Penyusuan Susu Ibu Semasa Bencana

10:04 am Emalin Mohd 10 Comments

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Dan ketika bencana berlaku, susu ibu juga pilihan terbaik.

Itu yang diceritakan di dalam Berita Harian hari Sabtu, 3 Januari 2015 yang lalu.

penyusuan susu ibu semasa bencana

Ketika banjir melanda dan air naik secara mendadak pastinya hanya nyawa yang diutamakan. 

Dan bantuan tidak semestinya sampai keesokan hari. Mungkin hari kedua ketiga atau seterusnya.

Itu realiti yang berlaku. Bagaimana dengan bayi? Susu ibulah yang akan jadi penyelamat. Walaupun ibu kurang makan atau minum namun susu ibu akan terhasil  juga. Insyaallah mencukupi untuk bayi termasuk nutrisi yang diperlukan. Yang tidak cukup nutrisi bukan bayi tetapi ibu (untuk keadaan bayi menyusukan susu ibu). 

Bagaimana dengan bayi yang sudah berhenti menyusu susu ibu?

Susukan semula! Ia dipanggil proses relaktasi. Ransangan suction bayi akan menghantar isyarat kepada otak untuk menghasilkan susu.

Di dalam satu artikel, bayi yang berumur 3 bulan dan ke bawah jika sebelum ini tidak menyusu ibu boleh mencetuskan penghasilan susu ibu. Hanya perlu suakan payudara kepada bayi untuk bayi melakukan hisapan. Bunyi mudah bukan? Tapi tidak sesukar mana. Insyaallah, dengan keazaman yang tinggi dan niat yang baik dipermudahkan.

Jika lebih dari 3 bulan? Tidak salah untuk mencuba. Tambahan pula ia tiada kesan buruk kepada bayi untuk menyusu susu ibu.

Kenapa susu ibu yang terbaik terutama ketika bencana?
Susu ibu akan memberikan antibodi kepada bayi dan pada masa yang sama ketika proses penyusuan ia akan memberikan rasa selamat kepada bayi.

Bagi bayi yang menyusu dengan susu formula pastinya ketika bencana memerlukan sumber air bersih yang telah dimasak. Dan air adalah sumber yang mungkin sukar diperolehi semasa bencana. Jika ada pun air, bagaimana pula untuk mencari susu formula, botol susu dan puting botol? Agak sukar bukan.

Bagi ibu yang sedang merancang untuk hamil atau sedang hamil, pelajarilah ilmu penyusuan susu ibu dan bertekad untuk menyusukan bayi dengan susu ibu.

Pelajari juga pelbagai kemungkinan yang akan berlaku;
1) Ibu mengalami pembedahan c-sect
2) Bayi lahir pra matang
3) Bayi mengalami jaundis

Dan pelbagai kemungkinan yang lain yang boleh berlaku. Simpakan juga nombor telefon yang boleh dihubungi untuk khidmat nasihat berkenaan penyusuan susu ibu seperti kaunselor laktasi dan peer counselor.

Susu ibu terbaik untuk bayi dan ia mungkin jadi penyelamat kepada bayi semasa bencana!

 Inginkan bantuan? klik

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Dan ketika bencana berlaku, susu ibu juga pilihan terbaik. Itu yang diceritakan di dalam Be...

10 comments:

  1. susu ibu adalah terbaik untuk anak-anak..

    -Salam blogwalking daripada Kakiblog-

    ReplyDelete
  2. susu ibu adalah yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. susu ibu memang terbaik
    mudah dibawa dan mudah disediakan
    biarpun dalam keadaan sukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju tu... Pasti selamat dan bersih

      Delete
  4. sangat setuju. susu ibu juga yang terbaik.

    ReplyDelete
  5. betul tu.... susu ibu adalah susu yg terbaik utk manusia.
    :)

    Recent Post by MananQayyim : Jangan Tertipu Dengan Majikan Anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada yang lebih baik dari itu.. :)

      Delete