapar, tahap insulin menjadi terlalu tinggi. Ia menjadi punca kepada rintangan insulin. 

Rintangan insulin bermakna insulin yang terhasil walaupun dalam kuantiti yang banyak namun tidak dapat memperoses gula. Ini kerana insulin yang terhasil menjadi tidak aktif akibat ikatan gula yang tinggi. Gula yang diambil secara berlebihan membentuk sebatian organik yang memegang insulin mengakibatkan fungsi insulin merosot. Lama-kelamaan seseorang itu akan turut mengalami kerosakan kelenjar hormon insulin secara total dan akhirnya menyebabkan diabetis.

Jadi, pastikan mengambil sarapan yang sihat dengan 6 tips berikut:




1) Bersarapan antara jam 6 hingga 9 Pagi.

2) Ambil sarapan dalam tempoh sejam atau selepas berjalan dan elakkan mengambil sarapan terlalu lewat selepas berjalan.

3) Makan makanan tinggi protein bagi membantu mengurangkan rasa lapar dalam tempoh yang lama seperti Energizing Soy Protein (ESP).

4) Tambahkan buah dan sayuran seperti buah pisang, prun dan kismis di dalam oat atau lada benggala dan bawang besar di dalam telur dadar.

5) Makanan manis seperti kuih donut menyebabkan lebih cepat rasa lapar. Jadi elakkan mengambil makanan manis semasa bersarapan.

6) Minum air secukupnya setiap hari. Setiap berat badan 25kg memerlukan lebih kurang 1 liter sehari.

7) Pilih makanan yang mempunyai Indeks Glisemik rendah seperti pasta dan beras perang. Atau memilih Cinch Shake dan ESP yang mempunyai Indeks Glisemik di bawah 45. Semakin rendah Indeks Glisemik semakin ia memberikan rasa kenyang yang lama.

Bagi yang ingin mengurangkan berat badan, ini antara tips mudah:




- Minum 2 gelas air kosong sebelum makan
- Ambil Nasi dengan saiz 1 penumbuk tangan sendiri
- Makan sumber protein seperti ayam dan daging sebenar saiz tapak tangan
- Pastikan lemak sebesar saiz ibu jari
- Tambahkan sayur sebanyak 2 tapak tangan 
- Amalkan makan buah-buahan sebesar segenggam tangan

Sumber: ISihat Januari 2015


Untuk yang ingin menempah vitamin dan supplement Shaklee, hubungi: 
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Makan boleh mengurangkan risiko menjadi gemuk dan juga daripada mendapat diabetis.  Wah, bunyi macam mudah bukan? Berdasarkan kajia...

6 comments:

  1. cahayacinta.com

    nak kurus bukan senang ya tak heee...saya dapat turun 8kg tapi kena stop sebab doc tak bagi untuk kesihantan kami berdua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa kena stop? BMI jadi kurang sangat ke?

      Delete
  2. Saya sarapan selalu kopi susu anlene dan songlap sikit roti telur anak ke. Apa yang dia makan saya makan sikit. Tak berapa healthy tapi asalkan alas perut. Wajib before makan vitamin tetiap hari :)

    ReplyDelete
  3. Kopi susu anlene? Air kopi campur susu anlene ke? Roti telur tu sangat sesuai untuk anak-anak sebab ada gabungan protein, karbo dan lemak sikit. Vitamin untuk kita golongan mak-mak ni bagi saya wajib dah. Hihi

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian emalin... sedang berusaha ni...hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata omputih
      Breakfast like a king
      Lunch like orang biasa
      Dinner like a pengemis

      Delete