3 Suplemen Untuk Wanita Agar Cantik Dan Sihat

10:25 pm Emalin Mohd 0 Comments

Wanita terutama yang sudah mencecah umur 30an, jika tidak menjaga diri sendiri akan mula kelihatan tanda-tanda penuaan pada wajah.

Garis-garis halus mula kelihatan terutama di kawasan mata dan juga mempunyai mata panda. Badan pula sudah mula penat-penat dan kurang bertenaga tidak seperti semasa berumur 20an dahulu.

Dan apabila sudah mencecah umur 35 tahun, wanita sudah mula kehilangan kalsium. Pasti kita tidak mahu menjadi semakin pendek, bukan?

Disebabkan itulah sebagai wanita kita perlu menjaga badan dan tahap kesihatan kita sendiri dengan baik.




Zaman sekarang pula kebanyakan wanita bekerja dan tidak mempunyai orang gaji. Yang duduk rumah pula bukan duduk sahaja. Ramai yang menjalankan bisnes online. Waktu rehat pastinya tidak cukup. Mana nak melayan anak-anak dan suami, mana pula masa untuk mengemas rumah, memasak dan sebagainya.

Wanita tiada piliha. Perlu dan kena jaga diri sendiri sebelum boleh menjaga orang lain terutama anak-anak yang tersayang.

3 suplemen ini adalah sangat bagus dan baik jika diamalkan oleh wanita dalam memastikan tahap kesihatan yang baik.

1) OSTEMATRIX

Ostematrix adalah kalsium namun bukan sekadar kalsium. Dengan mengamalkan 4 biji setiap hari iaitu bersamaan 1000mg kalsium, ia mencukupi untuk bekalan kalsium badan wanita. Ingatkan tadi? Bermula umur 35 tahun, wanita akan mula kehilangan kalsium sedikit demi sedikit.

Ia juga mengandungi 400IU vitamin D. Vitamin D membantu meningkatkan kadar penyerapan kalsium. Adakan yang sudah mengamalkan 2 gelas susu setiap hari tetapi masih mengalami kejang kaki? Ia mungkin petanda bahawa kalsium tidak diserap dengan baik.

Di dalamnya juga ada 400mg magnesium. Bagi yang mempunyai masalah sukar tidur dan susah lawas, magnesium memberikan rasa tenang untuk tidur dan juga membantu dalam pergerakan usus agar mudah lawas.

Dengan mengamalkan 4 biji sebelum tidur, anda akan tidur lebih lena, bangun dengan rasa segar serta mudah untuk membuang di waktu pagi.

Fungsi lain kalsium selain daripada dapat mengelakkan kaum wanita mengalami osteoporosis, kalsium juga memainkan peranan penting dalam pembekuan darah, pengecutan otot, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan serta penting untuk tulang dan pembentukan gigi. 


Wanita yang mengalami osteoporosis akan membongkok dan menjadi semakin rendah
Kajian menunjukkan bahawa kalsium memainkan peranan dalam penguncupan dan pengembangan saluran darah yang mempengaruhi tekanan darah. Selain itu kalsium juga boleh membantu mengawal berat badan.
Bagi wanita yang mengalami tekanan darah tinggi, kalsium boleh membantu dalam mengurangkan tekanan darah tinggi.

2) GLA COMPLEX

Saya pasti ramai dikalangan kita iaitu wanita sejak remaja ada mengamalkan minyak Evening Primrose Oil (EPO). Umum mengetahui EPO baik untuk hormon wanita samaada yang mengalami sindrom pra haid atau yang sedang menopouse.

Di dalam EPO tersebut ada sejenis khasiat yang kita perlukan iaitu Asid Gamma Linoleic. Inilah GLA. 




Yang istimewanya tentang GLA Complex ini ialah dihasilkan daripada bunga borage yang mempunyai kandungan GLA yang lebih tinggi daripada bunga EPO.

Selain itu, ia diperkaya juga vitamin E yang sinonim dengan vitamin untuk kecantikan dan kesuburan. GLA Complex juga mengandungi biji bunga matahari yang juga sejenis sumber untuk Omega-6. Oh ya, GLA ialah sejenis asid lemak Omega-6


Antara salah satu keistimewaan GLA; membantu wanita yang ingin hamil


Bagi wanita yang mempunyai masalah kedinginan atau kekeringan semasa bersama suami, GLA Complex boleh membantu mengatasi masalah ini. 




3) OMEGA GUARD

Omega Guard pula adalah sejenis asid lemak omega-3. Apa yang istimewanya Omega-3 ini? Penah dengar iklan sel-sel otak berhubung dalam tv?


Selain daripada DHA untuk kecerdasan otak, omega guard juga banyak fungsi lain. Antara fungsi yang berkait rapat dengan wanita ialah membantu dalam kesihatan jantung dan sendi dengan kandungan EPA yang terdapat dalam minyak ikan ini. Almaklumlah antara sakit yang selalu menerang wanita ialah sakit lutut.


Selain itu, Omega-3 juga boleh membantu mengurangkan berat badan dengan cara mengawal kadar paras gula dalam darah. Paras gula dalam darah yang tidak stabil antara penyumbang kepada rasa lapar keterlaluan sehingga menggigil.

Dengan gabungan 3 suplemen ini, kesihatan wanita akan lebih terjaga. 




Wanita Sihat, Negara Sejahtera!!

ececewah....hehehe...

Bagi yang ingin mendapatkan suplemen di atas, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / WHATSAPP) +6019-2500978

Wanita terutama yang sudah mencecah umur 30an, jika tidak menjaga diri sendiri akan mula kelihatan tanda-tanda penuaan pada wajah. Gari...

0 comments: