Atasi Keletihan dan Kelesuan Agar Anak Tidak Menjadi Mangsa Bebelan
Seorang wanita merangkap IBU dan ISTERI sebenarnya memang KUAT dan multitasking. Tanagan anak 2 tetapi boleh jadi octopus dengan pelbagai kerja dilakukan pada satu-satu masa.
Namun kadangkala apabila keletihan dan kelesuan melanda satu je yang selalu terjadi...
MEMBEBEL...
Membebel kadangkala bukan sebab ibu marah pun tetapi akibat badan rasa penat, letih dan lesu.
Apa lagi yang menyebabkan letih dan lesu? Dan apa yang kita boleh lakukan?
Rehat yang berkualiti tidak semestinya tidur selama 8 jam. 8 jam tidur memang amat sukar untuk seorang ibu perolehi. Tetapi apa yang boleh dilakukan ialah tidur awal dan lakukan segala tugasan yang tertunda di awal pagi.
Tak percaya? Cubalah! Tidur seawal pukul 10.00 malam dan bangun seawal 3 pagi. Bandingkan rasa badan dengan tidur jam 1.00 pagi tetapi bangun pukul 6.00 pagi.
Jumlah masa tidur yang sama cuma waktu tidur yang berbeza.
Mengantuk waktu siang? Kerana itu disunat tidur sebentar sebelum waktu Zuhur atau dikenali sebagai 'Qailullah atau lebih dikenali dengan power napping. Jangka masa tidur tidak lama hanya antara 10 hingga 30 minit sahaja.
Pemakanan yang seimbang dan cukup nutrisi ini sememangnya amat penting. Lebih-lebih lagi jika duduk di tengah bandar yang sukar mendapatkan makanan segar. Sayur yang dimakan kadangkala telah mula layu dan makanan laut seperti ikan pula telah dibekukan lama.
Berapa banyak pula nutrisi yang diperolehi oleh badan kita. Belum lagi salah cara masakan yang memusnahkan nutrisi dalam makanan tersebut.
Sebab itu ramai yang mengamalkan pemakanan tambahan. Pemakanan tambahan atau supplement ini tidak semestinya vitamin seperti keluaran Shaklee (yang ini kalau cuba intensif pasti takkan putus bekalan vitamin di rumah) malah supplement seperti habbatus sauda, kismis, minyak zaitun dan sebagainya.
Stress! Semua orang ada stress tetapi beza antara satu sama lain ialah cara kita menguruskan stress sama ada baik atau tidak. Berkomunikasi dengan suami adalah cara yang terbaik untuk berkongsi rasa hati dan mengurangkan tekanan menguruskan rumahtangga.
Siapa tak stress kalau A-Z isteri yang lakukan semua sedangkan suami duduk sahaja main gadjet. Betul tak?
Kata kuncinya berbincanglah tapi jangan berbincang kala masa tidak sesuai atau dalam keadaan marah. Nanti lagi tak selesai.
hhehe betul gak tu kalau dah penat automatik mak mak ni jadi nak membebel
ReplyDeleteoo baru tahu sebab apa penat ni ye.. tq info
ReplyDelete