Resepi Tart Nanas

7:20 pm emalin mohd 6 Comments

Lagi 2 minggu nak menyambut Syawal. Mula-mula masuk Ramadhan tak bercadang pun nak buat biskut. 


Tapi anak-anak bertanya bila nak buat biskut raya macam tahun-tahun dulu. Dan bila tengok harga biskut raya di pasaran terutama Tart Nanas ni memang harganya mencanak naik, kuatkan semangat jugaah nak buat biskut raya tahun ni.

Tapi Tart Nanas je lah. Biskut lain macam Almond London tu rasa macam tak larat nak buat. Dah bila buat setahun sekali emmang tak ingatlah resepinya. 

Nasib baik Makcik memang tukang buat kuih...hihihi..

Adalah tukang rujuk..

Jadi, daripada lupa diabadikan resepi Tart Nanas dalam blog ni. Tahun depan nak buat boleh buat rujukan kat sini saja.

BAHAN-BAHAN:

1) 1 buku mentega 250 gram. Saya guna jenama Buttercup.

2) 1 cawan (gelas yang sesuai tak ada kat rumah, jadi sukatan semua menggunakan cawan) gula halus. Gula ni pastikan dikisar halus jangan ada butiran gula kasar tu. Kalau tak nanti, butir gula kasar tu menyebabkan adunan yang keluar dari acuan Tart jadi terputus dan tak cantik.

3) 2 biji kuning telur.

4) 1 gelas tepung susu.

5) 1 gelas tepung jagung

6) Esen vanilla

7) 3 cawan tepung gandum

4) Pes nanas (beli kat kedai je)

CARA MEMBUATNYA:

Mentega dan gula halus dipukul sehingga berwarna keputih-putihan. Kemudian, masukkan 2 biji telur kuning. Pukul sehingga rata lagi. 

Masukkan pula tepung susu dan pukul lagi.

Kemudian tepung jagung.

Dan akhir sekali tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga habis 3 cawan tepung gandum.

Uli sehingga rata dan tambah esen vanilla sedikit.

Bila adunan dah sekata, bolehlah mula masukkan dalam acuan tart nanas dan buatlah tart nanas satu persatu.

Sementara tu, pes nanas tadi bentukkan supaya mudah untuk digulung bersama adunan tart.

Sebelum dibakar, sapukan telur kuning atas tart nanas untuk menambah seri tart nanas.

Bakar dengan suhu 150'C dengan menggunakan api bawah dan atas. Tunggu sehingga masak berwarna kekuningan.

Satu adunan ni boleh dapat lebih kurang 120 biji tart nanas. Bolehlah buat anak-anak makan. 

Tart Nanas yang dimasukkan ke oven untuk dibakar.

Lagi 2 minggu nak menyambut Syawal. Mula-mula masuk Ramadhan tak bercadang pun nak buat biskut.  Tapi anak-anak bertanya bila nak b...

6 comments:

  1. Huhu...saya memang suka makan tart nenas ni..dah jadi menu feveret time raya dah..haha..terima kasih kongsikan resepinya..

    ReplyDelete
  2. guna cawan yg sukatan tu atau cawwan biasa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna cawan untuk minum teh sebab takda gelas..

      Delete
  3. Dh byk kumpul resepi tapi buatnya idok lg hikhik tp resepi ni nmpak ringkas mungkin boleh dicuba..tq atas resepinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ringkas je..larat ke tak larat je buatnya..huhu

      Delete