Simptom, Punca dan Cara Rawatan Vertigo Yang Berkesan

Merry-go-round! Itulah yang boleh dikatakan apabila mengalami vertigo. Merry-go-round berada di dalam kepala. Kalau masa kanak-kanak, memang akan rasa suka sebab seperti berpusing-pusing namun apabila dewasa ia mengganggu kehidupan.






Selain daripada rasa berpusing-pusing, simptom lain pesakit vertigo adalah:
  • Badan rasa seperti condong
  • Bergoyang-goyang
  • Tidak seimbang seperti berada di atas perahu
  • Terasa seperti badan ditarik ke satu arah
Pesakit vertigo selain daripada mengalami simptom di atas juga ada yang turut mengalami:
  • Loya
  • Pergerakan mata tidak normal
  • Sakit kepala
  • Berpeluh
  • Telinga berdengung
  • Hilang pendengaran
Ia akan berlaku dalam beberapa minit sehingga beberapa jam dan akan datang dan pergi.




Punca vertigo antaranya ialah:


1) BPPV - Benign Paroxysmal Positional Vertigo
Otocenia / Canalitis iaitu Kristal halus yang terbentuk daripada kalsium karbonat tidak berada di tempat yang sepatutnya dan berada di terowong bahagian dalam telinga akibat trauma, jangkitan atau akibat usia yang meningkat.


2) Meniere's Disease
Kerosakan di bahagian dalam telinga akibat cecair yan terkumpul atau perubahan tekanan di dalam telinga. Ia juga boleh menjadi punca samaada vertigo, tinnitus (berdengung di dalam telinga) dan hilang deria pendengaran.


3) Vestibular Neuritis atau Labyrinhitis
Jangkitan yang berlaku di dalam bahagian dalam telinga menyebabkan radang di sekitar saraf penting yang membantu dalam keseimbangan badan.


4) Sebab-sebab Lain Berlakunya Vertigo
  • Kecederaan di kepala atau leher
  • Mengalami strok atau mempunyai tumor di otak
  • Kesan daripada ubat tertentu
  • Migrain
Apakah rawatan pilihan sekiranya vertigo berlaku?
  • Melakukan pemulihan vestibular iaitu terapi fizikal untuk menguatkan system vestibular yang berfungsi untuk menghantar signal ke otak untuk pergerakan kepala dan badan. Rawatan ini boleh diperolehi di hospital kerajaan di Jabatan Fisioterapi.
  • Penempatan semula Canalith dengan melakukan siri pergerakan badan dan kepala yang tertentu bagi yang mengalami BPPV. Pergerakan ini dilakukan untuk mengeluarkan kalsium yang terdapat di dalam terowong bahagian dalam telinga ke bahagian lain yang boleh diserap oleh badan. 
  • Mengambil ubatan tertentu seperti ubat menahan mabuk dan loya akibat symptom yang berlaku atau ubat antibiotic dan steroid untuk jangkitan dan meredakan radang. Bagi Meniere's Disease pula, ubat berbentuk deuretik diberikan untuk mengurangkan tekanan dalam telinga akibat pertambahan cecair dalam bahagian telinga sebelah dalam.
  • Bagi kes-kes tertentu mungkin pembedahan perlu dilakukan.
  • Bagi vertigo yang berlaku akibat tumor, strok atau kecederaan di leher dan otak rawatan terhadap punca penyakit perlu dilakukan.
Selain rawatan dengan doktor yang wajib dilakukan, antara ikhtiar yang boleh diamalkan pesakit vertigo ialah dengan pengambilan Vivix.


Vivix mengandungi resveratrol dan folifenol serta antioksidan yang tinggi yang boleh mengurangkan kesan penuaan. Ingat tadi, ada vertigo yang boleh berlaku akibat usia. Dan ia juga membantu untuk mengurangkan jangkitan dan radang seperti di dalam testimoni-testimoni ini.










Untuk tempahan & pertanyaan, sila hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp: 0192500978)


2 comments:

  1. saya seorang pengidap vertigo..kalau migrain teruk mesti akan kena vertigo.sampai gerak kan kepala pun tak boleh.nak solat pun tak boleh sebab tak boleh langsung gerak kan kepala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Diana sembuh dari vertigo ya. Jadi mak ni susah kalau jatuh sakit kan?

      Delete