7 Tips Sahur Yang Sihat Agar Bertenaga Sepanjang Hari

11:40 pm Emalin Mohd 3 Comments

Sahur adalah sangat penting seumpama sarapan pagi. Walaupun selalunya kita rasa tidak berselera namun seboleh-bolehnya jangan ditinggalkan sahur. Didalamnya juga ada keberkatan.



Ankara tips yang boleh diamalkan semasa sahur ialah:

1) Makan buah kurma
Kurma membekalkan protein dan serat serta mempunyai kandungan gula yang telah ditukar secara semulajadi tidak seperti buah-buahan yang lain. Sebab itu, sebaiksahaja selepas makan kurma, badan kita terus bertenaga.


2) Minum air suam secukupnya
Walaupun kita berpuasa selama 13.5 jam sehari, kita masih ada masa untuk minum air secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. 8 gelas ini tidak termasuk air manis dan berperisa ya...Ini air kosong sahaja.

Cuba sedaya upaya untuk minum 8 gelas air selepas berbuka puasa sehingga bersahur. Antara tips yang boleh dilakukan ialah:

1 gelas selepas Azan Maghrib
1 gelas air selepas makan berbuka
1 gelas air selepas solat Maghrib
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas solat Tarawikh
1 gelas sebelum tidur
1 gelas selepas bangun tidur untuk Sahur
1 gelas selepas makan Sahur


3) Elakkan minuman kafein
Minuman berkafein menyebabkan kita cepat berasa dahaga. Jadi, elakkan dahulu minuman berkafein semasa bulan Ramadhan. Tambahan pula, bagi yang mengamalkan vitamin, kafein boleh mengganggu kadar serapan vitamin.


4) Elakkan makanan dan minuman yang manis
Makanan dan minuman yang manis juga lazimnya mempunyai indeks glisemik yang tinggi. Ia bermaksud mudah bagi kita untuk cepat rasa lapar. Makanan manis juga menyebabkan kita cepat berasa dahaga.


5) Minum minuman isotonik tanpa karbonat 
Dulu-dulu sebelum mengenali pilihan isotonik yang lebih baik seperti Performance Drink, minuman isotonik seperti Gatorade sentiasa ada dalam peti ais semasa bulan puasa. 

Tetapi setelah ada Performance Drink yang juga sejenis minuman isotonik terus jatuh cinta dengan minuman ini. 

Manakan tidak. Minuman ini selain mempunyai elektrolit, ia juga tidak bergas dan kurang manis. Gabungan yang sangat hebat sekali!

Rasa pun sedap seperti air oren.


6) Makan makanan yang berprotein tinggi dan indeks glisemik rendah
Makanan daripada sumber protein memberikan rasa kenyang lebih lama berbanding karbohidrat. Memilih protein sebagai sahur adalah alternatif terbaik terutama untuk anak-anak agar mereka dapat tahan berpuasa.

Antara jenis protein yang mudah dimasak di awal pagi ialah salmon grill.

Bagi yang suka minum pula, soya yang juga sumber protein adalah pilihan terbaik. Antaranya ialah dengan minum ESP yang dicampur dengan madu dan juga boleh dibuat shake dengan ditambah buah-buahan lain.


7) Makan sayur dan buah
Sayur dan buah juga amat penting dalam sahur. Untuk lebih mudah, jadikan buah sebagai jus untuk sahur dan boleh juga dicampur dalam minuman protein.


Jangan lupa bangun Sahur ya...

Sahur adalah sangat penting seumpama sarapan pagi. Walaupun selalunya kita rasa tidak berselera namun seboleh-bolehnya jangan ditinggalkan ...

3 comments:

  1. terima kasih utk perkongsian yg sangat bagus ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama semoga bermanfaat hendaknya

      Delete
  2. Makan Sayur dan banyak buah,,, ini feveret MrJocko

    ReplyDelete