Adakah Bayi Saya Minum Susu Ibu Secukupnya?

7:45 am Emalin Mohd 2 Comments

Dulu masa anak masih bayi lagi pernah dimasukkan ke hospital. Apabila bayi dimasukkan ke hospital antara yang menjadi rutin untuk nurse check ialah jumlah susu yang diminum dan jumlah diapers yang ditukar samaada berak atau kencing. Siap perlu timbang lagi diapers tersebut.



Ada sekali nurse tanya berapa auns bayi minum tapi sebab tergamam tak tahu nak jawab. Bayi minum susu ibu secara direct feeding. Mana nak tahu berapa banyak bayi minum susu.

Nurse tu pulak bila tengok ibu ni terdiam baru tukar soalan bertanya bayi minum susu formula ke susu ibu. Bila dijawab susu formula baru nurse angguk kepala saja.

Haaa...dari situ tertanya juga apa tanda bayi kita minum susu ibu secukupnya? Betul ke susu ibu sikit sehingga perlu top up susu formula? Walaupun memang tidak dinafikan memang ada golongan yang tidak dapat menghasilkan susu secukupnya untuk bayi (peratusan yang amat rendah) namun ibu yang lain pasti tertanya juga sama ada susu ibu cukup atau tidak untuk bayinya.

Antara tanda-tanda bayi (untuk yang berumur 0 hingga 6 bulan sahaja) minum susu ibu secukupnya ialah:

1) BERAT BADAN BAYI



Berat bayi selepas lahir akan turun pada paras 5-7% sehingga hari keempat. Ketika ini ibu jangan risau jika berat bayi kurang dari berat semasa lahir.

Namun bermula dari hari ke 5, berat bayi akan naik sedikit demi sedikit aiitu lebih kurang 28 gram sehari atau 198 gram seminggu.

2) DIAPERS ATAU LAMPIN BAYI BASAH

Lampin bayi basah sehingga menjangkau 6 lampin sehari bermula pada hari keempat atau kelima dengan air kencing bayi berwarna cerah dan kurang berbau.

Apa yang dimaksudkan dengan lampin bayi basah sebab kebanyakan ibu menggunakan diapers atau lampin pakai buang ketika ini?
Ibu boleh menjalankan sedikit ujian pada lampin pakai buang tersebut dengan menuang 3 sudu besar atau lebih kurang 45ml air ke atas lampin tersebut. Itulah keadaan di mana lampin perlu basah sehingga 6 kali sehari.



3)DIAPERS ATAU LAMPIN BAYI KOTOR

Najis bayi bermula pada hari kelima perlulah berwarna kuning dan lembut. Pada awal kelahiran, bayi akan mengeluarkan mekonium iaitu najis yang berwarna hijau kehitaman. Warna najis juga boleh memberikan indikasi keadaan bayi. 

4) TANDA-TANDA LAIN

Payu dara ibu kelihatan lebih lembut dari sebelum penyusuan dan bayi kelihatan kenyang serta aktif.

Bagi bayi yang selalu tertidur semasa sesi penyusuan, kejutkan bayi agar melengkapkan sesi penyusuan tersebut. Ia juga dapat mengelakkan daripada ibu menjadi cepat penat kerana sering menyusukan bayi dalam keadaan kerap namun sekejap sekejap sahaja.

Apa pula tanda bayi kekurangan susu?

Tanda-tanda bayi kekurangan susu:

1) Bayi tidak mendapat berat semasa lahir atau berat badan tidak bertambah selepas berumur 14 hari.

2) Payudara ibu masih rasa tegang

3) Bayi meragam atau kelihatan letih

4) Bayi menghisap susu dengan pipi melengkung atau ada bunyi berdecit

5) Lampin disalin kurang daripada 6 kali selepas bayi berumur 5 hari.

6) Najis bayi berwarna gelap selepas hari kelima kelahiran

7) Bayi semakin kuning selepas minggu pertama kelahiran

8) Bayi kelihatan tidak berisi walaupun telah berumur 3 minggu

9) Kulit bayi masih berkerut selepas berumur 7 hari


Untuk mengelakkan ibu panik kerana bayi menangis inginkan susu, tonton video ini:



Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Untuk konsultansi / tempahan hubungi:
Pn Emalin Mohd 0192500978

Dulu masa anak masih bayi lagi pernah dimasukkan ke hospital. Apabila bayi dimasukkan ke hospital antara yang menjadi rutin untuk nurse che...

2 comments:

  1. bagus info ni...
    sayangnya saya belum diberi rezeki anak sendiri... tapi simpan dulu tips2 ni.. mana tahu berguna di masa hadapan... hehehehehe... :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita compile info dulu..nanti dah ada mudah sebab dah ada ilmu..

      Thanks for the ivitation..will BW after this!

      Delete