Tips Memberhentikan Pendarahan Hidung Pada Anak

3:36 pm Emalin Mohd 6 Comments

Darah keluar dari hidung anak? Kali pertama terjadi terasa cemas lebih-lebih lagi melihat darah pekat mengalir dari hidung anak. 

Jangan cemas jangan panik! Tapi jika tidak tahu apa yang perlu dilakukan memang mudah rasa panik sekiranya kali pertama berlaku pada anak sendiri.

Ini sedikit tips until mengehntikan pendarahan hidung anak.

Jangan minta anak menghembus darah keluar dari hidung dan jangan pula memicit hidung anak seperti gaya untuk membuang hingus anak.

Apa yang perlu dilakukan oleh ibu atau bapa ialah:

1) Memicit dengan lembut batang hidung yang berada selari dengan mata untuk memberhentikan pendarahan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.

2) Kemudian cari benda sejuk seperti ice pack atau batu ais yang diletak dalam kain tuala dan letak di bahagian yang sama tadi iaitu di batang hidung yang berada selari dengan mata. Tak perlu terlalu sejuk sehingga rasa beku pula kulit anak. Cukup dengan rasa dingin. Ia bagi menghentikan pendarahan daripada berterusan.

3) Pastikan kepala anak tidak rendah daripada badan untuk mengelak darah termasuk semula ke dalam hidung.

4) Jika pendarahan terlalu lama dan tidak berhenti, bawalah berjumpa dengan doktor.


Model boikot ambil gambar..hihi

Ada kalanya darah keluar likat seperti darah bercampur dengan hingus. Itu sebenarnya darah sudah mula berhenti atau istilah orang putih blood clot.

Untik membersihkannya pula, gunakan kapas basah dan gumpal sedikit agar terbentuk hujung tajam pada kapas tersebut. Masukkan kapas basah tadi dan pusing perlahan-lahan bagi membersihkan darah yang masih ada di dalam hidung. Jangan picit untuk keluarkan darah tersebut. Ia akan melukakan lagi salur darah di dalam hidung dan mungkin menyebabkan pendarahan semula.

Kenapa pendarahan hidung terjadi?

Di dalam hidung terdapat banyak salur darah yang halus dan berada dalam keadaan yang sensitif. Pendarahan boleh berlaku apabila salur hidung menjadi terlalu kering menyebabkan pendarahan boleh berlaku.

Selain itu ia juga boleh berlaku disebabkan oleh:
  • Jangkitan kuman
  • Trauma termasuk anak yang suka korek hidung
  • Allergik
  • Tekanan darah tinggi
  • Perubahan hormon semasa ibu hamil
  • Pengambilan ubat cair darah
Selain itu juga boleh menggunakan spray nasal seperi nasal hygiene untuk mengurangkan kering di dalam salur hidung yang boleh menyebabkan pendarahan berlaku.

               Nasal spray dan ice pack.

Sekali anak pernah terkena, mungkin selepas ini akan kena lagi. Berhati-hati dan jangan panik.

Darah keluar dari hidung anak? Kali pertama terjadi terasa cemas lebih-lebih lagi melihat darah pekat mengalir dari hidung anak.  Janga...

6 comments:

Mengajar Anak Membaca Buku Bahasa Inggeris

8:40 am Emalin Mohd 9 Comments

Bahasa Inggeris bukan bahasa pertama saya. Jika diajak berkomunikasi sekarang ini dalam Bahasa Inggeris akan kedengaran bunyi aaaaa errmmmm sebab cuba untuk menukar perkataan dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris.

Namun sebagai ibu pastinya  inginkan yang terbaik untuk anak-anak termasuk pandai membaca dan memahami Bahasa Inggeris.

Menghantar ke tuisyen salah satu cara mudah namun kadangkala sukar dilakukan. Antara sebabnya mungkin sebagai ibu bekerjaya yang kadangkala perlu balik lewat dari pejabat. Komitmen untuk menghantar anak ke kelas tuisyen mungkin sukar dilakukan. Belum lagi bercerita mengenai yuran yang pastinya ada GST tersebut.

Jadi apa cara mudah untuk mengajar anak membaca buku Bahasa Inggeris?

Ini salah satu cara yang sangat mudah dan boleh dilakukan oleh ibu bapa yang tidak mahir dalam Bahasa Inggeris pun.


Menggunakan buku dari Siri Key Words Peter and Jane. Caranya yang mudah dan menghalang perkataan sehingga lama-kelamaan anak boleh membaca. 

Ketika sampai Siri ke 6, anak sudah boleh membaca buku cerita Bahasa Inggeris yang lain .


Dengan buku ini, anak mengenali lebih 100 patah perkataan yang biasa digunakan untuk membaca dan menulis.

Terpulang kepada ibubapa untuk anak mulakan membaca buku ini. Umur 4 tahun pun sudah boleh. 

Jadinya, Sel-sel otak anak pasti berhubung!

Dan antara yang menarik, ia boleh digunakan untuk anak yang seterusnya.

Bagaimana untuk memastikan anak fokus semasa membaca buku?

Minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA sebenarnya sangat membantu. Pastikan anak diberikan nutrisi secukupnya untuk perkembangan fizikal dan otak yang seimbang.









Bahasa Inggeris bukan bahasa pertama saya. Jika diajak berkomunikasi sekarang ini dalam Bahasa Inggeris akan kedengaran bunyi aaaaa errmmmm...

9 comments:

Resepi Ringkas Berkhasiat Untuk Anak - Cekodok 4 Dalam 1

1:43 pm Emalin Mohd 2 Comments

Semalam bersembang dengan rakan-rakan makanan ringkas untuk anak-anak. Pastinya ibubapa Inginkan yang berkhasiat bukan. Tetapi yang mudah dibuat.


Cekodok 4 dalam 1. Ringkas dan mudah serta berkhasiat untuk anak-anak. Untuk sarapan Pagi atau minum petang.

Cekodok 4 dalam 1 mengangdungi karbohidrat, protein, lemak dan sayuran.

Bahan-bahannya mudah sahaja.

Karbohidrat: Tepung untuk sumber tenaga. 

Protein: Ikan bilis yang mengandungi omega 3 dan juga protein yang diperlukan untuk pertumbuhan sel-sel baru.

Vitamin: Lobak merah dan juga bawang untuk sumber vitamin A, vitamin C dan juga serat.

Lemak: Daripada minyak yang digunakan untuk menggoreng Cekodok tersebut. Minyak masak juga ada kebaikan tetapi jika terlebih memang ada keburukan. Ia mengandungi lemak yang menjadi sumber utama tenaga yang paling mudah diperolehi dan juga mengandungi komponen yang membantu penyerapan vitamin seperti AHA, DHA dan vitamin penting lain untuk fungsi otak dan sel membran. Minyak masak terbaik untuk menggoreng? Saya pilih minyak sawit sebab paling stabil pada suhu tinggi.


Blender sahaja semua bahan bersama dengan air. Kalau nak tumbuk dalam lesung batu pun boleh.


Setelah itu gaul dengan tepung. Tepung secukupnya. Jangan terlalu cair tetapi jangan terlalu banyak pula tepungnya. Tambah sedikit garam.

 Kemudian, goreng dalam minyak yang panas. Sebab itu perlu gunakan minyak sawit. Minyak jagung ke minyak kacang ke minyak zaitun tak stabil pada suhu yang tinggi.

Kemudian, siap..Boleh hidangkan dan makan bersama sos tomato atau cili.

Tiada GST dikenakan untuk cekodok 4 dalam 1.




Semalam bersembang dengan rakan-rakan makanan ringkas untuk anak-anak. Pastinya ibubapa Inginkan yang berkhasiat bukan. Tetapi yang mudah di...

2 comments:

Jalan-Jalan Di Ho Chi Minh (Part 2) Hari Pertama

1:05 pm Emalin Mohd 2 Comments

Sambungan cerita membeli-belah di Ho Chi Minh (HCM) dan sebelum cerita ini hilang sedikit-demi sedikit dari ingatan baik dinukilkan dalam entry kali ini.

Percutian ke HCM ini mengambil masa selama 4 hari 3 malam dan menggunakan penerangan Malaysia Airlines. Penerbangan cuma 1 jam 30 minit. Jauh lagi ke Sarawak yang mengambil masa 1 jam 45 minit. 

Apa yang perlu disediakan untuk ke sana?

1) Pakaian yang minimum 
Nama pun tempat membeli-belah. Rugi kalau bawa pakaian penuh beg. Tengok itinerary perjalanan. Jika hari pertama sudah boleh ke Pasar Malam sekurang-kurangnya, jeans sudah boleh dibeli. Atau untuk wanita, Kedai Aysa, Kedai Rohani dan Kedai Minh ada menjual pakaian wanita seperti jubah, tudung dan blaus. Kedai ini dibuka sehingga pukul 10.00 malam dan ada yang sehingga 11.00 malam.

2) Wang secukupnya
Bawa dalam 2 jenis matawang pun cukup iaitu Dong dan RM melainkan cekap mengira dalam USD. Dong perlu juga untuk membeli air mineral sebagai contoh dan menaiki teksi. Jika berniat ingin mengeluarkan duit di sana, maklumkan dulu bank kita di Malaysia untuk pengaktifan pengeluaran.

3) Plug antarabangsa
Jangan lupa bawa plug / kepala charger telefon ya. Tetapi jika terlupa Ada hotel juga turut menyediakannya. Voltage 110/220 AC. Yang ini saya dah terkena. Plug charger yang dibawa rupa-rupanya 250 AC. Terus tak boleh pakai. Nasib baik roommate bawa charger. Kalau tak menangisla bateri handphone habis.



4) Semak waktu solat
Waktu solat di sana awal. Subuh pada 29 Mac 2015 ialah pada jam 4.42 pagi. Jangan ikut waktu solat Malaysia pula.

5) Tip
Jika pergi di bawah agen pelancongan Kebanyakan tip telah dibayar. Namun jika menaiki beca di HCM dan sampan di Sungai Mekong, tip perlu diberikan kepada pengayuh beca dan sampan. Jumlah? Ikut ikhlas hati tetapi ada pengayuh yang "demand" juga. Pandai-pandailah berunding. RM5-RM10 pun memadai.


Hari Pertama


Ahli rombongan Cik Kiah ke HCM. Cik-cik je yang pergi. Encik-encik tu menghantar Cik-Cik sahaja. En Kemeja merah jambu tu boss jabatan saya. Encik yang sebelah kemeja merah jambu tu big boss salah satu kementerian.


Dalam KLIA


Masih di KLIA.



Motosikal di HCM sangat banyak. Ada 6 juta motosikal dengan 10 juta penduduk. Cara duduk di atas motosikal bagi wanita pun ayu. Bertenggek sebelah ala-ala bersimpuh. Banyaknya kenderaan di sini terutama motosikal namun sepanjang percuti di sana tidak terserempak sekali pun dengan kemalangan hatta kemalangan kecil. 

Kali pertama melintas jalan raya rasa takut sebab kenderaan terlalu banyak dan hon di sana sini sehinggakan tourist guide kami, Hung Minta tutup mata saja kalau takut. Hihi

Tapi dah 2-3 kali okay sahaja melintas nya. Insyaallah kenderaan akan perlahankan kenderaan dan tak melanggar kita. Tapi kalau melintas tak tengok kiri Kanan tu ingat-ingat sendiri lah.

Kenderaan bunyikan hon sebagai makluman sahaja bukan hon marah. Kalau di sini lain cerita la kan. Boleh masuk mahkamah kes jalan raya ni.


Rombongan bergambar di depan Presidential Palace sebaik tiba di HCM.

Bergambar depan Hard Rock Cafe HCM. Ada ahli rombongan mengajak ke sini walaupun tiada itinerary. Aii is tak minat HRC.

Fokus pada pokok tersebut bukan muka aii. hihi
Setiap pokok di HCM diberi nombor atau surat beranak. Senang nak memantau bukan? Jika ada yang menebang pokok ini pasti pihak berwajib tahu. Ada sejarah tentang nombor pokok ini tapi lupa...




Tempat penginapan kami sepanjang berada di sana. Selesa namun dapat bilik tiada tingkap. Internet di hotel kira memuaskan. Sepanjang di sana saya tak membeli pra bayar talian telefon. Cukup sekadar makluman kepada ahli keluarga melalui Whatsapp / FB ketika ada talian WiFi percuma seperti di hotel dan restoren.

Hotel sangat banyak. Sesuaikan dengan bajet masing-masing. Cumanya hotel yang kami duduki ini waktu malam tiada Kedai "happening" yang buka. Tidak seperti hotel di jalan yang Ada Hotel Basiroh. Situ lebih sesuai untuk menginap jika datang semata-mata untuk membeli-belah. Pukul 10.00 malam masih "havoc" dengan aktiviti membeli-belah. Jalan sorang-sorang pun tak takut sebab ramai orang Malaysia membeli-belah.

Selepas daftar masuk hotel, kami menjamu selera di Restoren berhadapan hotel dan kemudiannya berjalan-jalan di Pasar Malam.

Terlupa pula mengambil gambar ketika berjalan-jalan di Pasar Malam.

Di mana jua anda berada, berhati-hati dengan pickpocket! Semasa berjalan di Pasar Malam, ada penjaja yang menegur cara memegang beg. Bagi beliau cara membawa beg ketika itu memudahkan pencuri untuk menjalankan kerja. Jadi, kena pastikan beg dipegang / dibawa dengan cara selamat.

Sambung lagi ya...






























Sambungan cerita membeli-belah di Ho Chi Minh (HCM) dan sebelum cerita ini hilang sedikit-demi sedikit dari ingatan baik dinukilkan dalam ...

2 comments:

6 Tips Atasi Perut Kembung

6:19 pm Emalin Mohd 3 Comments

Kembung perut bukan hanya berlaku pada bayi sahaja malah pada orang dewasa juga. Lazimnya ia dikaitkan dengan pola pemakanan yang mana jika makan terlalu banyak atau makan makanan mengandungi gas yang tinggi boleh terkena kembung perut.

brokoli
Makanan yang dikatakan mengandungi gas yang tinggi

Namun, setiap orang yang berbeza. Tidak semua orang akan mengalami kembung perut walaupun makan dengan jumlah yang sama dengan makanan yang sama. 

Kembung terjadi akibat daripada gas berlebihan di dalam perut dan usus. Selalunya ia terjadi akibat menelan angin. Kembung juga boleh terhasil dari bakteria usus yang menghasilkan gas karbon dioksida dan hidrogen (kedua-duanya tidak berbau) akibat dari pemecahan karbohidrat dan protein. Lebih banyak jumlah gas yang tercampur, lebih tajam bau gas yang dihasilkan. Sebahagian besar gas ini akan masuk semula melalui laluan yang sama iaitu mulut menghasilkan sendawa. Sebahagian gas ini pula ditolak ke dalam usus dan dikeluarkan dari badan melalui kentut (Sumber).

Jika kembung perut terjadi, terdapat beberapa tips dan petua yang boleh mengurangkan masalah perut kembung:

1) Makan pisang sebanyak 1 hingga 2 biji. Kandungan kalium di dalam pisang mampu menyerap air berlebihan di dalam tubuh.

Pisang biasa ye bukan Pisang Goreng Cheese

2) Minum air yogurt. Air yogurt mengandungi bakteria baik untuk usus.

3) Minum teh herba panas dicampur dengan madu sebanyak 1-2 sudu.

4) Makan timur kerana timun bersifat diuretik yang menggalakkan untuk buang air kecil.

5) Makan betik kerana ia melancarkan pembuangan air besar.

6) Memperkuatkan otot sfingter anus anda bagi membantu melambatkan kekembungan 
   dengan melakukan latihan Kegel:


 
"Berbaringlah secara menelentang, dengan lutut dibengkukkan, dan kedua kaki anda dibuka sekitar 12 inci.Kepalkan otot-otot sekitar anus sekuat yang anda boleh, (seperti anda menahan dari melepaskan gas) dan cuba bertahan selama mana yang anda boleh sekurang-kurangnya sehingga 20 saat. Rehatkan otot tersebut perlahan-lahan, ambil nafas yang dalam dan ulangi langkah-langkah di atas. Latihan ini juga boleh dilakukan apabila anda berdiri (contohnya semasa berada di bilik mandi), duduk (malah semasa memandu kereta) semasa anda membuang air kecil”. (Sumber)

Yang penting ialah cara pemakanan. Jika diubah cara pemakanan, masalah kembung perut akan menjadi kurang. 

"You are what you eat"

Jika pedih ulu hati pula? 

Kembung perut bukan hanya berlaku pada bayi sahaja malah pada orang dewasa juga. Lazimnya ia dikaitkan dengan pola pemakanan yang mana jika...

3 comments:

Cara Mengurangkan Bacaan Gula Semasa Mengandung

1:16 pm Emalin Mohd 2 Comments

Antara perkara yang tidak diingini berlaku semasa kehamilan ialah bacaan kadar gula yang tinggi menyebabkan ibu mengalami GDM iaitu gestational diabetes mellitus atau diabetis semasa hamil.

Mendapatkan rawatan doktor adalah perkara pertama yang perlu dilakukan oleh seorang ibu hamil sekiranya mengalami diabetis semasa hamil atau GDM. Lazimnya, keadaan ini dapat dikesan setelah ibu hamil menjalani ujian Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) atau minum air gula seperti yang selalu dikatakan.

Namun, seorang ibu ini Dr Safiya Amaran telah berjaya mengawal kadar gula semasa hamil. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


cara mengurangkan diabetis semasa hamil

Ini antara screen shot yang beliau kongsikan dan seterusnya cerita beliau bersambung seperti di bawah.



Pengalaman ada GDM masa pregnant
Saya mula kesan gdm masa 18 minggu lepas buat mgtt. Ujian minum air gula..
Yang paling ketara sekali masa tu kerap sangat hypo.. Gula memang turun dan naik dengan sangat ketara.. Bila lambat makan.. Cepat hypo.. Bacaan gula 3.. Pastu bila makan lebih sikit gula naik jadi 6-7+..
Pening juga dibuatnya..
Masa tu kebetulan Start mkn omega guard.. Tak fikir sbb gdm pun tapi utk perkembangan bayi..
Lepas beberapa minggu makan omega mmg perasan perbezaan ketara..
Satu..sangat kurang hypo... Bangun pagi tidak kelaparan.. Gula dlm 4-5 mcm tu..
Lepas makan pun gula tak naik tinggi.. Biasanya lepas makan pun range dia 5-6 gitu.. Makan secara sederhana.. Tidaklah sikit sangat..
Yang paling ketara rasa ialah.. Masa omega guard habis.. 
Masa tu duk bertangguh.. Malas nak beli cepat-cepat ..

Tapi bila tak makan.. Omega.. Gula terus jadi hay wire semula..
Kerap hypo.. Almost setiap pagi.. Cepat lapar..Pastu jadi nak makan banyak. Gula pun mula naik.. 7-8.
Masa tu baru betul betul realize yg omega tu really helps in controlling appetite n also control the blood sugar.. So cepat-cepat beli n start mkn balik 3 biji sehari hingga lah bersalin..
Satu lagi yang ketara ialah.. Memang tak banyak Fat deposition during this pregnancy.. Perut nampak kecil.. Tapi bila scan baby size mmg good and follow as expected.. Baby lahir 3.2 kg alhamdulillah.. maknanya baby tidak obese sepertimana jika blood sugar not well controlled. Alhamdulillah.. Sebab tu yg jadi jatuh hati sgt dengan omega guard ni.. Sampai sekarang.. 


Kisah hamil dengan gdm
Safiya

Utk manfaat org lain 

Utk pengetahuan , saya Ambil Full set. ( nanti org ingat mkn omega je😀)
#OurDreams
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

minyak ikan
Ini adalah Omega Guard yang beliau katakan dan Set Kehamilan Optimum yang beliau ambil sepanjang tempoh kehamilan. Omega Guard bukan diambil dari awal kehamilan namun setelah masuk trimester kedua.



set hamil untuk diabetis

Tempah sekarang. Hubungi:
Pn Marlinny binti Mohamad SID #968112
Call / SMS / Whatsapp: +60192500978



Antara perkara yang tidak diingini berlaku semasa kehamilan ialah bacaan kadar gula yang tinggi menyebabkan ibu mengalami GDM iaitu  gestat...

2 comments:

GST Dan Pengurusan Kewangan Peribadi

7:53 am Emalin Mohd 9 Comments

Lagi sekali tentang GST. Sebelum ini bercerita tentang vitamin yang tidak dikenakan GST. Kali ini? Tentang pengurusan kewangan peribadi yang melibatkan kesan GST kepada ekonomi rumahtangga.



Adakah GST memberi kesan kepada perbelanjaan bulanan kita?

Adakah aliran wang sendiri positif atau negatif?

Adakah kita membuat simpanan? Atau gaji sentiasa tidak mencukupi?

Adakah perbelanjaan kita melebihi pendapatan?

Bagaimana cara anda mengesan pergerakan gaji bulanan anda?



Penat bekerja sebulan jika tidak tahu duit itu ke mana akhirnya. Jadi, apa kata luangkan masa sepuluh minit sahaja setiap bulan terutama ketika mendapat gaji untuk membuat senarai semak ini terlebih dahulu. Buat senarai semak sebelum melakukan apa-apa perbelanjaan.

Caranya? Hanya menggunakan Microsoft Excel untuk mengesan pergerakan gaji atau pendapatan bulanan serta perbelanjaan yang dilakukan selain pelbagai apps di telefon pintar sedia ada. Ia mudah dan percuma. Cuma memerlukan komputer sahaja. 

Apa yang perlu dilakukan untuk mengesan pergerakan wang dengan menggunakan Microsoft Excel ini?


1) Senaraikan segala pendapatan yang diperolehi bagi bulan tersebut.

Pendapatan tersebut mungkin daripada gaji bulanan, keuntungan runcit jualan barang bagi peniaga sambilan, baki wang bulan terdahulu dan pemberian suami serta pendapatan lain-lain.

2) Senaraikan perbelanjaan 

Perbelanjaan juga termasuk simpanan yang dibuat secara bulanan seperti ke dalam akaun Tabung Haji atau ASB. Yang terbaiknya ialah tolak dulu pendapatan ke dalam simpanan sekurang-kurangya 10%. Tidak mampu 10%? Mulakan sedikit demi sedikit. Yang penting. mesti ada.

Kemudian, senaraikan yang wajib dibayar secara bulanan. Perbelanjaan yang tidak boleh tidak seperti bil air, elektrik, kereta dan rumah serta bayaran taska, van sekolah anak dan sebagainya. Senaraikan satu persatu perbelanjaan tersebut.

Untuk insurans pula adalah ruang tambahan bagi yang mengambil insurans. Yang ini tidak wajib. Hanya yang mengambil insurans sahaja.

Pastinya ada ruangan untuk diri sendiri, bukan? Seperti merancang untuk membeli tudung Naelofar 2 helai bernilai RM100.00. Senaraikan segala keinginan tersebut.

Daripada kiraan ini, barulah nampak sama ada mempunyai aliran tunai negatif atau positif.

Jika negatif? Mungkin keinginan untuk memiliki tudung Naelofar tadi perlu ditangguhkan.

Dengan perincian ini juga dapat dilihat ke mana hala tuju perbelanjaan bulanan.

Mungkin sudah tiba masa ada bil bulanan yang perlu ditamatkan perkhidmatan. Hanya diri kita yang tahu sama ada ia adalah keperluan atau keinginan.

Contohnya, menamatkan perkhidmatan siaran tv berbayar bernilai RM100++ atau menamatkan langganan talian internet di rumah kerana telah sedia ada talain internet di telefon. Terdapat penjimatan di situ.

Mudah bukan? Hanya perlukan 10 minit sahaja untuk memastikan pendapatan bulanan dicatat sebaiknya setelah bekerja sebulan.

Bagi yang ingin mendapatkan Salinan Microsoft Excel di atas, boleh hubungi saya ya..

Percuma sahaja ..

Atau anda inginkan kongsi cara anda mengesan pergerakan kewangan peribadi anda? 


Hubungi,
Marlinny bt Mohamad 
emalinmohd@gmail.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978




Lagi sekali tentang GST. Sebelum ini bercerita tentang vitamin yang tidak dikenakan GST . Kali ini? Tentang pengurusan kewangan peribadi ya...

9 comments: