Bagaimana Cara Terbaik Untuk Bersenam?

4:00 pm Emalin Mohd 17 Comments

Bersenam adalah perkara yang perlu dilakukan untuk mengurangkan berat badan secara sihat.

Bersenam juga menjadikan badan lebih cergas dan emosi lebih gembira. 

Bersenam dapat mengurangkan berat badan untuk mendapatkan berat badan unggul dengan membakar kalori di dalam badan.

Berat badan akan berkurangan sekiranya kalori dibakar melebihi kalori yang diambil.

Antara cara melakukan senaman dengan betul ialah mengikut Prinsip FITT.

Apa itu Prinsip FITT?

1) Frekuensi = Kekerapan
Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Badan juga perlu tempoh rehat namun bukan rehat terlalu lama. Bersenam secara selang seli hari pun baik juga.

Badan akan menjadi penat jika bersenam setiap hari dan boleh mengganggu fokus kerja harian melainkan sudah berada di tahap profesional iaitu tahu jenis senaman yang boleh dilakukan setiap hari.

2) Intensiti = Tahap keupayaan badan bersenam 

Untuk yang baru memulakan senaman, jangan terus bersenam sehingga mengalami sesak nafas. Sesak nafas semasa bersenam mungkin petanda jenis senaman yang dilakukan melebihi keupayaan badan.

Pendaki Gunung Everest pun memulakan pendakian di gunung yang lebih rendah dahulu sebelum boleh mendaki gunung tertinggi di dunia.



3) Tempoh masa
Peruntukkan 15-20 minit sekurang-kurangnya untuk bersenam.

Percayalah, untuk yang baru memulakan senaman 15 minit terasa seperti 60 minit.

Dan 7 minit perlawanan di dalam padang Futsal tanpa latihan secukupnya memang boleh menyebabkan tercungap-cungap.

4) Tentukan senaman


Senaman ada pelbagai jenis. Pilih yang kita minat kerana untuk mengurangkan berat badan menjadi berat badan unggul bukan boleh diperolehi dalam sehari dua.

Untuk mendapatkan badan berketak-ketak dengan "6 packs" pun bukan boleh diperolehi seminggu dua.

Dan matlamat kita juga menjadikan pilihan berbeza. Senaman untuk kurus dan senaman membina otot adalah dua perkara berbeza.


Semasa bersenam, air elektrolit seakan wajib kerana ia boleh menggantikan elektrolit di dalam badan yang berkurangan semasa berpeluh.

Air elektrolit juga diperlukan semasa mengalami kejang otot kerana ia petanda kekurangan mineral tertentu di dalam badan.

Pastikan air elektrolit yang dipilih tidak mengandungi karbonat atau gas seperti Performance Drink Shaklee. Rasanya sedap seperti perisa oren dan tiada gas.

Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978


Bersenam adalah perkara yang perlu dilakukan untuk mengurangkan berat badan secara sihat. Bersenam juga menjadikan badan lebih cergas dan em...

17 comments:

  1. Bersenam dan supplemen yang baik memang membantu esp. wanita yang mudah letih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wanita kan super woman. Tu yang kena makan supplement + exercise tu.. :)

      Delete
    2. Admin, apa yg u recommend for lose weight? more cardio ke more weight ? mohon pencerahan. huhu. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Delete
  2. Oh, saya sangat susahlah nak bersenam hehehe.. duk depan computer... bersenam mata sahaja adalah... nanti bolehlah kongsi tips bersenam untuk orang yang banyak duduk ya hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada entry sy before ni senaman depan komputer :)

      Delete
  3. bagi aku kekang masa itu kadang kala buat kita jadi kurang bersenam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu yang betul-betul kena bahagi..

      Delete
  4. Part bersenam ni kena disiplin.. kena kuat hati.. tapi sya xkuat hati sangat.. hehe..

    My Blog :

    http://segalaceritera.com/atik/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari geng. Jadi susah nak ngelat kalau ada team bersenam macam main badminton, futsal

      Delete
  5. bagus entry ni :) :)

    ReplyDelete
  6. bila bersenam, badan rasa lebih energize kalau asyik duduk je, lemau juga badan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu. Mood pun ke laut rasanya..

      Delete
  7. bersenam dalam rumah pun boleh kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi buat kerja rumah jangan dikira bersenam sebab kalori yang terbakar sikit sangat.

      Delete
  8. lama sungguh tak bersenam...

    ReplyDelete