11 Tanda-Tanda Mengalami Sinus

7:59 am Emalin Mohd 0 Comments

"Saya mengalami sinus".

Antara yang selalu diperkatakan apabila seseorang mengalami selsema dan bersin berpanjangan atau dikatakan menghidap resdung.

Namun, itu bukan istilah perubatan yang betul. Semua orang mempunyai sinus. Sinus bermaksud rongga atau ruang. Sinus hidung bermaksud ruang atau rongga hidung. Yang dikatakan penyakit itu ialah sinusitis.

Sinusitis terjadi apabila berlaku bengkak atau radang pada tisu sinus. Selalunya, sinus dipenuhi dengan udara namun apabila berlakunya halangan ia akan dipenuhi cecair dan juga kuman. Kuman pastinya sukakan keadaan yang lembap dan akhirnya terjadinya bengkak.

resdung



Antara 11 tanda-tanda mengalami sinusitis ialah:

1) Pesakit mengalami sakit pada bahagian muka dan juga sakit kepala.
2) Hingus yang dihasilkan berwarna kuning atau hijau
3) Nafas berbau 
4) Pesakit mengalami demam
5) Pesakit mengalami bengkak pada muka
6) Hidung selalu tersumbat namun tidak selsema
7) Lendir dari hidung dan tekak
8) Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
9) Sakit tekak berpanjangan dan berulang
10) Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
11) Gejala alahan hidung seperti bersin dan gatal hidung

Penyakit ini tidak mengenal usia dan boleh terjadi pada anak kecil. Memandangkan anak kecil tidak boleh memberitahu simptom atau tanda-tanda seperti di atas, sebagai ibubapa perhatikan sekiranya:

1) Anak sering demam melebihi 3 kali setahun
2) Mulut anak berbau kuat walaupun setelah memberus gigi dan tiada kerosakan pada gigi anak
3) Anak mengalami hidung tersumbat dan berdengkur namun tidak selsema



Jika ada tanda-tanda ini pada anak anda, bawalah berjumpa doktor dan minta doktor untuk memeriksa hidung anak anda. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai dan antara rawatan awal yang diberikan ialah nasal spray untuk melegakan radang dan bengkak di dalam rongga hidung.

Mengikut web Livestrong, antara vitamin yang boleh membantu dalam mengurangkan masalah sinusitis ialah vitamin E, vitamin C, vitamin A dan Zinc. 

Vitamin E lebih dikenali sebagai vitamin anti oksidan yang berfungsi melindungi sel daripada radikal bebas yang menjadi punca kepada penyakit. ia juga membantu badan dalam penghasilan sel darah merah. Selain daripada mendapati vitamin E daripada supplement Vitamin E Complex Shaklee, ia juga boleh diperolehi daripada makanan seperti telur, kekacang dan syuran hijau.

Vitamin C antara vitamin yang popular untuk meningkatkan imun badan kerana antara punca mengalami sinusitis ialah akibat jangkitan kuman. Selain itu, vitamin C berfungsi dalam penghasilan kolagen dan berfungsi sebagai antioksidan. Vitamin C juga membantu dalam meningkatkan penghasilan sel darah putih yang berfungsi untuk melawan jangkitan kuman. Antara sumber semulajadi vitamin C ialah buah-buahan citrus, brokoli dan kentang namun bagi yang ingin memastikan vitamin C mencukupi di dalam badan sentiasa, amalkan Sustain Release Vitamin C Shaklee. Tapi makan vitamin C yang ini, ada caranya. Cara yang betul? Bolek klik LINK ini.

Vitamin A membantu meningkatkan kesihatan membran mukus yang menghalang daripada jangkitan bakteria. Ia juga meningkatkan taraf kesihatan imun badan dengan penghasilan sel darah putih. Antara sumber semulajadi Vitamin A ialah keju, bayam, kale dan oat. Vitamin A juga terdapat dalam multivitamin Vitalea dan Carotomax.

Zinc ialah sejenis mineral yang berfungsi dalam penyembuhan luka, melindungi rasa dan bau serta untuk tumbesaran yang normal. Zinc juga boleh mengurangkan radang pada nasal mukusa serta mempercepatkan tempoh penyembuhan akibat demam selsema. Antara semulajadi Zinc ialah daripada oyster dan kaki ayam.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan vitamin dan supplement di atas, hubungi:

Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

"Saya mengalami sinus". Antara yang selalu diperkatakan apabila seseorang mengalami selsema dan bersin berpanjangan atau dika...

0 comments: