4 Cara Menambah Berat Badan Dengan Sihat
Orang yang tak pernah gemuk, takkan tau perasaan inginkan kurus
Dan
Orang yang tak pernah kurus takkan tau perasaan inginkan gemuk atau menambah berat badan. Lagi-lagi apabila terlalu kurus juga membawa kepada kesukaran untuk hamil bagi wanita yang dah berkahwin. Lagi rasa stress apabila suami pun memberikan komen badan terlalu kurus. Belum lagi orang di sekeliling.
Bukan orang gemuk sahaja yang stress ya. Yang terlalu kurus juga mengalami keadaan serupa.
Ada cara ke untuk menambahkan berat badan? Sebab orang kata kalau nak berisi, kena makan banyak. Tapi orang kurus susah nak makan banyak.
CARA MENAMBAHKAN BERAT BADAN
1) Tambah kalori berbanding keperluan harian
Selalu dengar BMI kan? Ia untuk mengira samaada kita terlebih berat badan atau dalam julat normal. Untuk mengira kalori yang diperlukan sehari-hari, BMR digunakan. BMR atau Basal Metabolic Rate adalah jumlah tenaga asas yang diperlukan oleh badan untuk kegunaan organ badan. Nilai BMR akan menurun berbanding umur dan bertambah sekiranya otot badan bertambah.
Setelah mengetahui nilai BMR sendiri samaada 1300 kalori, 1500 kalori atau 2000 kalori, tambahkan lagi kalori dalam seharian untuk meningkatkan berat badan.
Kemudian tambah dalam diet seharian lebih kurang 200 kalori sehari. Antara makanan yang mengandungi 200 kalori ialah 2 ekor ikan selar, 12 biji telur puyuh, 3 ketul daging tanpa lemak, 2 keping tauhu atau 1.5 gelas susu soya tanpa gula.
Perasan tak kategori contoh yang diberikan? Senarai tersebut ialah makanan mengandungi protein. Menambah protein dalam diet seharian lebih baik daripada menambah karbohidrat seperti nasi atau lemak seperti makanan bergoreng. Protein membina otot untuk menjadikan badan lebih sihat manakala karbohidrat pula akan menjadi lemak di dalam badan.
2) Detoks badan terlebih dahulu
Jangan sangka umur dewasa tiada cacing atau parasit di dalam badan. Mungkinkah terlalu kurus kerana parasit telah menyerap semua nutrisi sedia ada.
Amalkan air detoks seperti air lemon aatu jus detoks yang ada pelbagai resepi yang boleh disesuaikan. Namun, AWAS! Pastikan tiada gula ditambah dalam air atau jus untuk detoks badan.
3) Bersenam
Untuk menambahkan berat badan, senaman juga amat perlu. Ia akan membina otot dan sekaligus menaikkan berat badan. Bermula dengan bersenam antara 1 hingga 3 kali seminggu.
4) Tambah sesi makan
Orang yang kurus sukar untuk makan banyak. Jadi tambahkan sesi makan menjadi 6 kali sehari untuk memudahkan cara makan dengan banyak.
Jadi, dalam usaha untuk menaikkan berat badan, pastikan ia naik secara sihat.
Nak kira BMR ?
▶ Guna mesin karada
Nak protein yang mencukupi ?
▶ Ambil 3 sudu ESP setiap hari
▶ Minum jus detoks atau lebih mudah dengan rangkaian set detoks
Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978
0 comments: