Pencuci Tandas Berkesan Dan Memelihara Tangan

10:55 pm Emalin Mohd 2 Comments

Ada yang tak tahan dengan pencuci tandas yang biasa dijual di kedai. Siap ada yang kulit mengelupas dan pedih sebab menggunakan pencuci tandas sedia ada. 

Ada yang mencuci tandas berpakaian sebegini?

Nak guna sarung tangan? Sangat leceh kan? 

Kalau ada pembantu rumah, bolehlah pembantu rumah yang cucikan. Kalau weekly maid? Takkan nak cuci seminggu sekali je. Paling-paling 2 kali seminggu nak pastikan lantai, mangkuk tandas dan cermin dalam tandas tu bersih. 

Tahu tak cuka putih boleh dijadikan alternatif untuk mencuci tandas termasuk mangkuk tandas? 

Cuka putih biasa tu. Yang selalu orang buat jeruk. Kalau sebotol besar baru dalam RM3.00 lebih sikit.

cuka
Macam cuka putih jenama Jalen ini.

Jangan pula terbeli Apple Cider. Yang itu untuk detoks badan bolehlah macam Herblax, Alfalfa & DTX Complex.

Beli cuka putih tu kemudian tuang kat lantai tandas, mangkuk tandas hatta dinding tandas pun. Di mana ada kekotoran dalam tandas tu boleh tuangkan cuka tersebut.

Kemudian, kalau saya , suka biarkan seketika. Bagi meresap dulu :)

Rasa dah lama, boleh gosok-gosok sikit dengan berus. Tak perlu beria sangat menyental sampai lenguh tangan.

Kesannya?

Lagi bersih dari menggunakan pencuci tandas biasa. Macam guna peluntur. Cuma kalau guna peluntur, tangan yang sensitif akan mengelupas dan baunya pulak boleh membuatkan sakit kepala.

Cuka putih ini pula cuma ada bau cuka sahaja yang tinggal. Tapi tak ada la bau cuka tersebut akan tahan lama. Sembur air. Kalau nak bilas dengan air sabun pun ok juga. 

Berkesan tau!

Lagi satu Basic H pun boleh buat macam ni juga. Yang bagusnya Basic H ini ada 1001 kegunaan. Kalau siapa tak tahan bau cuka atau bau peluntur, Basic H ini memang amat sesuai. Pakai pun tak banyak. Satu sudu je untuk satu baldi atau kalau rasa kekotoran degil, tambah sikit lagi sesudu. Jadi, sebotol tu tahan lama.

Yang penting Cuka atau Basic H tidak merengsakan kulit. Selamat mencuba!


Ada yang tak tahan dengan pencuci tandas yang biasa dijual di kedai. Siap ada yang kulit mengelupas dan pedih sebab menggunakan pencuci tan...

2 comments:

6 Tips Untuk Kejut Anak Bangun Awal

4:31 pm Emalin Mohd 8 Comments

Dalam entry sebelum ini, antara tips yang saya amalkan ialah dengan kaitkan jammed waktu pagi dengan bangun tidur. Ini pula antara tips lain untuk kejutkan anak bangun awal untuk ke sekolah. 



TIPS KEJUT ANAK BANGUN AWAL:

1) Maklum pada anak keesokan pagi perlu bangun pukul berapa. walaupun umur anak baru 5 atau 6 tahun mereka sudah tahu berfikir dan jangan terkejut kalau kita maklum nak kejutkan pukul 6.30 pagi tetapi baru pukul 6.00 pagi, anak akan mengomel juga.

2) Kalau anak masih tadika dalam umur 4 tahun ke 6 tahun, dukung anak ke bilik mandi. Sambil jalan ke bilik mandi, tepuk-tepuk belakang anak dan bagitau anak untuk bangun. Kemudian, mulakan dengan basuh muka anak dulu dan kaki anak agar anak tidak terkejut. 

3) Picit ibu jari kaki anak kedua-dua belah kaki untuk cubaan mengejut anak dan panggil nama anak perlahan-lahan. 

4) Tutup kipas dan buka lampu agar anak rasa hangat dan terjaga. 

5) Kejutkan lebih awal dari masa sebenar tetapi hanya maklumkan anak lagi 15 minit untuk pergi mandi.

6) Biasakan anak dengan jadual bangun tidur awal.

7) Jika anak enggan bangun kerana ingin lagi tidur, bagitahu bangun dan siap cepat-cepat kemudian boleh tidur sekejap tetapi pastikan anak mengambil juga sarapan sebelum pergi ke sekolah.


Dah cuba semua tips tapi tak menjadi? Bersabarlah wahai ibu sekalian. Sebabnya jangankan anak, nak kejutkan orang dewasa pun payah juga kan? Lagilah anak. Jadi, sabar dan konsisten kena ada.

Jika ibu marah anak di waktu pagi (kadangkala saya pun terbabas juga marahkan anak ni), kena fikir balik. 

Bagaimana jika kita dimarah dari mula dikejutkan? Dijerit dan sebagainya. Pasti moody sepanjang hari bukan? 

Pasti kita tak nak anak kita tidak fokus di dalam kelas hanya kerana isu bangun pagi.

Jadinya, bersabar ya wahai ibu..Jangan lupa sediakan sarapan anak di waktu pagi. Sarapan ini amat penting untuk anak menjadi anak bijak.



Dalam entry sebelum ini, antara tips yang saya amalkan ialah dengan kaitkan jammed waktu pagi dengan bangun tidur. Ini pula antara tips l...

8 comments:

Tips: Anak Bangun Awal Sebab Tak Nak Kena Jammed

8:08 am Emalin Mohd 0 Comments

Musim sekolah duduk di Kuala Lumpur tak asing dengan istilah jalan jammed. Lagi mencabar untuk ibubapa nak memastikan anak bangun awal untuk ke sekolah.

Kalau tahun sebelum ini, pukul 6.30 pagi dikira sudah memadai untuk anak bangun awal tetapi tahun ini tidak. Sudah ada 2 anak yang bersekolah. Jika bangun pukul 6.30 pagi masa tidak mencukupi.



Kalau minggu pertama persekolahan agak sukar mengejutkan anak-anak bangun pagi seawal jam 6.00pagi.

Satu hari memang agak terlewat keluar dari rumah. Dan memandangkan rumah berhadapan dengan sekolah rendah dan menengah boleh bayangkanlah betapa banyaknya kenderaan. Belum ke mana-mana lagi, nak keluar simpang rumah pun kereta sudah beratur panjang.

Dan sepanjang jalan sesak. Pada masa itu, mulut ibu ni tak berhenti bercakap.

"Inilah kesannya bangun lewat. Jalan sesak. Nanti dah sampai sekolah, loceng dah berbunyi. Lepas ni kena bangun awal lagi. Kena bangun pukul 6.00 pagi dan keluar rumah masa gelap sikit. Jadi kereta tak banyak."

Itu antara yang dinasihatkan pada anak-anak. Dan gembiranya hati ibu apabila esok anak mudah dikejutkan pada pukul 6.00 pagi.

Apabila keluar lebih awal dari rumah, anak menyaksikan sendiri perbezaan jalan yang kurang kesesakan berbanding hari sebelum itu.

Ternyata anak gembira! Mereka sendiri berkata memang kena bangun awal sebab tak nak kena jammed.

Seronok rasa ibu sebab tak perlu kelam kabut sangat dalam menyiapkan anak nak ke sekolah.

Saja share resepi ringkas buat biskut yang bagi tenaga sebagai kudapan ibu di waktu pagi. :)
Protein tersebut boleh diganti dengan Meal Shakes atau ESP

Semoga ia terus berpanjangan sehingga tamat musim persekolahan. 

Yeayy!!! Ibu suka ...



Musim sekolah duduk di Kuala Lumpur tak asing dengan istilah jalan  jammed.  Lagi mencabar untuk ibubapa nak memastikan anak bangun awal un...

0 comments:

Vitamin Harga Murah Bawah RM100.00

5:36 am Emalin Mohd 6 Comments

Antara komen yang diterima ialah, vitamin Shaklee mahal! Tetapi bukankah mencegah lebih baik daripada merawat?

Namun, sebenarnya Shaklee ada banyak set bajet iaitu harga di bawah RM100.00. Tak adalah mahal sangat.

Berikut antara set bajet berharga di bawah RM100.00 yang boleh disesuaikan dengan keperluan masing-masing.

1) Multivitamin dewasa
Multivitamin dan multimineral Shaklee dikenali sebagai Vita Lea. Jika berasa sukar untuk menelan pelbagai jenis pil, boleh bermula dengan Vitalea. Hanya satu pil untuk pelbagai faedah. Bak kata orang putih "One little thing for many".



2) Multivitamin kanak-kanak
Vitalea for children ini rasanya sangat sedap seperti rasa anggur. Di dalamnya Ada terkandung 4 jenis vitamin dan mineral untuk menaikkan selera makan anak. Setakat ini yang telah mencubanya memberikan maklumbalas positif terutama kepada anak yang susah nak makan.

Ini antara kandungan di dalam Vitalea for children.



3) Set detoks
Set detoks badan ini terdiri daripada:
a) Alfalfa + Lecithin
b) Herblax + Lecithin

Juga sesuai untuk diambil bagi yang ingin mengurangkan berat badan dan juga sembelit.

4) Haid tidak teratur 
GLA Complex yang mengandungi kandungan gamma linoleic acid boleh membantu memperbaiki kitaran haid dan juga mengurangkan risiko senggugut.



5) Set resdung
Alfalfa & Garlic boleh mengurangkan resdung. Alfalfa akan detoks badan terlebih dahulu manakala Garlic berfungsi seperti antibiotik dan anti fungus.

6) Antioksidan
Carotomax berfungsi sebagai antioksidan yang membantu mencantikkan kulit serta mengurangkan atau mengekalkan power kacamata yang dimiliki.

7) Kecantikan dan imun badan
Vitamin C memang tidak asing lagi untuk meningkatkan imun badan dan dalam pada masa yang sama mencantikkan kolagen. Ia akan mencerahkan kulit dan juga menegangkan kulit.



8) Herbal Blend Cream
Krim sapuan untuk menghilangkan gatal, mengurangkan kepedihan luka dan juga melembutkan tapak kaki terutama yang mengalami rekahan. Sesuai untuk yang sedang mengalami demam campak, penyakit kaki tangan dan mulut atau athlete Foot.

Sebenarnya mampu milik produk Shaklee ini. Harga yang dijual setimpal dengan kualiti yang ditawarkan. 

Jika ingin lebih murah, daftar menjadi ahli dengan hanya RM75.00 (tambah RM10.00 untuk Sabah & Sarawak. Namun, anda juga berpeluang mendapat keahlian percuma seumur hidup. Bagaimana caranya? Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Antara komen yang diterima ialah, vitamin Shaklee mahal! Tetapi bukankah mencegah lebih baik daripada merawat? Namun, sebenarnya Shaklee ada...

6 comments:

10 Akibat Kandungan Gula Tinggi Dalam Salur Pencernaan

4:30 pm Emalin Mohd 8 Comments

Jika dilihat di dalam piramid makanan, gula adalah sejenis makanan tang patut diambil paling sedikit. Namun, gula juga terdapat di dalam makanan berkabohidrat seperti nasi, roti, kentang dan bijirin lain.



Proses metabolisme karbohidrat akan menukarkan zat ini kepada gula ringkas seperti glukosa.


Terlebih gula di dalam badan akan menyebabkan 10 perkara berikut terjadi kepada diri kita selain menjadi lemak di dalam badan.

1) Cepat penat dan letih
2) Selalu selsema
3) Badan menjadi berangin serta sembelit
4) Moody atau mood kerap berubah
5) Kurang fokus
6) Fikiran bercelaru
7) Ketagihan makan manis
8) Terjadinya ruam kulit
9) Mudah terkena jangkitan penyakit kulit
10) Demam sukar sembuh dan sering memerlukan antibiotik.

Walaupun karbohidrat adalah sumber tenaga dan juga antara sumber makanan yang diperlukan di dalam diet harian, sekiranya 10 tanda di atas berlaku pada diri kita atau anak-anak ini adalah masanya untuk mengubah diet. 

Kurangkan makanan berkarbohidrat dan lebihkan makanan berprotein dan juga sayuran.

Selain itu, detoks badan juga boleh membantu dalam mengatasi masalah sembelit, badan berangin dan juga masalah kulit. 

Pastikan juga pengambilan air mencukupi setiap hari.

Jika dilihat di dalam piramid makanan, gula adalah sejenis makanan tang patut diambil paling sedikit. Namun, gula juga terdapat di dalam ma...

8 comments:

Susu Ibu Ubat Bayi Jaundis atau Demam Kuning

9:14 am Emalin Mohd 7 Comments

Umum mengetahui bahawa susu ibu adalah ubat paling mujarab bagi menurunkan kadar Jaundis atau demam kuning.

Namun ada juga yang memperlekehkan susu ibu sebagai ubat mujarab untuk jaundis. Alasannya, bayi tidak kencing atau berak apabila minum susu ibu. Natijahnya, kadar bacaan jaundis semakin tinggi. 

Sebenarnya apa maksud jaundis?


Jaundis bermaksud kehadiran warna kuning di bahagian kulit bayi dan bahagian putih mata yang disebabkan oleh terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan. Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia dinyahkan daripada badan dengan pantas berbanding penghasilannya. Maknanya, jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin dapat disingkirkan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam badan. Jaundis terjadi akibat pengeluaran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat dinyahkan oleh hati. Lebihan bilirubin itu akan mengalir melalui saluran darah ke lain-lain bahagian badan dan menyebabkan kulit menjadi kuning. Ia berkemungkinan disebabkan oleh proses penyingkiran bilirubin oleh organ hati yang begitu perlahan.

Bilirubin pula ialah bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian sel darah merah. Bayi yang baru lahir mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi disebabkan sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan hati tidak berupaya memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.

Disebabkan itulah jaundis selalu berlaku pada bayi yang baru lahir.

Bagi membantu menyahkan bilirubin daripada badan bayi, bayi perlu kencing dan berak dengan lebih kerap.  Struktur susu ibu pula amat ringkas untuk dihadam oleh bayi. Ia akan memudahkan lagi bayi untuk hadam susu ibu dan akhirnya lebih banyak kencing dan berak.

Tapi kenapa ada yang berkata susu ibu tiada? Apabila dipicit atau dipam hanya titisan sahaja keluar? Ibu kena faham bahawa bayi baru lahir berumur 1 hari hanya memerlukan 1 sudu teh susu ibu sahaja. 1 sudu teh ya! Sebab itulah hanya titisan susu sahaja yang keluar pada hari pertama kelahiran dan hanya 60ml atau 2 auns susu ibu diperlukan bayi ketika bayi berumur 7 hari..


Cara pelekapan susu ibu juga penting. Pelekapan yang salah menyebabkan susu ibu tidak keluar. Bayi perlu menghisap di kawasan aerola dan bukannya pada puting payudara ibu. 

Namun, jika ibubapa masih yakin bahawa susuibu tidak cukup untuk bayi memadailah memberikan susu formula biasa untuk bayi dan bukannya air glukosa atau air buah kundur. Jika ingin mencuba juga petua tersebut, lebih baik ibu yang minum dan kemudian susukan bayi tersebut. 

Sistem pencernaan bayi masih tidak matang dan dikhuatiri pelbagai makanan dan minuman akan membebankan lagi bayi tersebut.

Jika ibu rasa stress dan terlalu penat pun boleh menjadi faktor tidak berupaya untuk menyusukan bayi. Set Berpantang Shaklee boleh membantu ibu mengatasi masalah ini dan pada masa yang sama meningkatkan penghasilan susu ibu.

Umum mengetahui bahawa susu ibu adalah ubat paling mujarab bagi menurunkan kadar Jaundis atau demam kuning. Namun ada juga yang memp...

7 comments:

Cara Mudah Masukkan Video YouTube Ke Dalam Blog

1:02 pm Emalin Mohd 16 Comments

Hari ini nak kongsikan cara mudah yang saya pelajari dari group Supermom iaitu cara mudah masukkan video YouTube ke dalam blog.

Mula-mula kena buka YouTube dulu dan pilih video yang ingin dimasukkan ke dalam blog. Apabila video yang telah dipilih dipaparkan, di bawah tajuk video tersebut akan ada 3 perkataan iaitu +Add To, Share dan More

Klik pada perkataan Share tersebut. 


Apabila perkataan Share diklik akan keluar pula 3 perkataan lain iaitu Share, Embed dan Email. Untuk meletakkan video tersebut ke dalam blog, klik Embed. 

Apabila Embed diklik, akan keluar koding di dalam kotak. Copy koding tersebut.


Buka pula blog kita. Klik NEW POST dan lazimnya akan set kepada Compose iaitu kita boleh taip entry terus. Tapi, untuk letak koding ini, klik perkataan HTML sebelah Compose.

Setelah HTML diklik, boleh paste koding tersebut di ruangan biasa di bawah tersebut. Ruangan sama masa kita taip entry.

Kemudian, klik SAVE. Setelah simpan, boleh VIEW terus atau untuk menulis entry, klik semula COMPOSE dan boleh taip entry kita di situ. Semasa menaip entry tersebut, video telah ada dalam entry kita.


Mudahkan? Saya pelajari cara ini secara PERCUMA dan hands-on bersama group Shaklee saya iaitu Supermom.

Semoga bermanfaat!!




Hari ini nak kongsikan cara mudah yang saya pelajari dari group Supermom iaitu cara mudah masukkan video YouTube ke dalam blog. Mula-mul...

16 comments:

9 Tanda Amaran Awal Penyakit Kanser

5:08 pm Emalin Mohd 4 Comments

Dengar perkataan kanser memang menggerunkan. Sekiranya, terdapat ahli keluarga yang telah menghidap kanser atau mengamalkan cara hidup tidak sihat tanda-tanda amaran awal ini perlu diambil perhatian.

9 Tanda Amaran Awal Penyakit Kanser:

  • Pendarahan berlaku daripada faraj antara tempoh haid atau selepas putus haid.
  • Terdapat benjolan pada payudara atau berlaku kelainan fizikal pada payudara.
  • Perubahan pada amalan membuang air besar.
  • Terdapat benjolan di leher yang tidak pernah ada sebelum ini.
  • Terdapat ulser, benjolan atau tompok-tompok putih dan merah di dalam mulut yang tidak sembut.
  • Suara menjadi garau lebih daripada 2 minggu. 
  • Pendarahan luar biasa dari hidung atau hilang pendengaran atau telinga berdengung.
  • Sakit perut berterusan.
  • Batuk berterusan dan mengeluarkan kahak berdarah.
Info: Flyers KKM

Walaupun tanda-tanda awal ini tidak bermaksud sah menghidap penyakit kanser sekurang-kurangnya kita akan lebih berwaspada dan terus mendapatkan rawatan perubatan bagi tujuan pengesahan.

Pada masa yang sama, menjalani hidup yang lebih sihat dengan pemakanan seimbang dan juga bersenam.


Dengar perkataan kanser memang menggerunkan. Sekiranya, terdapat ahli keluarga yang telah menghidap kanser atau mengamalkan cara hidup tida...

4 comments:

Pengorbanan Seorang Ibu Mengalami Sakit Lutut

1:59 pm Emalin Mohd 23 Comments

Hari ini seorang kakak sepejabat iaitu Kak G mengadu tentang lutut beliau. Beliau mengalami sakit lutut sehingga sukar untuk bangun daripada tidur. 

Kak G dah lama mengalami sakit lutut sehingga penghujung tahun lepas, namun Kak G masih boleh bertahan. Sehingga tahun ini iaitu belum lagi habis bulan Januari 2015, peruntukan perubatan Kak G hampir habis kerana mendapatkan rawatan untuk sakit lutut. Setelah mencuba pelbagai pil yang disarankan doktor, sakit Kak G tidak juga berubah. Doktor menyarankan agar Kak G mendapatkan rawatan di hospital. Doktor pakar di hospital memaklumkan Kak G memerlukan suntikan di lutut namun Kak G berkata beliau kurang berkemampuan untuk meneruskan rawatan di hospital swasta.

Saya nasihatkan Kak G agar mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kerana sebagai kakitangan kerajaan pasti rawatan tersebut percuma dan jika ada bayaran pun dalam kadar minimum. Akhirnya, Kak G memberikan alasan sebenar.

Kak G enggan ke hospital kerana risaukan anak-anak beliau yang masih bersekolah. Kak G risaukan siapa yang akan uruskan makan minum anak-anaknya jika Kak G terpaksa bermalam di hospital.

Mendengar kata-kata Kak G, terdetik di fikiran pastinya anak-anak Kak G tidak mengetahui ibunya sakit. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang menidakkan kesihatan diri demi anak-anak. Bagi Kak G beliau akan mencuba alternatif lain yang tidak memerlukan beliau bermalam di hospital. Beliau amat yakin ada cara dan pilihan lain selain bermalam di hospital bagi mendapatkan rawatan. Bagi Kak G beliau akan terus mencuba...

Semoga Kak G sembuh dengan alternatif lain untuk mengubati sakit lutut beliau.

Dan saya pasti ramai juga ibu di luar sana yang akan melakukan perkara yang sama. Mendahulukan kepentingan anak daripada kesihatan diri sendiri. Ibu perlu sihat selalu. Jangan abaikan kesihatan ya, Ibu. 

(Tetiba rasa sedih teringat Mak).


Dan adakah puisi ini ada kebenarannya?



Sayangi ibu anda!


Hari ini seorang kakak sepejabat iaitu Kak G mengadu tentang lutut beliau. Beliau mengalami  sakit lutut  sehingga sukar untuk bangun darip...

23 comments:

Cara Betul Makan Sustained Release Vitamin C Shaklee

5:52 pm Emalin Mohd 7 Comments

Sebelum ini semasa mula-mula makan Sustained Release Vitamin C Shaklee, saya dinasihatkan untuk mematah dua Vitamin C tersebut untuk meningkatkan kadar serapan.


Nasihat yang sama saya turunkan kepada pelanggan saya yang membeli Shaklee.
Rupa-rupanya cara itu perlu diperbetulkan! Dan di bawah ini cara yang betul yang dinasihatkan oleh Nutritionist Shaklee.

Ada sebab kenapa Vitamin C Shaklee diberikan nama Sustained Release Vitamin C. Ia tidak seperti vitamin C yang lain.



Shaklee adalah pengeluar pertama menggunakan teknologi Sustained Release iaitu vitamin C tersebut diselaputi secara lapisan agar  kandungan vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan jam demi jam. Setiap 100mg vitamin C akan dilepaskan setiap jam menjadikan 1 tablet vitamin C Shaklee akan membekalkan vitamin C selama 5 jam di dalam badan.

Vitamin C adalah vitamin larut air dan badan hanya dapat menyerap 100-200mg Vitamin C setiap jam. Lebihan vitamin C akan dikumuhkan dari badan melalui air kencing.

Dengan pelepasan berperingkat seperti yang dilakukan oleh Sustained Release Vitamin C, badan akan dapat menyerap vitamin C secara lebih efektif.

Jadi apabila Sustained Release Vitamin C dipatah dua atau dihancurkan menjadi serbuk, vitamin C tersebut tidak lagi dapat dilepaskan secara perlahan-lahan. Makanya, lebihan vitamin C yang tidak dapat diserap tadi hanya dibuang.

Walaupun selama ini saya rasa cara itu berkesan namun lebih baik kita mengikut saranan pakar dalam memastikan kita dapat vitamin C secara optimum.

1 tablet Vitamin C Shaklee sebenarnya mencukupi untuk bekalan vitamin C harian. Namun apabila badan tidak seperti selsema, batuk atau ingin menghilangkan jerawat pengambilan vitamin C boleh ditingkatkan. Caranya ialah dengan mengambil 1 tablet Vitamin C setiap 5 jam. Vitamin C Shaklee tersebut hendaklah diambil tanpa perlu mematahkan tablet menjadi dua. Hanya terus telan.


Ini pula antara testimoni Vitamin C Shaklee.



Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Sebelum ini semasa mula-mula makan Sustained Release Vitamin C Shaklee, saya dinasihatkan untuk mematah dua Vitamin C tersebut untuk menin...

7 comments:

Kedai Asam Pedas Sedap di Ampang

4:40 pm Emalin Mohd 23 Comments

Jalan-jalan cari makan tengah hari Ahad. Antara kedai makan yang selalu dikunjungi. Kedai Asam Pedas Komando Kiosk berhampiran dengan Taman Nirwana Ampang dan Tiara Duta Apartment Ampang.


Hari ini order Asam Pedas Ikan Tenggiri dan Sembilang. Bersatu di dalam satu claypot.


Asam pedas kat sini datang sekali dengan set nasi, telur masin separuh dan sayur kobis goreng.

Ada juga sambal belacan yang sedap.


Harga pulak? Ok lah bagi saya. Yang penting sedap dan kena dengan selera tekak.


Kalau nak jalan-jalan cari makan asam pedas bolehlah ke sini ye. 😊😊







Jalan-jalan cari makan tengah hari Ahad. Antara kedai makan yang selalu dikunjungi. Kedai Asam Pedas Komando Kiosk berhampiran dengan Taman ...

23 comments:

Epal Granny Smith dan Gala Tidak Selamat Dimakan

11:56 am Emalin Mohd 3 Comments

Semalam kecoh di laman sosial apabila ramai berkongsi tentang Epal Hijau Granny Smith dan Epal Merah Gala disekat masuk kerana mengandungi bakteria berbahaya.

Menurut Berita Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mengarahkan pengimport epal jenis Granny Smith dan Gala dari Amerika Syarikat (AS) mengambil balik buah epal terbabit dari pasaran, sementara stok yang berada di premisnya juga sudah disita kerana epal tersebut tercemar dengan bakteria listeriosis.

Pengambilan makanan yang tercemar dengan bakteria ini boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan yang dikenali sebagai listeriosis.

Listeriosis boleh menyebabkan demam kuat, sakit kepala yang teruk, kekejangan pada leher dan loya (nausea).

Sebaik saja membaca berita tersebut, saya yang memang Ada stok epal merah dan Hijau ini di rumah terus Keluarkan dari peti ais untuk dibuang.

Sedih juga rasa nak membuang epal yang banyak ini tapi tak nak ambil risiko. Ini disebabkan jika epal tersebut tercemar dengan Listeria monocytogenes ia tidak menunjukkan sebarang tanda sudah rosak secara fizikal (melalui penglihatan dan bau).


Cuba tengok sticker pada epal di rumah. Jika Granny Smith pada epal Hijau dan Gala untuk epal merah eloknya dibuang.


Tapi jika membeli epal di pasar malam selalunya sticker tersebut telah tertanggal. Untuk kenal pasti jenis epal, boleh rujuk gambar di bawah ini. 


Selepas ini nak pergi beli buah kena pilih buah lain dulu atau beli buah dari negara lain selain US.

Jangan lupa semak ya epal di rumah tu.

Precautions is better than cure!
 

Semalam kecoh di laman sosial apabila ramai berkongsi tentang Epal Hijau Granny Smith dan Epal Merah Gala disekat masuk kerana mengandungi b...

3 comments:

Anak Tak Sembelit dan Berselera Makan Dengan Meal Shakes

3:34 pm Emalin Mohd 2 Comments

Bagi anak yang minum susu formula antara masalah yang selalu dialami ialah anak mengalami sembelit. Sehingga ada anak yang berak berdarah kerana sembelit teruk. 

Masalahnya dengan susu formula, ibu bapa perlu try and error untuk mencari yang serasi bagi anak. Ada yang anak tak sembelit minum susu formula jenama A tetapi anak kurang gemar minum susu tersebut atau harganya terlalu melambung tinggi hingga membebankan ibubapa. Ada pula jenama B yang anak suka dan harganya mampu disediakan namun anak menjadi sembelit pula. 

Sebenarnya, ibu bapa ada pilihan untuk mengatasi masalah sembelit anak tersebut. Hanya tambah Meal Shakes dalam susu formula tersebut dan ia boleh membantu mengatasi masalah sembelit anak.

Dan ini antara testimoni ibu yang berpuas hati dengan Meal Shakes.


anak sembelit

Di dalam Meal Shakes ini ia mengandungi magnesium yang membantu dalam melancarkan pergerakan usus agar lebih lawas. Boleh juga nak tonton Video saya di bawah untuk penerangan tentang Meal Shakes.



Selain itu, Meal Shakes juga boleh menaikkan selera makan anak. Untuk menaikkan selera makan anak sebenarnya memerlukan zat Asid Folik, Biotin, Magnesium dan Kalsium. Kesemua zat dan mineral ini terdapat di dalam Meal Shakes. Di dalam Meal Shakes ini telah mengandungi 19 vitamin dan mineral yang diperlukan untuk perkembangan kanak-kanak.

Pernah dahulu pergi bercuti hampir 2 minggu dan tinggalkan Meal Shakes di rumah. Kesannya, anak hilang selera makan walaupun ketika itu boleh request ingin makan di mana dan makan apa. Bercuti lah katakan! Balik bercuti badan anak susut. Memang selepas itu Meal Shakes adalah benda wajib dibawa bersama walau ke mana jua.




Tambahan faedah juga dengan Meal Shakes ini, ia mempercepatkan masa ibu untuk menyediakan sarapan. Hanya bancuh bersama dengan susu formula anak atau jika ada anak yang sudah besar boleh ditambah dalam minuman kegemaran anak.

Jika ibu rajin, boleh juga buat Smoothies untuk anak. Jika resepi ini pasti ibu dan bapa juga berselera sekali.


Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978





Bagi anak yang minum susu formula antara masalah yang selalu dialami ialah anak mengalami sembelit. Sehingga ada anak yang berak berdarah k...

2 comments:

6 Cara Menyelesaikan Masalah Rambut Dengan Vitamin

10:14 am Emalin Mohd 2 Comments

Rambut mahkota wanita! Walaupun bertudung tetapi penjagaan Rambut tetap diutamakan. 


Pasti kita tidak selesa bertudung namun tergaru-garu kepala.

Selain pemilihan syampu dan pelembap bersesuaian, vitamin juga boleh menjadikan Rambut semakin cantik dan sihat.

Vitamin dan supplement ini akan mengukuhkan nutrisi dengan memastikan akar Rambut sihat sekaligus Rambut menjadi lebih segar, kuat dan bermaya.

Jadi, jika anda mengalami masalah rambut seperti:

1) Kulit kepala dan Rambut kering.
Carotomax: 
Ia membantu melembapkan permukaan kulit kepala dan melembapkan rambut. 

2) Mengalami stress sehingga mengganggu kesihatan 
Vitamin B Complex:
Mengurangkan stress yang boleh membunuh vitamin dan nutrisi.

3) Keguguran rambut
Vitamin C:
Menggalakkan pengeluaran tirosin yang berperanan menguatkan akar rambut. 

4) Keguguran Rambut dan Rambut jarang 
Vitamin E:
Melancarkan peredaran darah, menguatkan akar rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

5) Rambut kasar
GLA Complex
Memperbaiki dan menjaga tekstur rambut.

6) Rambut gugur
ESP
Mempercepatkan pertumbuhan rambut setelah keguguran rambut.

Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Rambut mahkota wanita! Walaupun bertudung tetapi penjagaan Rambut tetap diutamakan.  Pasti kita tidak selesa bertudung namun tergaru-garu ke...

2 comments: