9 Tips Kekal Sihat Di Musim Panas Elakkan Strok Haba

11:03 am Emalin Mohd 2 Comments

Hari ini akibat fenomena El-Nino, semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup selama 2 hari iaitu pada 22 dan 23 Mac 2016  untuk aktiviti pembelajaran dan hanya guru sahaja dikehendaki hadir. Ada rakan di utara juga maklumkan betapa cepat ais yang dikeluarkan dari peti ais mencair.



Berapa agaknya suhu hari ini di utara? 40'C?



Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengeluarkan 9 tips untuk kekal sihat semasa musim panas ini.

TIPS 1:
Banyakkan minum air kosong. Pastikan setiap 25kg berat badan, individu tersebut minum 2 liter air kosong sehari. Jika berat badan 45 kg, individu tersebut perlu minum 1.8 liter air kosong sehari.

Kurang minum air kosong semasa musim panas ini juga menyebabkan sakit kepala dan migrain mudah menyerang.

TIPS 2:
Gunakan kipas atau pendingin hawa untuk mengurangkan rasa panas dan bahang. 

TIPS 3:
Kurangkan aktiviti di luar rumah terutama anak-anak. Pesan pada anak-anak berkali-kali agar tidak main kejar-kejar dan berlari-lari di sekitar sekolah semasa menunggu ahli keluarga untuk menjemput balik dari sekolah. Ibubapa juga perlu menjemput anak tidak terlalu lewat bagi mengelakkan anak berjemur dan bermain di tenagh panas.

Bagi yang ada persediaan untuk sukan, mungkin boleh berbincang dengan pihak berkaitan agar tidak terdedah di bawah terik matahari.

TIPS 4:
Sapu losyen pada badan terutama losyen yang mengandungi pelindung sinar matahari (SPF 30). Selain itu, bagi mengurangkan rasa panas dan ruam akibat panas, sapukan Herbal Blend pada badan.  Rasa berangin selepas disapu Herbal Blend ini amat melegakan dan ia juga mengurangkan ruam yang selalu terjadi pada kulit semasa cuaca panas.

TIPS 5:
Kurangkan minuman berkafein, bergula dan beralkohol. Minuman seperti ini akan lazimnya bersifat diuretic dan menyebabkan badan akan kekurangan air.

TIPS 6:
Jangan pakai pakaian yang terlalu tebal dan ketat. Pakaian cotton amat sesuai dipakai semasa cuaca panas. 

TIPS 7:
Jangan menunggu di dalam kenderaan dalam tempoh yang lama. Suhu di dalam kenderaan terutama kenderaan yang berjemur di bawah terik mentari amat panas. 

TIPS 8:
Minum air isotonik untuk menggantikan garam dan mineral di dalam badan. 

Tahukah anda bahawa ada air isotonik yang tidak bergas dan kurang gula namun dapat membekalkan mineral sepatutnya? Rasa air pun sedap seperti rasa air oren Gatorade. Performance Drink namanya. Nak bancuh pun mudah. Rasanya memang melegakan ditambah pula dengan ketulan ais.

TIPS 9:
Pakai payung dan topi untuk mengurangkan pendedahan kepada cuaca panas. Lebih baik lagi kurangkan aktiviti di luar. 

Namun, bagi yang bekerja di bawah terik mentari nak berpayung tak sesuai pula kan? Topi lebih sesuai namun gunakan tips menyapu losyen yang mempunyai pelindung matahari dan minum air kosong dan air isotonik secukupnya. Panas memang panas namun demi sesuap nasi tetap perlu menjalankan tugas.

Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit dan dapat menempuh kepanasan ini dengan selamat.


Inginkan Herbal Blend dan Performance Drink? 
Hubungi (SMS / Whatsapp) Pn Emalin Mohd 0192500978




Hari ini akibat fenomena El-Nino, semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup selama 2 hari iaitu pada 22 dan 23 Mac 2016  untuk aktiviti pem...

2 comments:

  1. bahaya strok haba ni..Alhamdulillah, hari ini mendung jer...sejuk sikit bumi KL hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah bahaya kena pastikan minum air cukup

      Delete