6 Tips Mengatasi Bayi Suka Tidur Semasa Menyusu Elak Ibu Penat
Baru saja menyusukan bayi kemudian bayi tertidur. Kita, sebagai ibu pun letaklah bayi atas katil. 5 minit kemudian, bayi terjaga pulak. Dan kita pun susukan bayi semula. Tak lama kemudian bayi tertidur semula dan cycle ini berulang banyak kali terutama semasa pantang.
Apa yang ibu rasa? Penat dan letih kan? Sampai satu ketika, ibu yang tak tahan akan memberikan bayi susu formula kerana bayi terlalu kerap terjaga untuk menyusu. Pulak tu selepas diberi susu formula, bayi tidur lama. Dapatlah ibu rehat lama sikit. Lagilah ibu kurang semangat nak menyusukan bayi. Lama-kelamaan sesi menyusu kurang dan akhirnya susu pun kering.
Bagaimana nak atasi masalah ini?
Bermulanya sejurus selepas kelahiran iaitu 1 jam pertama amat penting sekali. Kala ini, bayi terjaga sepenuhnya dan inilah masa terbaik untuk skin-to-skin dan menyuakan payudara kepada bayi.
Rooting reflex bayi ketika ini akan terus tercari-cari puting payudara untuk dihisap. Masa ini juga sesi pengenalan bau ibu dan payudara ibu agar bayi lebih mengenali ibunya.
Bermulanya sejurus selepas kelahiran iaitu 1 jam pertama amat penting sekali. Kala ini, bayi terjaga sepenuhnya dan inilah masa terbaik untuk skin-to-skin dan menyuakan payudara kepada bayi.
Rooting reflex bayi ketika ini akan terus tercari-cari puting payudara untuk dihisap. Masa ini juga sesi pengenalan bau ibu dan payudara ibu agar bayi lebih mengenali ibunya.
Bayi akan membukakan mulut dan tercari-cari sekiranya pipi disentuh |
Selalunya sejam selepas kelahiran bayi akan tidur. Bayi akan tidur 16 hingga 18 jam sehari sehingga berumur 2 hingga 3 minggu. Ketika usia bayi sudah menjangkau 2 bulan, bayi secara purata akan tidur 9 hingga 10 jam sehari.
Umur bayi 2 hingga 3 minggu ini adalah fasa kritikal bagi ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Tidak kena caranya mungkin ibu akan rasa terlalu penat melayan kehendak bayi sekejap tidur sekejap menyusu.
Sekiranya bayi cepat tertidur semasa menyusu, ibu boleh mencuba tips yang dikongsikan di bawah ini.
1) Ibu perlu pastikan mengejut bayi setiap 2 jam sekali. Jangan biarkan bayi tidur terlalu lama. Susu ibu hanya tercerna dalam tempoh masa 60 hingga 90 minit berbanding susu formula antara 3 hingga 4 jam. Itu sebabnya bayi yang menyusu susu ibu perlu lebih kerap menyusukan bayi berbanding bayi yang menyusu susu formula.
2) Ada bayi yang amat sukar sekali dikejutkan daripada tidur terutama bayi yang mengalami demam kuning. Masa ini ibu boleh cuba melakukan urutan ke atas bayi dan senaman otot tangan dan kaki bayi. Banyakkan pergerakan bayi agar bayi terjaga sepenuhnya. Ibu juga boleh menyanyi atau berselawat (sebaiknya) dengan suara yang kuat agar bayi terjaga. Selepas bayi terjaga, usap tepi mulut bayi untuk meransang bayi membukakan mulut mencari puting payudara (rooting reflex). Mulakan penyusuan secepat mungkin.
3) Apabila melihat bayi mulai kelihatan tertidur, gerakkan tangan dan kaki bayi agar bayi tidak terlena. Ibu juga boleh menggeletek tapak kaki bayi dan juga mengusap belakang badan bayi. Selain itu, ibu sentiasalah bercakap dengan bayi dengan nada suara yang sedikit kuat iaitu tidak berbisik namun janganlah pula sehingga menempik.
4) Sekiranya ibu merasakan bayi sudah tidak menghisap lagi, tekan payudara seperti memerah agar bayi terus menyusu. Susu yang mengalir tadi boleh membantu untuk meransang bayi agar terus menghisap.
5) Sekiranya bayi ibu suka tidur, kena pastikan sesi penyusuan lebih lama daripada bayi yang aktif menghisap. Ini untuk memastikan bayi mendapat susu akhir (hindmilk) yang mengandungi lebih kalori daripada susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air.
Berapa lama sepatutnya? Untuk ini tiada tempoh masa yang khusus namun antara tips untuk memastikan bayi sudah puas menyusu ialah dengan cuba mengeluarkan puting secara perlahan-lahan. Sekiranya bayi terus cuba untuk menghisap, teruskan penyusuan. Sekiranya tidak, boleh berhentikan sesi penyusuan.
Berapa lama sepatutnya? Untuk ini tiada tempoh masa yang khusus namun antara tips untuk memastikan bayi sudah puas menyusu ialah dengan cuba mengeluarkan puting secara perlahan-lahan. Sekiranya bayi terus cuba untuk menghisap, teruskan penyusuan. Sekiranya tidak, boleh berhentikan sesi penyusuan.
6) Ibu juga perlu belajar menyusu secara berbaring untuk mengurangkan rasa letih dan penat menyusukan bayi. Jika menyusu secara duduk pula, boleh ampu bayi dengan bantal agar tangan ibu tidak lenguh. Bagi ibu yang tidak rasa yakin menyusu secara baring, breastfeeding pillow mungkin membantu. Tetapi menyusu secara baring sebenarnya amat membantu mengurangkan rasa penat dan letih.
Namun ada juga punca lain yang menyebabkan bayi tidak aktif dan sering tertidur. Yang ini, ibu kena berjumpa dengan doktor untuk kepastian. Antaranya ialah berpunca daripada kelahiran bayi pramatang, Down Syndrome, hypothyroidism dan kurang gula dalam darah.
Sumber: Majalah PaMa
Lagi kebaikan kerap menyusu bayi ialah dapat mengurangkan risiko bengkak susu. Percayalah, bengkak susu memang terasa amat sakit. Sangat bertuah jika ibu tidak mengalami bengkak susu.
Ibu pula perlu menjaga emosi agar tidak tertekan. Terlalu tertekan semasa berpantang boleh menyebabkan ibu mengalami meroyan. Dapatkan bantuan daripada orang di sekeliling semasa tempoh berpantang. Ibu juga boleh tidur semasa bayi sedang tidur untuk mendapat rehat yang cukup. Urusan rumah dan anak-anak yang lain sebaiknya diuruskan oleh orang lain. Suami amat berperanan dalam hal ini. Berbincanglah dengan suami sebelum kelahiran bayi lagi agar urusan rumah dan anak yang lain tidak dibebankan kepada ibu yang sedang berpantang.
Selamat berpantang ibu-ibu dan enjoy the moments!
Huhu...yang meroyan tu perlu dielakkan..terima kasih kongsikan..hehe..elok sangat menyusu sambil berbaring macam dalam gambar tu..
ReplyDeleteSuami kena banyak tolong tu nak elak isteri meroyan..
DeleteBreastfeed baring tu boleh kurangkan penat ibu menyusu..