Tempoyak Goreng Ringkas Yang Membuka Selera

Siapa suka makan tempoyak? Selalu kita lhat tempoyak dijadikan sambal atau masak bersama ikan sebagai contoh Ikan Patin Masak Tempoyak.

Tapi kali ni nak kongsi resepi tempoyak kegemaran adik-beradik saya. Kena kata adik-beradik sebab anak-anak dan suami belum menunjukkan kesukaan pada tempoyak goreng ni. hihi

Senang dan ringkas sangat nam masak tempoyak goreng ni.

Apa yang perlu dilakukan ialah potong cili halus-halus. Siapa suka pedas boleh letak cili banyak-banyak. Kemudian potong bawang kuning atau holland. Kalau tak masukkan bawang pun tak apa. Tambah udang atau sotong ataupun ikan bilis pun sedap juga.

Panaskan minyak kemudian masukkan bahan-bahan tadi sehingga tempoyak kelihatan warna kuning kecoklatan.

Tadaa...siap untuk dimakan. Mudah bukan? 

Tempoyak goreng bersama sotong untuk menu Iftar petang semalam.

6 comments:

  1. Macam sodap aje..senang pulak caranya tu..leh buatkan ni..hehe

    ReplyDelete
  2. 1st time tahu pasal tempoyak goreng ni

    ReplyDelete
  3. ahahahaha...macam sedap jak ni tempoyak goreng ...pertama kali tahu ni...

    ReplyDelete