Gigi Rongak Akibat Menyusukan Anak

Takut nak menyusukan anak sebab nanti gigi rongak..

Dulu sebenarnya pernah risau untuk menyusukan anak disebabkan mitos yang telah dimomokkan daripada kecil lagi. Antaranya waktu itu apabila melihat gigi emak saudara hilang satu demi satu sehingga memerlukan emak saudara membuat gigi palsu. Apabila ditanya, giginya akan mula bermasalah semasa hamil dan ketika menyusukan anak masalah gigi semakin meruncing sehingga perlu dicabut ataupun tercabut sendiri kerana longgar.

Tertanya-tanya betul ke menyusukan bayi menyebabkan gigi rongak? Kalau betul, penyusuan susu ibu ini rupanya ada kesan negatif. 

Kenapa gigi rongak apabila menyusukan bayi?

Sebenarnya, kalsium amat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi, jantung yang sihat, saraf dan otot serta membentuk ritma jantung yang normal pada bayi dari dalam kandungan. Dan badan ibu amat istimewa yang mana keutamaan diberikan kepada bayi. Sekiranya ibu tidak membekalkan kalsium yang mencukupi pada bayi di dalam kandungan, bayi tersebut akan mengambil sumber kalsium daripada ibu.

Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan 1,000mg kalsium secara harian yang boleh diperolehi dengan mudah di dalam 2-4 sajian berasaskan produk diari seperti susu, keju dan yogurt atau makanan yang mempunyai kandungan kalsium tinggi seperti brokoli, tauhu, oren dan sayuran hijau. 

Mudah mungkin pada sesetengah orang. Jika tidak mengambil produk diari? Sayur pun tak makan? Apa pilihan selain itu?

Antara tanda-tanda awal kekurangan kalsium ialah:
  • Selalu mengalami kekejangan kaki
  • Sakit belakang
  • Retak tulang dengan hanya kemalangan kecil
  • Semakin pendek

Kepentingan Kalsium Untuk Ibu
Disebabkan itu, sejak awal kehamilan ibu lazim dibekalkan dengan vitamin dan mineral daripada doktor dan diteruskan sehingga selepas bersalin.



Sewajarnya kalsium ini diteruskan semasa berpantang dan semasa menyusukan anak kerana 40% susu ibu terdiri daripada kalsium. Dan tidak hairanlah ibu saudara saya sebelum ini kehilangan gigi kerana kemungkinan diet yang diamalkan kurang kalsium.

Dan terbukti bahawa penyusuan susu ibu tidak mendatangkan kesan negatif kepada ibu atau bayi.

Ada juga ibu hamil yang risau mengambil vitamin semasa hamil menyebabkan bayi menjadi besar. Sangkaan ini ditolak melainkan ibu menghidap kencing manis. Bolehlah rujuk di bawah ini ya.


Dan set 3M Shaklee ini antara yang menjadi pilihan ramai ibu kerana ia membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu. Vitamin dan mineral ini bukan sahaja sebagai penggalak susu atau milkbooster malahan memastikan gigi ibu tidak rongak akibat kekurangan kalsium (bukan disebabkan masalah kaviti ya).




Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978


8 comments:

  1. Replies
    1. Kalau tak cukup kalsium. Kalau cukup ok lah :)

      Delete
  2. errrrkk... yeke? kalau macam tue nak kena ada suplement nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumber kalsium macam susu perlu ambik 2-4hidangan sehari. Kalau rasa tak cukup top up dengan supplement

      Delete
  3. betul ke akan semakin pendek? kena ambil kalsium la macam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Memang Ada kajian kita boleh jadi pendek kalau tak cukup kalsium

      Delete
  4. kalsium sangat penting..tak cukup memang bahaya kepada kesihatan manusia..


    -Salam blogwalking daripada Kakiblog-

    ReplyDelete