5 Jenis Tangisan Bayi Dan Maksudnya Supaya Ibu Pun Tak Menangis Sama

11:38 pm Emalin Mohd 4 Comments

Ibu baru saja bersalin anak pertama dan belum ada pengalaman menjaga bayi sebelum ini. Dan bayi pula sering menangis sehingga ibu menjadi tidak keruan.



Disusukan tak nak, check diapers tak basah, buka baju bayi ta nampak pula semut.

Kenapa bayi saya menangis?

Sebenarnya jika didengari betul-betul, terdapat perbezaan bunyi tangisan bayi yang memberikan maksud berbeza.

Yelah kan, bayi belum pandai berkomunikasi lagi. Hanya tahu menangis sahaja.

Lapar, menangis.
Kembung perut, menangis.
Tak selesa, menangis.
Memang menangis.

Jadi, sebelum ibu pun turut serta menangis kerana tidak tahu apa yang bayi kehendaki, jom kenali jenis tangisan bayi.

1) NEH
Ini menunjukkan bayi kelaparan. Bunyi NEH ini terhasil dihasilkan daripada 'sucking reflex'. Solusinya, susukan bayi anda.

2) OWH
Bunyi OWH terhasil daripada refles menguap bayi. Jadi, ini tanda-tanda bayi anda ingin tidur. Tidurkan bayi dengan keadan yang selesa. Jangan tangguhkan masa tidur bayi kerana bayi yang tidak cukup tidur akan menjadi lebih meragam.

3) EAIRH
Yang ini akibat bayi mengalami kembung perut. Untuk mengatasi masalah kembung perut bayi, boleh urutkan perut bayi dengan gerakan berbentuk 'love'. Kemudian, gerakkan kaki bayi dalam bentuk 'air cycling' untuk meransang angin keluar dari badan bayi. Kembung perut jika tidak diatasi memang bayi akan menangis dan susah untuk tidur.

4) HEH
Bayi menangis dengan mengeluarkan buni HEH menunjukkan bayi tidak selesa. Jadi, ibu kenalah check diapers bayi samada bayi buang air besar atau sudah penuh. Atau bayi berada dalam keadaan terlalu panas atau terlalu sejuk.

5) EH
Jika ibu sudah menyusukan bayi kemudian bayi menangis dengan bunyi EH, itu tandanya ibu perlu sendawakan bayi. Ia terhasil daripada kontraksi abdomen yang cuba mengeluarkan angin daripada perut.

Semoga dengan panduan ini, dapat membantu ibu lebih mengenali bayi sendiri dan dapat menenangkan bayi sebelum ibu sendiri panik tak tahu nak buat apa, kan?

Pn Emalin Mohd, Shaklee Independent Distributor 
(SMS / WHATSAPP): +60192500978






Ibu baru saja bersalin anak pertama dan belum ada pengalaman menjaga bayi sebelum ini. Dan bayi pula sering menangis sehingga ibu menjadi t...

4 comments:

  1. Semua yang ada anak kecil kena ambil tahu benda ni. Kalau tak pening la kepala tak faham apa yang anak nak

    ReplyDelete
  2. Haah..takut nanti mama nangis sekali especially waktu pantang

    ReplyDelete
  3. Hahaha..serius..saya memang tak ambil tahu pun sebelum ni..,hehe..ingtkan tak ada makna pun..

    ReplyDelete
  4. Tu yang kekadang mama pun ikut nangis sekali..tak tau punca bayi menangis

    ReplyDelete