7 Tips Makan dan Minum Untuk Kurus

11:20 pm Emalin Mohd 11 Comments

Orang kata siapa yang ada kadar metabolisme tinggi sangat untung. Sebab apa? Sebab nampak mereka ini makan mentekedarah kekdahnya tapi badan slim.

Siapa tak cemburu kan? Menikmati makanan tanpa risau badan naik seperti dipam-pam.

Nah, ini tips untuk meningkatkan kadar metabolisme badan yang tidak melibatkan senaman dan hanya melibatkan makan dan minum.

1) Minum air secukupnya.
Secara am, 25kg berat badan memerlukan 1 liter air. Jika berat 75kg? 3 liter air sehari.

penapis air shaklee


2) Makan kerap tetapi dengan hidangan yang kecil.
Makan kerap memastikan kita tidak berada di dalam keadaan kelaparan. Jadi pengambilan makanan dapat dikurangkan.

3) Makan makanan yang pedas
Pernahkan terjadi apabila kita makan makanan pedas, badan kita berpeluh? Cili mengandungi capsaicin yang memberikan rasa pedas dan mampu
membakar lemak sehingga 30 minit selepas makan makanan pedas.

4) Minum teh Hijau
Teh Hijau selain daripada baik untuk detoks ia juga membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.

5) Makanan dari sumber protein
Protein memberikan rasa kenyang lebih lama daripada karbohidrat. Contoh sumber protein ialah ikan dan bagi karbohidrat pula seperti nasi. Rasa kenyang yang lama memberikan peluang kepada anda untuk mengurangkan nafsu makan sekaligus boleh mengurangkan berat badan.

6) Makanan mengandungi Omega 3
Makanan yang mengandungi Omega 3 seperti ikan bilis, tuna dan salmon membantu menstabilkan gula dalam darah sekaligus mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu penghasilan hormon Leptin yang berfungsi untuk mengurangkan nafsu makan.

omega 3 turunkan berat badan


7) Mulakan hari dengan sarapan Pagi
Sarapan Pagi amat penting diambil kerana ia memberikan tenaga setelah kali terakhir mengambil makanan mungkin 10 jam yang lalu. Sarapan Pagi juga dapat mengelakkan anda menjadi terlalu lapar menyebabkan makan melebihi had pada waktu tengah hari.

Nampak mudah bukan? Sebab ia melibatkan hanya makanan dan minuman. Pasti ramai mampu melakukannya.

Kalau untuk ibu yang baru bersalin dan ingin kurus cepat? Lain sedikit tipsnya seperti yang dikatakan di dalam video ini.


O rang kata siapa yang ada kadar metabolisme tinggi sangat untung. Sebab apa? Sebab nampak mereka ini makan mentekedarah kekdahnya tapi bad...

11 comments:

Cara Membuat Masker Muka Yang Mudah Dan Berkesan

11:54 pm Emalin Mohd 2 Comments

Masker muka yang mudah, cepat, berkesan dan selamat. Ini antara ciri-ciri yang dipertimbangkan bagi yang mementingkan kesihatan kulit muka.

Sehinggakan ada yang berpendapat hanya benda yang boleh dimakan selamat untuk diletakkan di muka. 

Masakan tidak, kulit adalah organ terbesar dan bertindak sebagai agen penangkis pertama bagi serangan antigen luar yang boleh merosakkan tubuh badan.

Bagi yang mencari masker muka dengan ciri di atas, vitamin E adalah paling sesuai. Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang mampu melawan radikal bebas. Radikal bebas inilah yang merosakkan sel dan mempercepatkan proses penuaan.

Pasti kita tidak mahu kelihatan tua dari usia sebenar.

Cara untuk membuat masker ini amat mudah. Hanya 1 kapsul Vita-E Complex diperlukan. Vitamin E ini terletak di dalam kapsul yang lembut.

Pecahkan kapsul tersebut samaada dengan cara menggunting hujung kapsul atau menggigit sahaja sekiranya tiada peralatan yang sesuai.

Kemudian, picit keluar vitamin E tersebut di atas tapak tangan.

Minyak vitamin E yang keluar tadi hanya perlu disapu ke muka dan biarkan seketika.

Anda dapat merasakan kepekatan minyak vitamin E tersebut.


Tips ini juga amat sesuai bagi yang telah berjemur seharian di tepi pantai dan merasakan kulit muka perit. Ia amat melegakan.

Bagi yang telah mula mengamalkan vitamin E, ini mungkin kesan yang sama dialami oleh anda.


Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Masker muka yang mudah, cepat, berkesan dan selamat. Ini antara ciri-ciri yang dipertimbangkan bagi yang mementingkan kesihatan kulit muka. ...

2 comments:

Kenapa Perlukan Protein Daripada Soya?

8:14 pm Emalin Mohd 0 Comments

Protein adalah sumber asas pembentukan sel. Dan protein yang lengkap mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan.

Protein yang diperolehi daripada sumber terbaik boleh menjamin kesan kesihatan yang optimum.



8 sebab anda perlukan protein daripada soya yang dikeluarkan Shaklee:

1) Kulit wajah yang kusam dan tona yang tidak sekata.



2) Kulit muka yang mempunyai kesan jerawat hitam atau bekas parut umpama permukaan bulan.


3) Rambut yang sering gugur sehingga memenuhi Lantai.

4) Cepat penat dan tidak bertenaga terutama kaum ibu.



5) Hamil atau sedang menyusukan anak.


6) Cepat lapar dan asyik mengunyah sehingga badan seperti dipam-Pam.

7) Mengalami gastrik



8) Luka yang lambat sembuh atau baru menjalani pembedahan.



Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978 

Protein adalah sumber asas pembentukan sel. Dan protein yang lengkap mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan. Protein yang dipero...

0 comments:

Resepi Sambal Pedas Masa Pantang

9:38 pm Emalin Mohd 13 Comments

Bagi yang suka sangat makan makanan pedas, mesti hilang sedikit selera waktu makan jika tiada sambal belacan. Tambah-tambah selepas bersalin dan perlu berpantang bukan sehari dua tetapi sekurang-kurangnya 44 hari.

Nak makan juga sambal belacan masa pantang? Boleh juga tapi selepas itu kalau kena bentan dan rasa gatal terutama di tempat jahitan jangan salahnya orang lain. Merana badan jika rasa gatal di tempat jahitan.

Tapi sebenarnya ada sambal pedas yang boleh dimakan dan amat sesuai dimakan semasa pantang. Ia sedap dan menyelerakan. Dan ia juga pedas namun bukan pedas cili.

Ini sambalnya. 


Sambal ini jika dimakan bersama nasi panas memang amat menyelerakan atau ditabur di atas sup sayur sawi dan tauhu. Sedap sangat. 

Nak buat sambal ini pun mudah. Jika ada yang sedang menunggu hari bersalin boleh buat dari sekarang dan disimpan sebab sambal pantang ini tahan lama.

Bahan-bahannya pula amat mudah.


Ikan bilis, halia, kunyit dan lada hitam ditumbuk kemudian digoreng tanpa minyak sehingga kering.

Bahan-bahan ini pun Ada banyak khasiatnya.

Ikan bilis:
Ikan bilis adalah salah satu daripada sumber omega 3 yang murah dan mudah didapati. Ia juga mengandungi protein dan kalsium yang amat diperlukan semasa hari-hari berpantang. 

Halia:
Membantu untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.
Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.

Kunyit:
Di dalam kunyit sebenarnya mengandungi mangan, zat besi, vitamin B6, serat, copper dan potassium. Warna kuning pada kunyit adalah daripada bahan bernama curcumin. Ia membantu dalam mengurangkan keradangan yang boleh berlaku termasuk perut sebu, senggugut, sakit gigi, kolik dan juga sakit dada.

Ada pendapat mengatakan ia boleh mengurangkan jaundis.

Lada hitam:
Lada hitam juga mengandungi mangan yang berfungsi untuk mengaktifkan enzim untuk metabolisme protein dan lemak. Ia juga membantu untuk perkembangan tulang dan membentuk kolagen yang diperlukan akibat luka.

Lada hitam jika digabungkan dengan halia akan bertindak seperti thermogenic iaitu meningkatkan kadar metabolisme badan sekaligus mengurangkan berat badan.

Sedap, berkhasiat dan menyelerakan untuk dimakan semasa berpantang.

Dan sesiapa yang mempunyai pengalaman ngeri berpantang sebelum ini, dapatkan tips berpantang dengan mudah dan menggembirakan melalui video ini.









Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakitj Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Bagi yang suka sangat makan makanan pedas, mesti hilang sedikit selera waktu makan jika tiada sambal belacan. Tambah-tambah selepas bersalin...

13 comments:

5 Tips Jadi Ibubapa Terbaik

6:22 pm Emalin Mohd 7 Comments

Selepas berkahwin, pastinya suami isteri ternanti-nanti kehadiran anak sulung dan tidak kurang juga yang inginkan bunting pelamin. Semestinya, anak-anak adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai. Anak-anak adalah permata hati ibu bapa sehingga ada ibu atau bapa yan sanggup berhenti kerja demi anak-anak.

Namun tidak kurang juga yang risau sama ada mampu atau tidak untuk menjadi ibu bapa yang terbaik bagi anak-anak.

Sedikit tips yang sederhana untuk ibu bapa yang tidak melibatkan bajet yang banyak. Ya, sesungguhnya untuk menjadi ibu bapa yang terbaik bagi anak-anak tidak semestinya perlu menjadi orang kaya dan banyak wang.



1) Luangkan masa dengan anak-anak

Lakukan aktiviti bersama anak-anak. Kadangkala ibu bapa berasa rimas kerana anak-anak asyik mengekori ke sana ke mari. Lantas, diberikan gadget untuk diumpankan anak-anak agar ibu bapa mempunyai masa "me time". Ibu bapa dengan handphone masing-masing dan anak-anak dengan gadget masing-masing. Lama-kelamaan kemesraan akan kurang dan kemahiran motor anak mungkin juga kurang. Sekarang mungkin tidak nampak kesannya tetapi jangankecewa jika anak meningkat dewasa akan lebih banyak bercerita dengan rakan berbanding dengan ibu bapa sendiri.

Jadi, buat aktiviti ringkas bersama anak-anak. Bermain bersama anak-anak. Jika anak sedang mewarna, ibu bapa pun turut sama mewarna. Jika anak sedang main masak-masak, ibu bapa boleh jadi model yang merasa masakan anak. 

Banyak sebenarnya aktiviti percuma yang boleh dibuat bersama anak-anak. Yang penting ibu dan bapa ada berada di sebelah anak-anak tanpa ada gadget di tangan masing-masing.

2) Jangan sentiasa menjerit

Perhatikan jika anak suka menjerit adakah ibu bapa (kita sendiri) suka cakap menjerit-jerit? 

Bagaimana ketam dapat mengajar anak berjalan betul jika ketam sendiri berjalan senget? 

Jika ingin  menegur anak yang sudah bersekolah rendah sebaiknya bercakap dengan nada yang tegas bukan menjerit dengan ada 'eye contact' serta badan direndahkan sama paras dengan anak.

Bagi anak yang sedang mengalami 'tantrum' terutama yang berumur 6 tahun ke bawah, cuba peluk, cium dan usap kepala anak. Walaupun anak meronta namun kekalkan pelukan. Ia untuk meredakan 'tantrum' anak dan setelah anak reda baru ibu bapa berkomunikasi dengan anak.

Bayangkan jika ada 2 orang dewasa yang sedang sama-sama marah? Suara semakin meninggi dan jika tiada yang mengalah pasti tiada kesudahan sehingga boleh mendatangkan kecederaan pula.

3) Buat dan laksana jadual anak

Untuk mengelak daripada ibu bapa sentiasa berleter, buatkan jadual untuk anak-anak. Bagi anak-anak yang sudah bersekolah buatu jadual bersama-sama dan bincang bersama sekiranya terdapat jadual yang dibuat anak tadi perlu ditambah baik. Nyatakan sebab agar apabila dilaksanakan anak-anak tidak memberontak dan mengikut jadual dengan baik.

Bagi anak yang belum memahami maksud jadual pula, berikan 'time frame' pada anak untuk mereka menjalankan aktiviti.

Sebagai contoh jika anak sedang asyik bermain jangan terus 'cut' masa mereka dan arahkan mereka terus pergi mandi atau makan. Sebaiknya, berikan masa. Agar anak-anak dapat menyudahkan aktiviti mereka dengan rela hati dan mengelakk dari insiden paksa-memaksa.

4) Jadi idola kepada anak-anak

Anak sentiasa mengikut contoh orang yang di sekeliling. Pernah tertanya bagaimana anak kecil semuda 1 tahun boleh menggayakan penggunaan handphone? Tak lain tak bukan melalui pemerhatian anak-anak terhadap persekitaran mereka.

Jadi, sediakan persekitaran yang sesuai dengan anak.  

5) Lakukan aktiviti sihat bersama-sama

Apa beza dengan yang aktiviti nombor 1? Ini adalah lebih kepada aktiviti khas dengan lebih masa seperti pergi bercuti atau bersenam bersama-sama anak.

Anak yang tidak pandai berjalan pun boleh dibawa bersenam. Letakkan saja anak ke dalam stroller dan ibu boleh berjoging sambil menolak stroller.


Aktiviti yang sihat seperti ini boleh meransang pengeluaran hormon endorphin iaitu hormon berkaitan rasa gembira dan tenang.

Selepas berkahwin, pastinya suami isteri ternanti-nanti kehadiran anak sulung dan tidak kurang juga yang inginkan bunting pelamin. Semestin...

7 comments:

Cara Penjagaan Kulit Muka Yang Betul

3:00 pm Emalin Mohd 32 Comments

Konsep asas dalam penjagaan kulit sebenarnya amat mudah. Dan yang paling penting kenali jenis kulit muka agar tidak tersalah memilih produk.



Dan entry kali ini bercerita tentang penjagaan luaran kulit tidak termasuk penjagaan dalaman seperti masalah hormon.

Penjagaan kulit sebenarnya melibatkan 3 langkah iaitu:

1) Mencuci muka
2) Menyapu toner
3) Menggunakan pelembap muka

Disebabkan itu jika kita ke farmasi kebanyakan set percubaan penjagaan kulit merangkumi 3 produk di atas.

Sebelum memilih produk penjagaan kulit, kenal pasti terlebih dahulu jenis kulit sama ada normal, berminyak atau kering.

Antara tips untuk mengenalpasti jenis kulit ialah:

➡️ Kulit anda jenis berminyak sekiranya setelah beberapa jam kelihatan kulit berkilat atau setelah terjaga dari tidur terasa minyak di muka apabila memegang kulit muka.



➡️ Kulit anda jenis kering apabila setelah mencuci muka, kulit terasa tegang dan ketat.



➡️ Kulit anda jenis normal jika tiada rasa minyak selepas beberapa jam dan tidak rasa tegang selepas mencuci muka.

Namun jika ada peluang untuk membuat ujian jenis kulit muka itu adalah lebih baik seperti yang selalu dilihat ketika pengeluar produk melakukan demo produk masing-masing.

LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN KULIT MUKA:

MENCUCI MUKA

1) Bagaimana mencuci muka bagi kulit jenis berminyak?

Kulit berminyak terjadi apabila kulit mengeluarkan minyak berlebihan kerana permukaan atas kulit kering. Kulit berminyak lazimnya kurang air atau kering membuatkan lapisan kulit atas memberi signal lapisan kulit bawah bahawa kulit atas kering. Kulit lapisan bawah akan mengeluarkan minyak bagi mengatasi masalah kulit yang kering. Ini menyebabkan kulit menjadi berminyak dan kadangkala berlebihan. 

Kulit sebenarnya memerlukan keseimbangan antara minyak dan air. Kekurangan atau kelebihan minyak dan air pada kulit menjadi punca kepada masalah kulit. 

3 langkah mencuci kulit berminyak

1.1 Deep Cleanse
Mencuci secara mendalam. Lihat produk yang ada tertera perkataan deep cleanse. Deep cleanse membantu mengeluarkan kekotoran keluarkan secara mendalam. Ia juga turut mencarik air dan minyak atas kulit dan ini menjadikan kehilangan air dan Minyak di atas permukaan kulit.

Baik atau tidak? Ingat yang atas tadi. Keseimbangan antara minyak dan air  menyelesaikan masalah kulit. 

Jadi jika telah mencuci muka secara deep cleanse sahaja, ia akan memberikan kesan tidak baik pada kulit.  Kulit atas akan meransang kulit bawah untuk mengeluarkan lebih banyak minyak. 

1.2 Pencuci mengandungi susu (Milk based Cleanser)
Setelah melakukan deep cleanse dan mencarik semua minyak dan air, langkah kedua ialah dengan mencuci muka menggunakan pencuci muka mengandungi susu. Cucian kali ini akan mengembalikan semula keseimbangan antara minyak dan air pada kulit. 

Selalu kita dengar dalam iklan, susu baik untuk kulit kerana ia melembapkan. Inilah fungsi susu tadi mengembalikan semula kelembapan pada kulit dengan memastikan amaun minyak bersesuaian pada kulit luaran dan menghalang sebum menghasilkan minyak berlebihan.

1.3 Pencuci gel base atau Foaming base
Kali ketiga mencuci pula menggunakan pencuci muka jenis gel atau foam base. Ia berfungsi dengan meninggalkan air yang perlu sahaja pada kulit. Ini akan menjadikan kulit terhidrat.

2) Bagaimana mencuci muka bagi kulit kering?

Kulit kering ini terjadi akibat kurang minyak walaupun lapisan atas kulit telah memberi signal pada kulit bawah. Kulit bawah masih tidak memberikan minyak secukupnya. 

Macam sama pula dengan kulit berminyak? Punca kering. Tetapi istilah lebih tepat kulit berminyak mempunyai kulit yang terhidrat manakala kulit kering mempunyai  kulit yang kurang menghasilkan minyak. 

2 langkah mencuci kulit yang kering

Disebabkan itu kulit kering memerlukan pencuci yang cream base atau milk cleanse. Untuk memberikan minyak pada kulit. Namun sebelum itu, perlu juga mencuci muka menggunakan deep cleanse namun tidak perlu peringkat ketiga iaitu menggunakan Foaming base /gel base.

3) Bagaimana mencuci muka bagi kulit normal?

1 langkah mencuci kulit normal

Kulit normal telah mempunyai keseimbangan air dan minyak yang bersesuaian. Cukup sekadar deep cleanse sahaja bagi kulit normal.

PELEMBAP MUKA

Tips untuk memilih pelembap muka pula ialah:
➡️ Kulit berminyak pilih asas gel kerana ia memberikan lebih air untuk penghidratan. Elakkan memilih pelembap muka tertera krim atau losyen. Atau jika keliru, pilih yang berbentuk gel bukan krim.

➡️ Kulit kering pilih asas losyen atau krim. Bagi yang kering biasa memadai bentuk krim tetapi yang terlalu kering perlu memilih losyen.

➡️ Kulit normal memadai memilih yang tertera moisturizer  

Bagaimana jika mempunyai jenis kulit kombinasi?

Pilih produk yang bersesuaian samaada kombinasi normal kering atau normal berminyak.

Namun jika kawasan zon T berminyak dan kawasan lain kering, elok memilih jenis produk kombinasi normal berminyak.

Untuk masker pula?

➡️ Kulit berminyak: Clay base
➡️ Kulit kering dan normal: Gel base 
➡️ Kulit sensitif kering atau berminyak: hydrating masker (seperti kertas basah)

Entry DI SINI akan menunjukkan produk penjagaan kulit muka dan berkesan serta testimoni pengguna.


Jika kulit anda mempunyai jerawat yang teruk, jangan berputus asa. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.


Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

Konsep asas dalam penjagaan kulit sebenarnya amat mudah. Dan yang paling penting kenali jenis kulit muka agar tidak tersalah memilih produk...

32 comments:

Suamiku Pemalas Sekadar Mitos Atau?

4:14 pm Emalin Mohd 8 Comments

Suamiku En Perfect 10



Suamiku Encik Sotong



Suamiku Ustaz

Suami Yang Aku Benci

Segalanya berkaitan dengan SUAMI. Drama adaptasi novel berkenaan SUAMI ini pula semakin hangat ditayangkan di televisyen.

SUAMI adalah satu topik yang sukar diperkatakan hatta sesama rakan sendiri dan ahli keluarga. Jadi, tidak hairanlah ramai yang suka menonton cerita sebegini kerana kadang-kala ia berkaitan dengan kehidupan yang dialami oleh seorang isteri. 

Tetapi nama pun cerita. Pengakhirannya membahagiakan.

Bagaimana pula jika tajuknya SUAMIKU PEMALAS?

Siapa yang akan mengaku suami sendiri pemalas tetapi hakikatnya suami tidak serajin mana.

Jika seorang isteri yang sama-sama keluar bekerja dari pagi dan sama-sama pulang ke rumah, agaknya apa yang suami akan lakukan?



Isteri pula terutama yang tiada pembantu rumah sebaik sahaja balik ke rumah akan menyinsing lengan baju terus ke dapur untuk memasak. Pada masa yang sama boleh masukkan pakaian ke dalam mesin basuh untuk dicuci. Ketika masa yang sama sempat lagi melayan kehendak anak yang inginkan susu atau yang ingin bercerita tentang sekolah pagi tadi.




Sehinggakan seorang isteri ini terpaksa membuat pengakuan apa yang terjadi apabila beliau terpaksa keluar rumah sebentar dan meninggalkan suami bersama-sama anak. Mungkinkah ini preview cerita seterusnya yang bakal hangat di pasaran sebaris dengan cerita Suamiku En Perfect 10?


Kenapa Suamiku Malas. from iReach HD on Vimeo.

Bagaimana kaum isteri? Adakah suami memang pemalas atau sebaliknya? Sebaik-baiknya kita perlu belajar memahami fitrah masing-masing. 

Apabila fitrah tersebut difahami barulah kehidupan rumahtangga menjadi lebih harmoni.

Namun, suami juga janganlah mengambil kesempatan atas kelebihan yang ada pada isteri sehingga menjadikan isteri lembik lunyai menjalankan tugas rumahtangga.

Isteri pun begitu juga. Walaupun sememangnya boleh melakukan pelbagai tugas kadangkala mulut pun sama berleter sehinggakan suami rimas.

Nampakkan suami isteri ini sebenarnya saling melengkapi? Bak kata cerita kartun  anak-anak, "Apa yang penting? Kerjasama".





Suamiku En Perfect 10 Suamiku Encik Sotong Suamiku Ustaz Suami Yang Aku Benci Segalanya berkaitan dengan SUAMI. ...

8 comments:

9 Jenis Makanan Untuk Kurus

7:11 am Emalin Mohd 10 Comments

Kurus vs Makan! Bagi yang ingin mengurangkan berat badan atau ingin kurus, antara pertama yang difikirkan menjadi punca  ialah banyak makan. Tak hairanlah ada yang sanggup berlapar untuk kurus. Ada juga yang menjadi bingung kerana makan sikit namun berat badan masih naik. Ada yang membandingkan dulu semasa umur 20an badan cantik macam model namun sekarang apabila sudah menginjak 30an badan sudah kurang lekuknya. Tetapi pola makanan masih sama!

Pasti sakit hati melihat kawan yang kurus boleh menikmati makanan yang banyak

Tahukah anda semakin umur kita meningkat kemampuan tubuh untuk membakar kalori semakin kurang. Metabolisme menjadi perlahan sehingga 30% sepanjang usia dewasa. Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat.

Namun 9 makanan berikut dikatakan mampu meningkatkan metabolisme dan menghasilkan tenaga untuk pembakaran lemak.

1) Yogurt rendah lemak
Yogurt adalah sumber yang mengandungi kalsium dan juga protein. Dan yang baiknya bagi yang ingin mengurangkan berat badan, ia boleh membantu dengan mempercepatkan pada kadar dua kali ganda.

Bagi yang sukar mengawal nafsu makan, asid lemak Omega 3 boleh mengurangkan nafsu makan. Omega 3 akan berinteraksi dengan hormon Leptin yang mana hormon ini akan memberi isyarat kepada otak untuk mengurangkan selera makan. Omega 3 juga membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Antara makanan yang mengandugi kandungan Omega 3 yang tinggi ialah ikan salmon dan sardin.



3) Makanan berasaskan soya
Soya membantu meningkatkan metabolisme badan dan menurunkan peratusan lemak badan. Soya juga adalah sumber protein bagi yang ingin mengamalkan diet berasaskan tumbuhan seperti vegetarian.


4) Daging yang tidak berlemak
Bagi yang gemar makan daging, pastikan daging tersebut telah dibuang lemaknya. Bagi mencerna daging, badan memerlukan lebih kalori untuk tujuan pembakaran.

5) Telur
Telur juga adalah sumber protein yang baik dan dapat mengelakkan badan menjadi menggeleber semasa proses mengurangkan berat badan.

6) Cuka
Ia membantu memecahkan lemak yang terdapat di dalam badan.

7) Buah-buahan citrus
Buah-buahan citrus membantu meningkatkan tahap insulin dalam badan untuk mengurangkan rasa lapar. Buah-buahan ini juga boleh menjadi agen detoks yang menyahkan lemak di dalam badan.

8) Cili
Bagi penggemar makanan pedas, ia berita baik untuk anda. Cili merupakan makanan pembakar lemak yang boleh meningkatkan metabolisme seterusnya membakar lemak.

9) Bijirin
Bijirin penuh seperti oat memelihara kadar insulin untuk meningkatkan metabolisme badan.

Sumber: Majalah RAPI

Kurus vs Makan! Bagi yang ingin mengurangkan berat badan atau ingin kurus, antara pertama yang difikirkan menjadi punca  ialah banyak makan...

10 comments:

Tiada Alasan Untuk Berjaya - We Are Supermom

1:27 pm Emalin Mohd 4 Comments

Supermom ibu yang hebat 
Ceria hadapi cabaran 
Suami dan anak-anak sayangimu
Anak tak lekang darinya
Berkongsi hanya yang terbaik
Untuk kebaikan semua


Tiada alasan, untukmu berjaya
Tiada alasan, untuk berjaya

Positif dan tahan lasak
Jaringan global hanya dari rumah
Inilah SUPERMOM !

Wahmilicious Adventure
Ini tagline SUPERMOM
Wahmilicious Adventure
Tagline SUPERMOM  

Saling doa mendoakan
Bersyukur dan bertawakkal
Hanya padaNya


Tiada alasan untuk berjaya


Supermom ibu yang hebat  Ceria hadapi cabaran  Suami dan anak-anak sayangimu Anak tak lekang darinya Berkongsi hanya yang ...

4 comments: