GST Dan Pengurusan Kewangan Peribadi

7:53 am Emalin Mohd 9 Comments

Lagi sekali tentang GST. Sebelum ini bercerita tentang vitamin yang tidak dikenakan GST. Kali ini? Tentang pengurusan kewangan peribadi yang melibatkan kesan GST kepada ekonomi rumahtangga.



Adakah GST memberi kesan kepada perbelanjaan bulanan kita?

Adakah aliran wang sendiri positif atau negatif?

Adakah kita membuat simpanan? Atau gaji sentiasa tidak mencukupi?

Adakah perbelanjaan kita melebihi pendapatan?

Bagaimana cara anda mengesan pergerakan gaji bulanan anda?



Penat bekerja sebulan jika tidak tahu duit itu ke mana akhirnya. Jadi, apa kata luangkan masa sepuluh minit sahaja setiap bulan terutama ketika mendapat gaji untuk membuat senarai semak ini terlebih dahulu. Buat senarai semak sebelum melakukan apa-apa perbelanjaan.

Caranya? Hanya menggunakan Microsoft Excel untuk mengesan pergerakan gaji atau pendapatan bulanan serta perbelanjaan yang dilakukan selain pelbagai apps di telefon pintar sedia ada. Ia mudah dan percuma. Cuma memerlukan komputer sahaja. 

Apa yang perlu dilakukan untuk mengesan pergerakan wang dengan menggunakan Microsoft Excel ini?


1) Senaraikan segala pendapatan yang diperolehi bagi bulan tersebut.

Pendapatan tersebut mungkin daripada gaji bulanan, keuntungan runcit jualan barang bagi peniaga sambilan, baki wang bulan terdahulu dan pemberian suami serta pendapatan lain-lain.

2) Senaraikan perbelanjaan 

Perbelanjaan juga termasuk simpanan yang dibuat secara bulanan seperti ke dalam akaun Tabung Haji atau ASB. Yang terbaiknya ialah tolak dulu pendapatan ke dalam simpanan sekurang-kurangya 10%. Tidak mampu 10%? Mulakan sedikit demi sedikit. Yang penting. mesti ada.

Kemudian, senaraikan yang wajib dibayar secara bulanan. Perbelanjaan yang tidak boleh tidak seperti bil air, elektrik, kereta dan rumah serta bayaran taska, van sekolah anak dan sebagainya. Senaraikan satu persatu perbelanjaan tersebut.

Untuk insurans pula adalah ruang tambahan bagi yang mengambil insurans. Yang ini tidak wajib. Hanya yang mengambil insurans sahaja.

Pastinya ada ruangan untuk diri sendiri, bukan? Seperti merancang untuk membeli tudung Naelofar 2 helai bernilai RM100.00. Senaraikan segala keinginan tersebut.

Daripada kiraan ini, barulah nampak sama ada mempunyai aliran tunai negatif atau positif.

Jika negatif? Mungkin keinginan untuk memiliki tudung Naelofar tadi perlu ditangguhkan.

Dengan perincian ini juga dapat dilihat ke mana hala tuju perbelanjaan bulanan.

Mungkin sudah tiba masa ada bil bulanan yang perlu ditamatkan perkhidmatan. Hanya diri kita yang tahu sama ada ia adalah keperluan atau keinginan.

Contohnya, menamatkan perkhidmatan siaran tv berbayar bernilai RM100++ atau menamatkan langganan talian internet di rumah kerana telah sedia ada talain internet di telefon. Terdapat penjimatan di situ.

Mudah bukan? Hanya perlukan 10 minit sahaja untuk memastikan pendapatan bulanan dicatat sebaiknya setelah bekerja sebulan.

Bagi yang ingin mendapatkan Salinan Microsoft Excel di atas, boleh hubungi saya ya..

Percuma sahaja ..

Atau anda inginkan kongsi cara anda mengesan pergerakan kewangan peribadi anda? 


Hubungi,
Marlinny bt Mohamad 
emalinmohd@gmail.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978




Lagi sekali tentang GST. Sebelum ini bercerita tentang vitamin yang tidak dikenakan GST . Kali ini? Tentang pengurusan kewangan peribadi ya...

9 comments:

  1. cahayacinta.com

    apa mesti bijak berbelanja jangan main membeli sahaja.simpanan juga perlu ada untuk saat kecemasankan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpanan tu sangat penting. Kena buat dulu sebelum berbelanja...

      Delete
  2. Ya betul... Tapi sekarang ni jualan online banyak.. perempuan biasalah... pantang ada promosi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum shopping tu buat kira-kira dulu..hihi

      Delete
  3. kuatkan usaha untuk menambah pendapatan keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat-sangat betul. Untuk kesenangan kita juga

      Delete
  4. pengkongsian menarik..hihi
    kdg2 kene kawal jg aliaran kuar masuk duit ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aliran keluar tu yang Kena tengok selalu :)

      Delete
  5. Kene lebih berjimat sempena kehadiran gst nih

    ReplyDelete