4 Jenis Vitamin dan Suplemen Untuk Satu Keluarga Kekal Sihat

5:00 pm Emalin Mohd 2 Comments

Kadangkala kita sebagai isteri dan ibu ingin sekali menyediakan satu set vitamin dan suplemen yang boleh digunakan seisi keluarga.

Namun, kita keliru untuk mulakan dengan yang mana satu. Tambahan pula, apabila kos perlu dipantau satu-persatu agar pembelian tersebut mendatangkan manfaat untuk keluarga.

Set Total Wellness ini juga boleh membantu untuk mengatasi keletihan dan kelesuan yang dialami oleh para ibu mahupun bapa. Sangat sesuai diamalkan oleh seluruh ahli keluarga samaada lelaki mahupun wanita. Dan samaada ibu yang sedang hamil, berpantang atau menyusukan anak.


Ia terdiri daripada:

Minuman protein daripada soya iaitu ESP. Ia memberikan rasa kenyang yang lama dan membekalkan protein untuk badan agar kekal bertenaga. 

Multivitamin yang diperkaya dengan Zat besi iaitu Vita-lea. Ia mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan dan telah berusia 100 tahun pada tahun ini. Vita-lea juga larut dengan pantas untuk memastikan nutrisi di dalamnya diserap oleh badan secara efektif.

Vitamin C dengan formula istimewa berupaya dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam badan iaitu Vita-C. Satu biji vitamin C Shaklee menyamai khasiat lebih 7 biji buah oren. 

Vitamin B Complex yang mengandungi semua jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan termasuk asid folik yang amat penting untuk ibu hamil untuk mengelak kecacatan bayi dalam kandungan.


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp): +60192500978

Kadangkala kita sebagai isteri dan ibu ingin sekali menyediakan satu set vitamin dan suplemen yang boleh digunakan seisi keluarga. Namu...

2 comments:

Atasi Keletihan dan Kelesuan Agar Anak Tidak Menjadi Mangsa Bebelan

8:00 am Emalin Mohd 2 Comments

Seorang wanita merangkap IBU dan ISTERI sebenarnya memang KUAT dan multitasking. Tanagan anak 2 tetapi boleh jadi octopus dengan pelbagai kerja dilakukan pada satu-satu masa.



Namun kadangkala apabila keletihan dan kelesuan melanda satu je yang selalu terjadi...

MEMBEBEL...

Membebel kadangkala bukan sebab ibu marah pun tetapi akibat badan rasa penat, letih dan lesu.

Apa lagi yang menyebabkan letih dan lesu? Dan apa yang kita boleh lakukan?



Rehat yang berkualiti tidak semestinya tidur selama 8 jam. 8 jam tidur memang amat sukar untuk seorang ibu perolehi. Tetapi apa yang boleh dilakukan ialah tidur awal dan lakukan segala tugasan yang tertunda di awal pagi.


Tak percaya? Cubalah! Tidur seawal pukul 10.00 malam dan bangun seawal 3 pagi. Bandingkan rasa badan dengan tidur jam 1.00 pagi tetapi bangun pukul 6.00 pagi.

Jumlah masa tidur yang sama cuma waktu tidur yang berbeza.

Mengantuk waktu siang? Kerana itu disunat tidur sebentar sebelum waktu Zuhur atau dikenali sebagai 'Qailullah atau lebih dikenali dengan power napping. Jangka masa tidur tidak lama hanya antara 10 hingga 30 minit sahaja.

Pemakanan yang seimbang dan cukup nutrisi ini sememangnya amat penting. Lebih-lebih lagi jika duduk di tengah bandar yang sukar mendapatkan makanan segar. Sayur yang dimakan kadangkala telah mula layu dan makanan laut seperti ikan pula telah dibekukan lama. 



Berapa banyak pula nutrisi yang diperolehi oleh badan kita. Belum lagi salah cara masakan yang memusnahkan nutrisi dalam makanan tersebut.

Sebab itu ramai yang mengamalkan pemakanan tambahan. Pemakanan tambahan atau supplement ini tidak semestinya vitamin seperti keluaran Shaklee (yang ini kalau cuba intensif pasti takkan putus bekalan vitamin di rumah) malah supplement seperti habbatus sauda, kismis, minyak zaitun dan sebagainya.



Stress! Semua orang ada stress tetapi beza antara satu sama lain ialah cara kita menguruskan stress sama ada baik atau tidak. Berkomunikasi dengan suami adalah cara yang terbaik untuk berkongsi rasa hati dan mengurangkan tekanan menguruskan rumahtangga.

Siapa tak stress kalau A-Z isteri yang lakukan semua sedangkan suami duduk sahaja main gadjet. Betul tak?

Kata kuncinya berbincanglah tapi jangan berbincang kala masa tidak sesuai atau dalam keadaan marah. Nanti lagi tak selesai.





Seorang wanita merangkap IBU dan ISTERI sebenarnya memang KUAT dan multitasking. Tanagan anak 2 tetapi boleh jadi octopus dengan pelbagai k...

2 comments:

5 Yang Terjadi Pada Badan Apabila Berhenti Merokok

9:11 pm Emalin Mohd 6 Comments

MEROKOK?



Ada faedah ke?
Berhentilah merokok. 


Nak tahu apa yang terjadi kepada badan apabila BERHENTI MEROKOK?








Bayangkan faedah yang diperolehi secepat 20 minit selepas BERHENTI MEROKOK. 

Apa???

Tak berjaya melawan nafsu untuk BERHENTI MEROKOK?


Haa...Ini cara mudah BERHENTI MEROKOK yang dikongsi oleh En Uzir. 



Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.
Banyak orang nak berhenti merokok tetapi gagal. Ini cara paling selamat & mudah untuk berhenti merokok untuk selama-lamanya...


Anda bagaimana? Bila nak BERHENTI MEROKOK?

Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / WHATSAPP) +60192500978

MEROKOK? Ada faedah ke? Berhentilah merokok.  Nak tahu apa yang terjadi kepada badan apabila BERHENTI MEROKOK? ...

6 comments:

Mengatasi Sakit Senggugut Dengan Cepat Tanpa Painkiller

7:45 am Emalin Mohd 2 Comments

Senggugut. Ada yang mengalaminya sejak kali pertama datang haid. Ada yang hilang senggugutnya setelah bersalin namun ada juga yang tidak pernah ada senggugut tiba-tiba mengalami senggugut.



Itu yang berlaku pada Pn Maria Awi. Senggugut boleh diumpakan sakit seperti mengalami kontraksi ingin bersalin. Memang sakit yang amat.

Hanya yang pernah mengalaminya tahu sengsara akibat senggugut. Bayangkan perlu dihadapi setiap bulan! Memang rasa berdebar-debar menanti tarikh keramat tersebut.

Tetapi untuk mengamalkan pil penahan sakit? Ada bahayanya sekiranya terlalu mengamalkan pil penahan sakit.

Apa pilihan yang ada? Apa ya yang diceritakan Pn Maria Awi tersebut?

Senggugut teruk kalau kena, bukan takat nak patah pinggang tapi serupa sakit macam nak beranak wo. Ini tips kalau nak lawan sakit senggugut tanpa sebarang pain-killer; selamat, semulajadi & sihat!


Ini pilihan lebih semulajadi dengan menjadikan vitamin yang boeh berfungsi seperti pil penahan sakit namun tiada kesan sampingan.

Vitamin B Complex

Mengandungi B6 untuk menghasilkan prostaglandin 'baik' yang membantu untuk meluaskan saluran darah berbanding dengan prostaglandin 'jahat' yang meningkatkan pengecutan rahim yang menyebabkan kesakitan.  

Ada kajian yang melibatkan vitamin B1 yang mana ia telah diberikan kepada 556 wanita ( berumur 12 hingga 21 tahun) yang mempunyai senggugut tahap sederhana hingga teruk. 

Sebahagian daripada wanita diberi B1 selama 90 hari dan kemudian ditukar dengan placebo. Lain-lain telah diberikan placebo yang pertama selama 90 hari dan seterusnya B1. 87 peratus daripada wanita telah sembuh sepenuhnya selepas memulakan rawatan B1 dan kesan ini kekal untuk sekurang-kurangnya dua bulan selepas B1 itu dihentikan .


Ostematrix (Mengandungi Magnesium)

Magnesium bertindak sebagai relaxant otot dan ia telah terbukti membantu menghilangkan sakit belakang yang selalu terjadi semasa senggugut. Magnesium juga mempunyai keupayaan untuk mengurangkan prostaglandin 'tidak baik ' yang boleh menyebabkan kontraksi pada rahim. Vitamin B6 yang terdapat dalam Vitamin B Complex bekerjasama dengan magnesium untuk menukar lemak penting ke prostaglandin berfaedah.

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / WHATSAPP) +60192500978

Senggugut. Ada yang mengalaminya sejak kali pertama datang haid. Ada yang hilang senggugutnya setelah bersalin namun ada juga yang tidak pe...

2 comments:

Cara Mengatasi Masalah Sakit Gastrik Kronik Dengan Mudah

4:55 pm Emalin Mohd 0 Comments

Apabila mula ada tanda-tanda pedih ulu hati atau sakit dada, pesakit gastrik akan mulai resah. Kerana ini adalah tanda-tanda awal gastrik akan menyerang.




Sekali gastrik menyerang ada yang sampai terbaring kerana kesakitan yang dialami seperti yang berlaku pada Pn Farahana ini.

Dan tanpa disangka-sangka penyakit gastrik yang dialami sejak 10 tahun lepas, hilang selepas beliau berpantang.

Adakah kerana berpantang sakit beliau hilang atau???

Jom kita saksikan apa yang beliau alami sebenarnya.



Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.
Dia pesakit gastrik kronik sampai tak boleh bangun 10 tahun lepas. Tapi kini beliau cergas. Apa rahsianya?

Dalam Set Berpantang Shaklee ada vitamin dan supplement yang terdiri daripada Vitamin B Complex, multivitamin Vita-Lea, Sustain Release Vita-C, Ostematrix, Zinc Complex dan ESP.

Dalam set ini ada 2 vitamin dan supplement yang Pn Farahana yakin telah membantu mengatasi masalah penyakit gastrik yang dihadapi ditambah dengan satu lagi supplement iaitu Peppermint Ginger Plus.

Bagaimana vitamin dan supplement ini membantu?


  • Vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
  • Membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
  • Kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik dan ostematrix ini boleh membekalkan keperluan kalsium dalam badan. 
  • Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. 
  • Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan 
Peppermint Ginger Plus 

  • Membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi.
Selain itu, vitamin B Complex juga boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit yang dialami.

Jangan biarkan penyakit gastrik ini menghantui diri anda. Untuk pertanyaan lanjut dan konsultansi percuma, hubungi:

Pn Emalin Mohd (SMS / WHATSAPP) +60192500978




Apabila mula ada tanda-tanda pedih ulu hati atau sakit dada, pesakit gastrik akan mulai resah. Kerana ini adalah tanda-tanda awal gastrik a...

0 comments:

6 Tips Melegakan Sakit Kontraksi Tetapi Kontraksi Betul Ke Palsu Ini?

7:50 am Emalin Mohd 2 Comments

Apabila menjelang hujung trimester ketiga terutama anak pertama, pasti ibu akan risau mengenangkan kontraksi yang bakal dialami.


Yang pastinya setiap orang mengalami sakit bersalin setiap anak berbeza. Kontraksi yang dialami juga berbeza. Ada yang diberikan nikmat mengalami kontraksi sekejap sahaja sebelum bersalin namun ada yang mengalami masa yang terlalu lama.

Tidak semua sakit kontraksi seperti mengalami senggugut. Ada juga mengalami sakit kontraksi dengan sakit pinggang atau sakit belakang.

Sakit seakan senggugut yang dialami bukan seperti senggugut akibat haid. Sakit yang dialami adakalanya melebihi sakit senggugut biasa. 

Sakit pinggang atau sakit belakang akibat kontraksi yang dialami juga berbeza dengan sakit pinggang atau belakang yang dialami sepanjang kehamilan. Sakit yang dialami memang rasa sangat lenguh sehingga sekiranya sedang tidur memang akan terjaga dan tidak boleh tidur.

Jika ibu mengalami keadaan ini, mula catat pola kontraksi yang berlaku. 



Catat sela masa kontraksi yang berlaku.
Catat juga tahap kesakitan yang berlaku.

Sekiranya sela masa kesakitan 5 minit dan semakin kuat tahap kontraksi tersebut antara 30 hingga 90 saat, mungkin sudah tiba masa untuk Ibu bersalin. Segeralah ke hospital berhampiran.

Kenapa perlu mencatat pola dan tahap kesakitan ini?
Ini adalah soalan yang akan ditanya setibanya di hospital untuk mengetahui keadaan Ibu. Ia juga petanda masa Ibu akan bersalin dan juga untuk mengetahui samaada kontraksi tersebut yang sebenar atau yang palsu.

Untuk melegakan sakit kontraksi secara semulajadi, Ibu boleh mengamalkan tips ini dan kongsikan tips ini dengan suami yang tersayang agar suami boleh membantu Ibu saat Ibu mengalami kontraksi.


Tetapi adakah kontraksi yang Ibu alami adalah kontraksi sebenar atau kontraksi palsu yang lebih dikenali sebagai Braxton Hicks?

KONTRAKSI SEBENAR
  • Pola sakit yang teratur
  • Sela masa kontraksi yang semakin dekat
  • Kekuatan kontraksi semakin bertambah seiring dengan masa bersalin
  • Kontraksi tetap dialami walaupun Ibu mengubah aktiviti atau posisi kedudukan
  • Kontraksi menyebabkan bukaan serviks semakin lebar
  • Rasa sakit yang dialami dari punggung bergerak ke hadapan

KONTRAKSI PALSU ATAU BRAXTON HICKS
  • Pola sakit yang tidak teratur
  • Sela masa tidak semakin dekat antara kesakitan yang dialami 
  • Kontraksi akan berhenti apabila Ibu melakukan aktiviti atau mengubah posisi kedudukan
  • Tempoh masa kontraksi pelbagai
  • Tidak mengubah bukaan serviks
  • Sakit yang dialami di bahagian hadapan sahaja
  • Kontraksi yang dialami pada mulanya kuat dan akhirnya semakin lemah

Walau bagaimanapun, sekiranya kontraksi (sebenar atau palsu) dialami oleh Ibu sebelum kehamilan berusia 37 minggu sebanyak 6 kali kontraksi dalam masa sejam atau 4 kontraksi dalam masa 2 jam, segeralah ke hospital berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Pastikan ketika ini semua kelengkapan untuk bersalin seperti beg ke hospital dan set berpantang sudah mencukupi untuk mengelakkan Ibu berasa rungsing semasa proses kelahiran bayi.

Apabila menjelang hujung trimester ketiga terutama anak pertama, pasti ibu akan risau mengenangkan kontraksi yang bakal dialami. Ya...

2 comments:

5 Sebab Multivitamin Vita-Lea For Child Perlu Dipilih Untuk Anak

5:15 pm Emalin Mohd 2 Comments

Banyak-banyak multivitamin di pasaran, ini sebab kenapa kita semua sebagai Ibubapa patut memilih Vita-Lea for Children sebagai multivitamin untuk anak kita.


Multivitamin Vita-lea for children ini sancta istimewa dan sedap rasanya. Berperisa anggur dan sedap dikunyah boleh menggantikan gula-gula.

Namun, manis pada Vita-lea for children ini tidak menyebabkan gigi rosak kerana menggunakan perisa asli yang tidak menyebabkan kaviti pada gigi.

Ia juga mengandungi 18 vitamin dan mineral yang diperlukan untuk perkembangan kana-kanak. Setiap tablet Vita-lea ini akan membekalkan:

  • Vitamin C 60mg 
  • Vitamin D 400IU
  • Vitamin E 30IU
  • Asid folik 400mcg
  • Iron atau zat besi 6mg
  • Zinc 5mg
  • Magnesium 40mg
Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi kalsium, biotin, copper dan juga Vitamin A.

Apa kata mereka yang telah mencubanya?




Lebih hebat lagi, sekarang Vita-lea for Children ini masih dalam promosi BELI 3 DAPAT 4.

Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS/WHATSAPP) +60192500978

Banyak-banyak multivitamin di pasaran, ini sebab kenapa kita semua sebagai Ibubapa patut memilih Vita-Lea for Children sebagai multivitamin...

2 comments:

Apabila Sakit Atau Cedera, Pilih Pek Ais Atau Pek Panas?

7:45 am Emalin Mohd 4 Comments

Apabila sakit atau tercedera, antara nasihat yang diterima ialah menuam tempat sakit atau cedera.



Ada yang kata lebih baik pek ais.
Ada pula yang kata pek panas lebih baik.

Yang mana satu sebenarnya lebih baik? Ia bergantung kepada jenis kesakitan yang dialami.


Bagi yang mengalami artritis, pek PANAS lebih sesuai kerana ia akan mengurangkan ketegangan pada otot dan sendi yang sakit.

Artritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi.


Bagi yang mengalami serangan penyakit akibat gout, pek ais akan mengurangkan kesakitan yang dialami.

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi.


Sakit kepala adalah antara penyakit yang sering dialami terutama sekiranya berada dalam keadaan stress dan tidak cukup rehat. Bagi mengurangkan sakit kepala, gunakan pek ais untuk mengurangkan kesakitan. Jangan gunakan pek panas kerana ianya akan menambah kesakitan terutama di bahagian leher. 


Bagi yang mengalami tendinitis pula, pek ais akan mengurangkan kesakitan yang dialami. Dan setelah kesakitan reda, pek panas juga boleh digunakan.

Tendinitis adalah keadaan di mana sakit yang berlaku pada tisu yang menghubungkan otot dan tulang menjadi radang.


Sekiranya kecederaan yang dialami kurang daripada 6 minggu, gunakan pek ais kerana ia boleh mengurangkan kesakitan dan mengurangkan lebam yang berlaku.

Namun, jika kecederaan atau penyakit arthritis telah melebihi 6 minggu sebaiknya gunakan pek panas kerana ia membantu meningkatkan pengedaran darah lebih baik dan mengurangkan sakit sendi yang dialami.



Apabila sakit atau tercedera, antara nasihat yang diterima ialah menuam tempat sakit atau cedera. Ada yang kata lebih baik pek...

4 comments:

Tips Mengekalkan Kalsium Dalam Badan Dan Meningkatkan Kesihatan Tulang

5:00 pm Emalin Mohd 2 Comments

Tahukah anda bahawa satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. 


Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050.

Apa itu osteoporosis?
Selalu tak kita mendengar khabar bahawa ada ahli keluarga seperti makcik pakcik ataupun mungkin sudara mara lain yang tersadung kaki atau terseliuh kaki dan kemudian semasa pergi mendapat rawatan doktor memaklumkan bahawa kaki retak?

Mungkinkah mereka ini menghidap osteoporosis?

Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.


Tulang yang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.
Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah. Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang. Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.

Bagaimana untuk kita memastikan kesihatan tulang dan juga mengekalkan kalsium dalam badan kita terutama untuk ibubapa kita yang telah berumur 50 tahun ke atas?

Pengambilan vitamin D, vitamin C, vitamin K dan magnesium adalah antara vitamin dan mineral yang diperlukan untuk memastikan kadar serapan kalsium secara maksimum.



Selain itu, kesan kalsium akan lebih efektf sekiranya diambil dengan dos yang kecil tetapi secara berkala sepanjang hari mengikut keperluan harian orang dewasa.

Melakukan senaman juga dapat mengekalkan kalsium di dalam tulang. 

Sekiranya terdapat cara mengekalkan kalsium di dalam tulang, terdapat juga cara yang boleh menghilangkan kalsium di dalam tulang. Antaranya ialah:
- Kafein menyebabkan kehilangan kalsium dan mengurangkan paras kalsium dalam tubuh
- Rokok menyerap kalsium dan mengakibatkan tubuh kekurangan kalsium.
- Garam menambahkan jumlah kalsium yang akan keluar bersama air kencing.
- Oxalic Acid membantutkan penyerapan kalsium
- Makanan ringan seperti soda, alkohol dan makanan ringan menyebabkan pengurangan kalsium dan mengganggu proses penyerapan.

Berapakah pula keperluan kalsium yang mencukupi?
Secara umumnya, seorang dewasa memerlukan 1,000mg kalsium setiap hari tetapi kadar ini akan berubah sekiranya seseorang itu adalah:

  • Remaja: 1,200mg
  • Wanita hamil: 1,200mg
  • Mengalami tanda-tanada awal menopause: 1,200-1,500mg
  • Warga emas: 1,200mg
Bagi kanak-kanak pula keperluan kalsium sehari ialah 800mg.

Pastikan keperluan kalsium ahli keluarga anda mencukupi untuk mengelak osteoporosis. 

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Tahukah anda bahawa satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di ...

2 comments:

5 Simptom Keputihan Bahaya Untuk Ibu Hamil

7:54 am Emalin Mohd 2 Comments

Mengalami keputihan semasa hamil? Sekiranya ia lelehen lendir berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj, jangan risau. Ia normal kerana ketika ini paras estrogen tinggi di dalam badan dan peredaran darah pun meningkat di kawasan vagina.




Tetapi jika kali pertama hamil mungkin ibu tidak boleh bezakan antara keputihan atau air ketuban yang keluar. Air ketuban biasanya tidak berwarna dan tidak ada bau dan lelehan seperti air kencing. Kalau keliru juga sebaiknya berjumpa dengan doktor.

Ibu hamil juga perlu berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami simptom seperti berikut:

  • Usia kehamilan belum mencecah 37 minggu dan ibu mengalami keputihan atau lelehan seperti berair, berlendir dan ada darah (hanya sedikit darah berwarna merah jambu atau kecoklatan). Ini mungkin petanda awal kelahiran pra matang.
  • Sakit semasa membuang air kencing, semasa bersama suami, terasa gatal, pedih dan kawasan bibir vagina kelihatan kemerahan namun keputihan yang dialami tidka berbau. Jumpa doktor kerana mungkin ibu mengalami jangkitan pada kawasan vagina.
  • Ibu mengalami keputihan yang berwarna putih atau sedikit kelabu dan mempunyai bau setelah bersama dengan suami.
  • Sekiranya keputihan berwarna kuning, hijau dengan bau yang tidak menyenangkan serta rasa gatal di kawasan vagina, ia juga mungkin simptom ibu mengalami jangkitan.
  • Sekiranya ibu mengalami keputihan yang berbau dan berwarna samaada kekuningan, hijau atau kelabu namun tidak berasa sakit, gatal atau pedih. 



Jika ada simptom di atas atau mana-mana simptom yang ibu rasakan tidak selesa, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. 

Masalah penyakit keputihan yang kronik boleh berlaku akibat jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.

Sekiranya ia adalah keputihan yang normal, gunalah panti liner untuk mengatasi rasa tidak selesa akibat kebasahan. Namun, jangan terlalu lama memakai panti liner yang sama. Tukar panti liner agar tahap kebersihan terjaga.

Pastikan juga setelah ke tandas, lap sehingga kering kawasan vagina daripada depan hingga ke belakang. Elakkan juga menggunakan seluar ketat, nylon, tuala wanita scented serta pembersih intim wanita. Alat pembersih intim wanita dikhuatiri boleh mengubah pH di kawasan vagina yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan bakteria.

Dan jangan melakukan douche. Douche adalah proses membersihankan vagina dengan memasukkan air atau larutan tertentu ke dalam rongga vagina. 

Mengalami keputihan semasa hamil? Sekiranya ia l elehen lendir berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada ba...

2 comments:

Best Tak Menonton Movie Ant-Man Bersama Keluarga?

9:32 am Emalin Mohd 6 Comments

Movie Ant-Man.

Best ke tak best?

Best! 


Apa yang best?

Kalau peminat movie Marvel, mesti suka. Ops, saya bukan pengkritik movie. Tapi bagi saya ceritanya menghiburkan anak-anak. Lawaknya pun kita gelak-gelak.

Ada juga diselitkan watak Avenger dalam cerita ini.

Ending pun okay. Ohh..saya paling tak suka kalau tengok movie, sad ending sebab untuk saya movie adalah menghiburkan. hihi

Ant-Man tentang apa? Macam biasa untuk menyelamatkan dunialah kan.

Ant-Man ni adalah satu teknologi sains yang boleh mengubah manusia daripada besar kepada saiz kecil sebesar semut. Dan ada juga watak-watak pembantu semut yang lain. Untuk menjayakan misi ini, Ant-Man perlu bekerjasama dengan pelbagai spesis semut.

Teknologi Ant-Man ni ada pada pihak yang baik (pengasas asal) dan juga pihak tak baik (prodigy pengasas asal sebenarnya) yang menamakan teknologinya, Yellowjacket.

Bagi mengelakkan teknologi ini diserahkan kepada pihak yang tak sepatutnya, Ant-Man perlu memusnahkan Yellowjacket dan data yang ada.

Yang pack suit Ant-Man ni pula ialah bekas banduan (perompak). Tapi banduan ala-ala Robin Hood gitu. 

Itu intipati tapi perjalanan ceritanya memang lawak. Bagi saya..hihi. Nak cerita lebih-lebih pun tak berapa pandai. Korang pergi tengok movie je lah ye.

Sebenarnya ini, kali terakhir tengok wayang adalah cerita Geisha. Bayangkan berapa tahun dah. Pastu memang tak pernah pergi dah.

Masa nak beli tu takut lewat cubalah nak tempah secara telefon dulu. Tapi, call banyak kali asyik tak dapat saja. Sudahnya, beli secara online. Kali pertama katakan. Pastu ingat kena ambil tiket juga. Pergilah beratur kat kaunter tiket. Nasib baik tak panjang sangat waktu tu barisan. Sampai-sampai je kat depan kaunter, rupa-rupanya tak perlu dah ke kaunter. Cuma tunjuk saja email pengesahan masa nak masuk. Adussss.. 

Tapi kira okay lah kan. Beli online tak payah beratur.

Enjoy this movie trailer..


Movie Ant-Man. Best ke tak best? Best!  Apa yang best? Kalau peminat movie Marvel, mesti suka. Ops, saya bukan pengkrit...

6 comments:

Menyaksikan Jerung Diberi Makan di Aquaria KLCC

8:00 am Emalin Mohd 8 Comments

Aquaria KLCC, an ocean of discovery.....

Dah lama berjanji dengan anak-anak untuk melihat hidupan laut di Aquaria KLCC tapi baru minggu lepas baru dapat ditunaikan sebab ayahnya cuti panjang. Ops.. ibu pun ikut cuti juga.

Sebab memang dah rancang lama memang takda terdetik di hati pun nak survey harga tiket ke, promosi ke atau apa-apa yang sepatutnya di website Aquaria KLCC atau berdasarkan pengalaman orang.

Kami terjah je pergi hari Rabu. Makan tengahhari dulu dan kemudian solat Zohor di KLCC sebelum pergi ke Aquaria KLCC.

Jom kita layan gambarlah...


3 beradik bergambar. 

Haa...nasib baik kami datang hari Rabu. Rupa-rupanya hari Rabu pukul 3.00 petang adalah masa jerung diberi makan. Dapatlah tonton show! Berbaloi tengok. Yelah, benda jarang dilihat. Sebelum ni tengok jerung kat dalam tv. Kalau dalam movie, asyik kata jerung ganas je kan. Tapi, tak pun cuma gigi jerung tu kan memang banyak dan akan berganti bila patah. Kiranya stok gigi tidak terhad dan sentiasa ada. 

Selain hari Rabu, hari Isnin dan Sabtu juga ada sesi ini. Hari dan masa lain tak ada. Jadi, kalau nak tengok jerung makan kena datang waktu ini.



Yang dalam kolam tu pun spesis jerung juga. Memang kita boleh usap badan jerung  yang dalam kolam ni. Waktu siang kata pekerja di situ kata waktu jerung ini tidur dan aktif waktu malam. Tu yang jerung menyorok bawah daun.


Nampak tak benda yang ceracak tu? Itu pun hidupan laut juga. Nama apa dah lupa.


Tak berapa jelas pulak gambar ni tapi nak tunjuk kuda laut. Kecil je kuda lautnya. Yang macam warna putih dan hitam tu. Itulah kuda laut.


Cantikkan terumbu karang ni.

Akuarium kat sini memang besar-besar. Ikan pun pelbagai jenis spesis dan saiz sangat besar. Lebih besar dari kita pun ada macam arapaima dan ikan pari. Kerapu pun sangat besar.



Yang ini masa jalan dalam terowong. Jadinya ikan-ikan ini berenang di sebelah dan di atas kita. Sebab refleksi cermin melengkung, sebenarnya saiz hidupan dalam akuarium lebih besar 30% daripada yang dilihat.


Ikan pari yang sangat besar.


Jerung lagi.


Dan lagi..

Yang ini Cage Rage. Pengunjung boleh duduk dalam sangkar untuk merasai lebih dekat lagi dengan hidupan laut. Ada berani?


Yang ini penyelam tengah buat kerja penyelenggaraan kot.




Nampak tak jerung tu?


Sotong kurita pun ada. Suka sangat tentikelnya melekat di cermin akuarium. Kalau melekat pada manusia? Hurm....


Obor-obor atau jellyfish. Nampak cantik!
Nice to see but to hold? Hurmmm



At last, we found the Nemo!



Seronok bawa anak-anak ke sini tapikan kenapalah gambar yang diambil dan untuk dijual mahal sangat? 3 keping RM90 untuk gambar di dalam atau RM100 untuk 2 keping masa di kaunter luaran.. 

Sudahnya kami tak beli pun gambar tersebut. Cukuplah gambar ambil sendiri.

Untuk yang nak tahu harga tiket, waktu operasi atau promosi sedia ada, boleh layari AQUARIAKLCC.






















Aquaria KLCC, an ocean of discovery..... Dah lama berjanji dengan anak-anak untuk melihat hidupan laut di Aquaria KLCC tapi baru minggu...

8 comments: