Kesan Penyakit Melalui Jerawat Di Muka

5:48 pm Emalin Mohd 16 Comments

Jerawat di muka. Siapa yang sukakan jerawat? Jerawat di muka walau pun bukan penyakit yang serius namun kehadirannya amat mengganggu. Masakan tidak, muka adalah tempat pertama yang ditatap orang sekeliling. Tangan pula kadangkala tidak dapat ditahan-tahan untuk memicit jerawat.

Jerawat juga boleh dijadikan indikator keadaan dalaman badan terutama bagi yang mengalami masalah jerawat yang suka muncul di kawasan tertentu sahaja. 

Jika sudah menggunakan pelbagai produk penjagaan muka dan jerawat masih lagi muncul di tempat sama jadi ini sudah pasti perlu mengambil tindakan punca jerawat tersebut masih muncul.


Apa kata tengok cermin sekarang dan lihat jerawat suka muncul di kawasan mana? 

Kawasan dagu dan dahi? Nampaknya banyak toksin di dalam perut dan detoks adalah cara terbaik bagi mengeluarkan toksin. Ada banyak cara detoks. Antaranya ialah dengan mengamalkan jus detoks atau untuk lebih mudah dengan mengamalkan Herb-Lax atau Alfalfa.  

Bagi yang mengalami masalah jerawat di kawasan tepi mulut seperti di zon 11 dan zon 13, mungkin hormon di dalam badan tidak stabil. GLA Complex atau nama popular di kalangan wanita EPO boleh membantu dalam membetulkan masalah hormon. 

Selain daripada dalaman, luaran juga perlu diambil perhatian. Ini disebabkan kulit akan bertukar setiap 28 hari. Sudah pasti kita tidak mahu sel-sel kulit mati berkumpul di permukaan wajah dan menyebabkan kulit menjadi kusam. 

Jadi, pilih juga set penjagaan kulit yang bersesuaian dengan jenis kulit. Pastikan dulu jenis kulit sebelum memilih set penjagaan kulit. Salah pilih set penjagaan kulit sebagai contoh jenis kulit kering menggunakan produk kulit berminyak boleh menyebabkan juga punca jerawat muncul.

Jika sudah menggunakan pelbagai produk penjagaan kulit dan jerawat sentiasa ada terutama di kawasan tertentu ini masanya untuk menyelesaikan punca masalah.


Muka cantik berseri tanpa cela yang menjadi idaman semua wanita!
 (Imej: Google)

Tempah sekarang untuk vitamin dan supplement serta set penjagaan muka untuk mendapatkan kulit cantik tanpa cela. 

Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978



Jerawat di muka. Siapa yang sukakan jerawat? Jerawat di muka walau pun bukan penyakit yang serius namun kehadirannya amat mengganggu. Masak...

16 comments:

  1. Akak bila preggy ni ha zon 5 dan 9?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin pencemaran la tu kot kak. Asap rokok orang lain pun boleh jadi juga...Tengah mengandung minum air banyak dengan makan vitamin c dan b pun bagus juga untuk kulit, bayi dan ibu.. :)

      Delete
  2. fyna kat pipi kanan. no 5 tue. huhuhu...

    ReplyDelete
  3. cahayacinta.com

    selalu haid nak datang mula jerawat munculkan diri tanpa rasa segan dna mahu ahai..

    ReplyDelete
  4. benda selagi ada dekat muka rasa tak selesa jer kan..kalau dapat tangan gatal nak kutil jer kerjanya hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Suri. Gatal je tangan nak kutil jerawat tu.

      Delete
  5. puteri selalu kena kat zon 5 & 9...nak kena pakai topeng la macam ni...hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. Atau pun Puteri minum air banyak sikit bagi yang kotor keluar dari badan dan Pakai moisturizer agar Ada lapisan pengkalan dari debu dan asap

      Delete
  6. pernah ada jerawat dekat zon 14
    macam pelik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang vitamin C agaknya tu ..huhu

      Delete
  7. wah...boleh kesan juga ehh..

    baru tahu nih..

    ReplyDelete
  8. Best info.
    Baru tau ada zone di muka yang menunjukkan dalaman kita tak ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Kadang- Kadang dok tukar je skin care tapi kulit tak elok juga. Dalaman pun kena diambil perhatian juga

      Delete