Punca Sumbing Berlaku Di Kalangan Bayi
Majalah 3 pada 24 November 2014 memaparkan tentang kisah sumbing mulut dan sumbing lelangit. Antara sebab sumbing terjadi mengikut dokumentari tersebut ialah akibat kekurangan nutrisi pada ibu yang sedang hamil.
Sebenarnya saya terkejut juga mendengar punca sumbing adalah akibat kekurangan nutrisi.
Ini disebabkan mengikut laman web MyHealth iaitu portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, punca sumbing adalah seperti berikut:
Sebab-sebab:
- Tidak diketahui.
- Keturunan (30% mempunyai ahli keluarga dengan kecacatan yang sama).
- Keadaan sifat baka (dengan kecacatan kelahiran lain).
- Agen keracunan (ubat, jangkitan viral, racun yang dihasilkan oleh organisma hidup semasa mengandung).
Namun apabila diteruskan pembacaan, memang ada kemungkinan sumbing berlaku akibat kekurangan nutrisi.
Berdasarkan laman web NHS, kekurangan asid folik juga boleh menjadi penyebab kepada terjadinya sumbing. Sebelum ini rasanya ramai yang tahu kekurangan asid folik juga boleh menyebabkan kecacatan pada bayi iaitu kecacatan pada tulang belakang iaitu spina bifida.
Berapa keperluan asid folik?
❤️ Untuk hamil: 400mcg
❤️ 3 bulan pertama kehamilan: 400mcg
❤️ Bulan ke 4-9 kehamilan: 600mcg
❤️ Menyusukan anak: 500mcg
Makanan yang mengandungi asid folik, antaranya:
▶️ Hati lembu 3auns: 215mg
▶️ Bayam direbus, 1/2 cawan: 131mcg
▶️ Asparagus direbus, 4 batang: 89mcg
▶️ Avocado, 1/2 cawan: 59mcg
▶️ Brokoli direbus 1/2 cawan: 52mcg
Jadinya untuk mendapatkan 400mcg sehari, kita perlu makan sebagai contoh hati lembu 3 auns, Bayam yang direbus 1/2 cawan dan avocado 1/2 cawan. Baru boleh dapat dalam 405mcg asid folik.
Bagaimana ingin pastikan pengambilan asid folik secukupnya?
Selain daripada pemakanan di atas terutama yang ingin hamil pastikan pengambilan Vitamin B Complex .
1 biji Vitamin B Complex Shaklee mengandungi 200mcg asid folik. Boleh menampung kekurangan asid folik daripada pemakanan seharian.
Tunggu apa lagi? Sediakan diri anda dalam keadaan paling baik untuk Menghadapi kehamilan. Yang penting usaha yang kita telah lakukan.
Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978
kena jaga pemakanan time mengandung...dengan adanya shaklee yang susah jadi senang...
ReplyDeleteDi samping diet seimbang supplement kan dengan Shaklee :)
Deletesebab keturunan memang ada ..betul tu!
ReplyDeleteKena pastikan zat cukup :)
DeleteIbu hamil memang kena jaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan prenatal sepanjang kehamilan bagi mengelakan kekurangan nutrisi
ReplyDeleteBetul tu. Untuk kebaikan ibu juga.
DeleteEmm kalau tak silap, bayi yang baru lahir dan sumbing dia akan dibedah segera kan?
ReplyDeleteKalau tak silap after baby umur 3 bulan ke atas rasanya. Bukan terus after bersalin. Betulkan kalau silap
ReplyDelete