Bahaya Hb Rendah Pada Wanita Hamil

5:13 pm Emalin Mohd 15 Comments

Kiraan Hb adalah antara perkara yang dilakukan bagi wanita hamil yang membuat pemeriksaan kesihatan.

Kiraan Hb atau hemoglobin ini amat penting bagi memastikan bahawa kandungan darah ibu normal dan bukan petanda ibu menghidap anemia.

Hemoglobin bermaksud molekul protein di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke dalam tisu-tisu di badan. (Sumber:Wikipedia).

Zat besi atau iron pula berfungsi menghasilkan sel darah merah yang mana haemoglobin diperlukan untuk mengangkut sel darah merah ke seluruh tisu di dalam badan.

Kekurangan zat besi yang akhirnya menyebabkan Hb menjadi rendah boleh menjadi punca kepada anemia.

Antara simptom anemia ialah:
▶️ Pucat
▶️ Lesu
▶️ Letih
▶️ Tidak bertenaga
▶️ Pening
▶️ Semput

Walau bagaimanapun lazim seorang ibu hamil yang bekerjaya mengandaikannya terjadi akibat tidak cukup rehat.

Jika tidak diambil berat, buruk padahnya.

Ia boleh menjadi punca kepada keguguran, kelahiran pra matang, kekurangan berat badan, murung selepas bersalin dan peningkatan kepada  ibu meninggal dunia. (Sumber: Utusan Malaysia 16.12.2014).

Sekiranya ibu hamil berada di trimester pertama, pastikan kiraan Hb berada di dalam linkungan 11.6-13.9 g/dl. (Sumber: web Perinatology).

Dan lazimnya, Hb berkurangan dengan semakin besarnya kehamilan.

Bacaan Hb normal semasa hamil:
Trimester kedua: 9.7/14.8 g/dl
Trimester ketiga: 9.5-15 g/dl

Pastikan diet cukup zat besi seperti ayam, sayur hijau, kekacang, bijirin penuh, prun, kismis, tembikai, labu, bijan dan tauhu. Wanita hamil memerlukan lebih 50% zat besi iaitu daripada 15 kepada 27mg/dl sehari.


Jika anda memerlukan supplement untuk mengekalkan kandungan Hb yang normal, hubungi:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978






   










Kiraan Hb adalah antara perkara yang dilakukan bagi wanita hamil yang membuat pemeriksaan kesihatan. Kiraan Hb atau hemoglobin ini amat...

15 comments:

  1. yang susahnya
    ibu hamil asyik minta nak makan jeruk dan asam je
    payah betul nak pujuk
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer try tukar ke chew vit c. Rasanya Masam manis..😁😁

      Delete
  2. Sebab tu Ibu hamil kena rajin makan supplemen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Vitamin dan supplement tak sebab kan baby besar unless ibu Ada kencing manis

      Delete
  3. risau juga...sekrang setiap kali check-up mesti hb low...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa low tu? Cubalah diet tinggi zat besi dan jangan miss makan pil iron tu

      Delete
  4. sayalah tu..3 kali pregnant, hb paling tinggi adalah 10.2. siap kena sound dengan nurse..he he..
    terima kasih perkongsiannya..

    ReplyDelete
  5. cahayacinta ...

    kala rendah bahayakan ibu anak dalam kendung jugakan uh...

    ReplyDelete
  6. ada tak tips utk kecutkan cyst semasa pregnen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada details lebih ni tuan. Jenis, saiz ..boleh Whatsapp sy kt nombor ni 0192500978..

      Delete
  7. haha.... sayalah orgnye yg selalu hb rendah ketika preggy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai gak hb rendah ye..take extra care ye :)

      Delete
  8. Alhamdulillah hb maintain. risau jg. Nxt week da masuk 3rd trimester.. mudahan maintain hingga akhirnya.

    ReplyDelete