5 Langkah Cara Susun Mainan Anak Elak Emak Marah

12:06 pm Emalin Mohd 6 Comments

Ibu stress dan marah apabila melihat mainan anak bersepah satu rumah. Betul tak? 

Marah-marah anak takkan selesaikan masalah.

Antara tips yang selalu dikongsikan ialah dengan meletak mainan di dalam kotak "storage box".


Tapi masih bersepah, betul tak?

Sebelum ini saya pun buat perkara yang sama tetapi saya lihat semakin bersepah. Rupa-rupanya cara saya adalah salah.

Sebelum ini, apa yang saya buat ialah meletak semua mainan dalam kotak tersebut. Itu langkah awal yang betul tapi silapnya saya sumbat semua mainan selagi boleh.

Itu punca kesilapan ibu sebenarnya!

Sedar pun dari satu group di dalam FB iaitu #maktakmarahanak yang maklumkan cara itu salah.

Sebabnya, apabila anak nak cari satu mainan dia akan punggah satu kotak. Kalau tanya ibu pun tak tahu mainan tersebut di dalam kotak yang mana.

Jadi, cara yang betul?

Amalkan 5S di rumah!

1) Sisih
Asingkan permainan yang ingin dimain atau yang tidak boleh dimain lagi. Libatkan anak masa buat penyisihan. Berikan tanggungjawab pada anak. Anak semuda 3 tahun pun sudah tahu mainan mana yang ingin disisihkan.

2) Susun
Setelah penyisihan dilakukan, asingkan mainan mengikut jenis. Kemudian susun di dalam kotak. Tahap ini pun biarkan anak yang mengasingkannya dan menyusunkannya.

Hasil penyisihan dan penyusunan anak berumur antara 3 hingga 8 tahun.

3) Sapu
Berikan kain pada anak untuk membersihkan mainan anak.

4) Seragam
Ketika ingin bermain, hanya benarkan main mengikut kotak. Seragamkan permainan. Contohnya, masa main kereta. Setelah bosan, anak perlu simpan kembali dalam kotak sebelum membenarkan kotak lain diambil.

5) Sentiasa amal
Terapkan perkara 1 hingga 4 agar menjadi budaya dan untuk elak ibu menyanyikan lagu "high pitch" setiap hari.

Ibu yang perlu kreatif dalam menyelesaikan masalah. Memarahi anak menyebabkan sel-sel otak anak terbantut untuk berhubung. Minyak ikan seperti Omega Guard pula meningkatkan keupayaan sel-sel otak berhubung.





Ibu stress dan marah apabila melihat mainan anak bersepah satu rumah. Betul tak?  Marah-marah anak takkan selesaikan masalah. Antara tips ya...

6 comments:

  1. haa.. betul tu :) kat rumah memang banyak bekas ni sebab nak letak mainan anak sedara. diorang kalau main habis sepah 1 rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat rule. Kemaskan dulu baru boleh amik kotak lain :)

      Delete
  2. owh no wonder la si Dayyan tu, kalau nak cari toys dia, dia curahkan semua skali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dia tak jumpa tu yang punggah tu

      Delete
  3. cahaya cinta datang,,

    tak juga..dah ada kotak beli khas letak mainan dah ada malas nak letak.kena bising dek ibu baru hegeh2 letak haaa...adus....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part sentiasa Amal tu yang kena konsisten baru jadi :)

      Delete