Mengajar Anak Membaca Buku Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris bukan bahasa pertama saya. Jika diajak berkomunikasi sekarang ini dalam Bahasa Inggeris akan kedengaran bunyi aaaaa errmmmm sebab cuba untuk menukar perkataan dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris.
Namun sebagai ibu pastinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak termasuk pandai membaca dan memahami Bahasa Inggeris.
Menghantar ke tuisyen salah satu cara mudah namun kadangkala sukar dilakukan. Antara sebabnya mungkin sebagai ibu bekerjaya yang kadangkala perlu balik lewat dari pejabat. Komitmen untuk menghantar anak ke kelas tuisyen mungkin sukar dilakukan. Belum lagi bercerita mengenai yuran yang pastinya ada GST tersebut.
Jadi apa cara mudah untuk mengajar anak membaca buku Bahasa Inggeris?
Ini salah satu cara yang sangat mudah dan boleh dilakukan oleh ibu bapa yang tidak mahir dalam Bahasa Inggeris pun.
Menggunakan buku dari Siri Key Words Peter and Jane. Caranya yang mudah dan menghalang perkataan sehingga lama-kelamaan anak boleh membaca.
Ketika sampai Siri ke 6, anak sudah boleh membaca buku cerita Bahasa Inggeris yang lain .
Dengan buku ini, anak mengenali lebih 100 patah perkataan yang biasa digunakan untuk membaca dan menulis.
Terpulang kepada ibubapa untuk anak mulakan membaca buku ini. Umur 4 tahun pun sudah boleh.
Jadinya, Sel-sel otak anak pasti berhubung!
Dan antara yang menarik, ia boleh digunakan untuk anak yang seterusnya.
Bagaimana untuk memastikan anak fokus semasa membaca buku?
Minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA sebenarnya sangat membantu. Pastikan anak diberikan nutrisi secukupnya untuk perkembangan fizikal dan otak yang seimbang.
Umur 4 tahun dah boleh mula Diana .. :)
ReplyDeleteKena guna nih tuk pastikan anak anak pndai ckp omputih. Hehe
ReplyDeleteni untuk membaca. kalau untuk bercakap kena praktis bercakap..hihi
DeleteYa saya pun beli ni untuk anak-anak saya. Boleh diwarisi turun-temurun hehe. Bagus kan si Peter and Jane ni
ReplyDeletebagus kan...diana sampai siri mana?
Deletemenarik jugak buku ni....
ReplyDeleteanyway Tahniah. Anda menjadi pembaca bertuah blog www.alinmarlini.com. Sila tinggalkan atau email alamat anda di are_lyn79@yahoo.com
wah best ni..ok..nanti saya drop email ye..
Deletemenarik jugak buku ni....
ReplyDeleteanyway Tahniah. Anda menjadi pembaca bertuah blog www.alinmarlini.com. Sila tinggalkan atau email alamat anda di are_lyn79@yahoo.com